20 MAPA 2021
Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) Satu Dokumen Memastikan Kejayaan ANGKASA dan Gerakan Koperasi
Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA
Oleh: Mohd Ismail Ibrahim
iaitu Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi. Bagi setiap tonggak, dua (2) Teras Strategik ditetapkan dengan memberi penekanan kepada Fokus ANGKASA (untuk memperkukuhkan infrastruktur organisasi ANGKASA) dan Fokus Gerakan (untuk melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA). Pelan Strategik ini diperkukuhkan melalui Rancangan ANGKASA (2021- 2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap lima tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak tercapai.
Pembangunan juga diselaras berdasarkan Dasar-Dasar Utama Malaysia dan Luar Negara antaranya, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030), Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030), Pelan Transformasi PESAN50 Koperasi Malaysia (TransKOM) 2021- 2025,RancanganMalaysiaKe-12(RMKe- 12) serta Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal) bagi memastikan hala tuju gerakan koperasi seiring dengan hala tuju, matlamat dan rancangan negara seterusnya memastikan peningkatan dan kelestarian impak sumbangan koperasi kepada negara.
Melalui PESAN50 ini, ANGKASA akan terus memperkukuh pembangunan sosio budaya dan ekonomi gerakan koperasi melalui peranan yang dilaksanakan secara mampan agar hasrat untuk memastikan gerakan koperasi menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara akan direalisasikan sebaik mungkin.
Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) merangkumi tiga tahap jangkasa masa pelan tindakan iaitu Pelan Jangka Pendek (2017-2020), Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031- 2050). ANGKASA kini telah melangkah ke Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. PESAN50 dengan ‘Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi’ sebagai visi ANGKASA telah disokong oleh empat Tonggak Strategik utama
PENYELARASAN TONGGAK DAN TERAS PELAN STRATEGIK ANGKASA 2050 DENGAN DASAR-DASAR NEGARA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease