21
MAPA 2021
Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA
Penolong Pengurus Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA
Oleh: Mohamad Darulnizam Mat Darus
Oleh: Mohd Khairool Afiq Dato' Zulkefli
Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA Pelengkap kepada Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)
ANGKASA Sektor Pembangunan Perkhidmatan Ke wangan ANGKASA telah me wujudkan satu perkhidmatan melalui kutipan hutang secara profesional iaitu Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ACCRS yang dibangunkan ini adalah pelengkap kepada Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) bagi memastikan proses kutipan pembiayaan dapat dilaksanakan supaya pelanggan pembiaya termasuk koperasi dapat mengutip semula pembiayaan yang telah dikeluarkan kepada pelanggan. Pada dasarnya, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) diwujudkan untuk menjadi sebuah platform kutipan untuk membantu pelanggan pembiaya untuk menguruskan kutipan bayaran bagi pembiayaan yang aktif. Salah satu kategori pembiayaan yang aktif adalah ahli koperasi tersebut masih bekerja di jabatan semasa pembiayaan diluluskan. Terdapat kes iaitu pembiayaan aktif ini bertukar status menjadi pembiayaan tidak aktif atau tidak berbayar disebabkan beberapa faktor termasuk meninggal dunia, dibuang kerja, bersara, muflis, berhenti menjadi anggota koperasi dan lain-lain. Untuk mengurangkan jumlah ratio pembiayaan tidak berbayar ini dan juga untuk menjadi pelengkap kepada SPGA maka ANGKASA telah mewujudkan perkhidmatan ACCRS. Perkhidmatan ACCRS ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan ini menyasarkan kepada kesemua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Perkhidmatan ACCRS ini telah beroperasi selama lebih 2 tahun sejak mula dilancarkan pada Jun 2019. Bermula hanya dengan beberapa koperasi kredit sebagai pelanggan pertama, ACCRS terus mengorak langkah dan terkini, sebanyak 39 buah koperasi kredit telah pun menjadi pelanggan ACCRS. Nilai keseluruhan portfolio terkini adalah sebanyak lebih RM45 juta dengan jumlah akaun sebanyak 3149 akaun tunggakan. Jumlah portfolio ini adalah daripada akaun-akaun tunggakan yang ‘ hardcore ’ dan ada di antaranya telah melebihi 10 tahun tunggakan.
Walaupun agak mustahil bagi pihak koperasi untuk mendapatkan semula bayaran daripada akaun-akaun seperti ini, namun ACCRS telah berjaya mendapatkan semula bayaran tersebut dengan kutipan terkumpul telah pun mencecah lebih RM4 juta. Melalui perkhidmatan ACCRS ini, tunggakan bayaran pembiayaan anggota koperasi telah dapat dikutip semula dan dipulihkan. Terdapat juga beberapa bayaran balik pembiayaan yang telah diselesaikan sepenuhnya (full settlement). Melalui prestasi yang memberangsangkan ini, koperasi- koperasi kredit telah mula memberi kepercayaan kepada ACCRS dalam menyelesaikan permasalahan kutipan tunggakan pembiayaan koperasi seterusnya menjadi pilihan utama koperasi dalam mendapatkan perkhidmatan seperti ini.
Kini, pihak Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan terus giat menjalankan promosi bagi koperasi- koperasi kredit yang ingin mendapatkan perkhidmatan ACCRS ini supaya lebih banyak lagi koperasi mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini sangat penting dalam memastikan bayaran balik pembiayaan anggota lebih terkawal tambahan lagi dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu bakal menyumbang kepada risiko bayaran balik tertunggak dan seterusnya koperasi juga akan turut terkesan. ACCRS adalah satu perkhidmatan yang dirangka khas dalam membantu koperasi dalam mendapatkan semula bayaran tunggakan pembiayaan anggota. Ini dapat dibuktikan lagi dengan adanya infrastruktur yang akan menyokong perkhidmatan ini
seperti sistem SPGA oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, Unit SPeKAR, Sistem Kutipan menyeluruh, serta pengkalan data yang meluas oleh panel-panel agensi yang dilantik. Dengan sokongan daripada infrastruktur-infrastuktur tersebut, perkhidmatan ACCRS bakal memberi lebih kelebihan kepada koperasi dalam mendapatkan semula bayaran tunggakan pembiayaan mereka. Semoga Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) ini dapat menjadi pelengkap kepada ekosistem kewangan koperasi yang dapat memberi impak secara keseluruhan kepada seluruh gerakan koperasi khusunya Koperasi kredit.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease