WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

2 MAPA 2021

Sepakat dalam Satu Keluarga Jana Pembangunan Sektor Koperasi

Gerakan koperasi di Malaysia mampu meraih tahap kecemerlangan yang lebih tinggi secara konsisten sekiranya dapat bergerak melalui kese­ pakatan dalam sebuah keluarga. Peganganyangkukuhberasaskanprinsipkoperasi itu sendiri perlu diperkukuh sebagai asas untuk terus memberikan yang terbaik demi pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Usaha bagi merealisasikan impian ini perlu dizahirkan terlebih dahulu oleh barisan kepimpinan koperasi. Merekalah yang bertanggungjawab membentuk dan membina sebuah landasan yang akan diikuti oleh anggotanya. Jika landasan yang dibina itu lurus dan kukuh, maka perjalanan akan menjadi lebih sempurna dan begitulah sebaliknya. Usaha untuk menghidup dan mengaktifkan semula perniagaan koperasi selama ini mengalami ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 perlu mendapat sokongan daripada pelbagai aspek termasuk seluruh anggota koperasi. Banyak kelebihan yang mampu dinikmati sekiranya gerakan koperasi bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya dengan menawarkan harga lebih istimewa terhadap produk atau perkhidmatan koperasi kepada anggota termasuklah anggota koperasi lain. Anggota koperasi sebenarnya berupaya mencorakkan semula ekonomi koperasi dengan melibatkan diri sebagai salah satu kuasa belian berpotensi bagi membantu memperkukuh aktiviti perniagaan koperasi. Menerusinya, koperasi bukan sahaja dapat membuka peluang pemasaran baharu secara lebih meluas, malah inisiatif tersebut juga dapat menjana perolehan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Demi merancakkan lagi semangat berkoperasi dan saling cakna antara satu sama lain, pendekatan pemasaran ini dilihat sebagai langkah paling mudah dan pastinya sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA akan sedia membantu dalam memberikan galakan dan sokongan untuk menjayakannya.

Usia 50 tahun penubuhan ANGKASA banyak memberikan pengalaman, pedoman dan inspirasi yang boleh dikongsi dan digembleng secara bersama demi kelestarian gerakan koperasi di negara ini. Pelan Strategik ANGKASA 2017-2050 juga menjadi jawapan kepada kesungguhan ANGKASA untuk terus bergerak merealisasikan kecemerlangan sektor perniagaan koperasi secara lebih holistik. Pelan tersebut akan diimplimentasi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ANGKASA menerusi sokongan dan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Ciri-ciri keusahawanan dan kemanusiaan yang unggul menjadi nadi kepada kesejahteraan anggota dan masyarakat dan itulah sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh ANGKASA kepada koperasi. Semoga usaha yang kita jalankan dapat melakar kejayaan yang lebih sempurna dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh ba­ risan kepimpinan koperasi atas tanggungjawab dan peranan yang telah anda berikan. ANGKASA mengucapkan setinggi-tinggi peng­ hargaan atas keprihatinan kerajaan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sentiasa bersungguh- sungguh membantu mencorak dan memperkasakan semula sektor perniagaan koperasi. ANGKASA akan terus komited untuk menjalin kerjasama lebih erat bersama SKM dan IKMa bagi membantu kerajaan dalam menjayakan agenda pem­ bangunan sosioekonomi koperasi. Pada kesempatan ini, ANGKASA merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan koperasi ahli ANGKASA yang telah banyak memberikan sokongan dan sentiasa bersama-sama melakar kecemerlangan gerakan koperasi di negara ini. Usaha berterusan kepimpinan koperasi amat kami harapkan dengan harapan agar segala matlamat yang telah dirangka dan disasarkan itu mampu di­ realisasikan dengan lebih cemerlang serta mencapai matlamat seperti yang dihasratkan. Selamat bersidang.

Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease