22 MAPA 2021
Pengurus Seksyen Pembangunan & Pemasaran Produk Koperasi Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan Koperasi ANGKASA
Oleh: Norlaili Mohammed Yatin
Evolusi Pelaksanaan Program ‘ 100 Product Champion ’ (2014 – 2020)
hanya produk berbungkus plastik dan berlabelkan ‘sticker’ buatan sendiri. Taraf produk koperasi yang sedemikian tidak berpadanan dengan saiz gerakan koperasi Malaysia dan tidak layak dijadikan sampel untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi Malaysia tidak dapat memperkenalkan produk koperasi Malaysia setiap kali menyertai pameran antarabangsa dan perhimpunan gerakan koperasi antarabangsa. Atas faktor tersebut, maka wujud kesedaran bahawa perlunya koperasi mempromosi produk-produk yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. ANGKASA
melalui Bahagian Keusahawanan telah melaksanakan satu Program Pembangunan Produk iaitu ‘ 100 Product Champion ’ yang bertujuan membangunkan produk- produk koperasi terutama dari sudut persembahan produk (pembungkusan dan perlabelan) supaya dapat dibariskan bersama-sama produk-produk yang dipasarkan dalam pasaran terbuka di dalam dan luar negara. ‘ 100 Product Champion ’ merupakan satu program penanda aras bagi produk koperasi untuk diterima masuk ke pasaran dalam dan luar negara. Objektif program ini merangkumi perkara-perkara berikut : i. Membangunkan penjenamaan produk untuk koperasi-koperasi ‘ 100 Champion ’. ii. Menaik taraf Persembahan Produk (pembungkusan dan perlabelan) termasuk menambah nilai produk sesuai dengan keperluan dan segmen pasaran terutamanya eksport. iii. Memastikan kualiti produk terpelihara melalui pemantauan dan memberi kemudahan keperluan proses pengeluaran. iv. Mempromosi dan memasarkan produk melalui pelbagai medium pemasaran bagi memastikan kelestarian produk dalam pasaran. Produk-produk yang terpilih dibangunkan mengikut spesifikasi pasaran dengan kerjasama SIRIM BERHAD. Proses pemilihan adalah mengikut kriteria dan syarat penyertaan program dengan mengambil kira nasihat dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari sudut tadbir urus koperasi. Produk-produk 100 Champion adalah anak emas yang diperkasakan dari setiap sudut sama ada operasi perniagaan mahupun tadbir urus koperasi. Ini bagi memastikan koperasi dapat memperbaiki ekosistem dalaman koperasi itu sendiri. ANGKASA melalui Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan sentiasa membantu dan mendorong agar koperasi dapat mengekalkan momentum perniagaan dan prestasi pendapatan koperasi. Evolusi ‘ 100 Product Champion ’ berlaku di sepanjang garis masa perlaksanaan program. Bermula dengan hanya pembangunan produk melalui pembungkusan dan perlabelan, kini melibatkan aktiviti pemasaran seperti promosi, pengiklanan dan penempatan. Rantaian nilai yang dibentuk dalam Program Pembangunan dan Pemasaran Produk termasuklah ‘ 100 Product Champion ’ bersifat ‘ end-to-end ’ yang mana akan memastikan produk yang dibangunkan ini terpilih untuk ditempatkan dalam pasaran di dalam dan luar negara. Inisiatif ini dilaksanakan setelah produk-produk 100 Champion mula mendapat perhatian pasaran terutama pemain-pemain industri runcit dalam dan luar negara. Antara penempatan pasaran dalam negara yang berjaya diperolehi untuk produk- produk koperasi adalah Pasaraya Besar Giant di Lembah Klang, Aeon Big, AEON termasuklah rantaian runcit koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100). Produk-produk ‘ 100 Champion ’ berserta lain-lain produk koperasi terpilih juga telah mendapat tempat dalam pasaran luar negara iaitu Singapura melalui rangkaian runcit Hao Mart dan Brunei Darussalam melalui hubungan kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya (SAMAKAYA) Brunei Darussalam. Demi menyahut galakan penggunaan aplikasi digital dalam gerakan koperasi, ANGKASA juga menempatkan produk-produk ini melalui pasaran dalam talian seperti shopee , media sosial dan mengindekskan kata kunci ‘Produk Koperasi Malaysia’ dan ‘ Product Food Cooperative ’ di dalam platform Google agar masyarakat maya seluruh dunia dapat mengenali produk-produk koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program pembangunan ini secara berterusan sehingga koperasi dapat bergerak dengan sendiri untuk mengekalkan penempatan pasaran produk mereka di luar negara. Setiap produk ‘ 100 Champion ’ yang telah dan akan dibangunkan mempunyai evolusi yang tersendiri. Ini kerana sifat dan kriteria produk yang berbeza-beza di samping penerimaan pasaran dan prestasi produk-produk ini juga berbeza-beza. Faktor ini mendorong ANGKASA untuk terus memantau dan memperkasakan koperasi-koperasi ‘ 100 Champion ’ dengan harapan koperasi dapat terus meningkatkan pendapatan sosioekonomi mereka. Proses pemantauan dan pemerkasaan disulami serentak dengan pembangunan modal insan dan tadbir urus baik koperasi agar koperasi ini benar-benar layak dipanggil ‘ Champion ’.
ResolusiKonvensyenKeusahawanan Koperasi 2013 yang telah dianjurkan oleh ANGKASA antara lainnya menjadikan ANGKASA sebagai pusat rujukan maklumat atau sumber produk-produk koperasi seluruh negara. Bertitik tolak daripada itu maka bermulalah inisiatif untuk mengumpulkan produk-produk yang dikeluarkan mahupun diedarkan oleh koperasi. Ketika itu, hanya terdapat 174 jenis produk koperasi berjaya dikumpulkan dan berada pada tahap yang asas. Persepsi masyarakat pada ketika itu amat memandang rendah pada taraf produk koperasi yang mana
Sebahagian produk koperasi di bawah label ‘ produk koperasi di bawah label ‘ 100 Product Champion ’ yang dieksport ke Brunei Darussalam pada 18 Ogos 2021.
Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa bergambar di hadapan ruang pameran produk koperasi dari negara-negara ASEAN.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease