25 MAPA 2021 COVID-19 : Isu, Cabaran dan Strategi Pengurusan Sumber Manusia
Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA
Oleh: Abdul Rahim b Abdul Rahman
Cabaran kedua pula bersangkutan dengan ketidakupayaan mencapai liputan internet yang berkualiti kerana didorong oleh kekangan perkhidmatan internet di sesebuah kawasan, terutamanya di kawasan perumahan. Sebahagian kakitangan tidak mempunyai WIFI di rumah dan banyak bergantung kepada ' hotspot ' yang sedia ada di telefon pintar masing-masing. Cabaran ketiga menjurus kepada ketidakmampuan sebilangan kakitangan untuk mempunyai komputer atau laptop persendirian. Selama ini mereka bergantung kepada peralatan yang dibekalkan oleh ANGKASA di pejabat. Senario ini telah menyukarkan urusan pekerjaan untuk menjadi lancar dan menjejaskan urusan pentadbiran. Untuk mengurangkan masalah ini, ANGKASA telah mengandakan jumlah Laptop untuk penggunaan kepada yang memerlukan di rumah. Di samping itu jumlah kakitangan yang mengambil Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah untuk membeli komputer atau laptop juga bertambah dalam tempoh dua tahun pandemik COVID-19 . Strategi Tangani Cabaran Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, pelbagai strategi telah diketengahkan, untuk terus memastikan impak pandemik COVID-19 dan PKP dapat ditangani dengan baik. Sejak Malaysia dilanda Pandemik COVID-19 , iaitu mulai 18 Mac 2019, ANGKASA telah mengambil Strategi Komunikasi Terbuka dan pro-aktif dengan memberi taklimat kesedaran dari masa kesemasa, mengeluarkan Garis Panduan dan SOP pada bulan Mei 2019, dan memberi maklumat terkini status kes-kes COVID-19 kepada semua kakitangan. Whatapps Group Komuniti COVID-19 telah diwujudkan yang mewakili semua Bahagian-bahagian agar maklumat COVID-19 cepat disalurkan kepada semua kakitangan. Publisiti, poster secara fizikal dan digital dikongsi secara meluas bagi memupuk kesedaran dan kefahaman bahayanya pandemik COVID-19 ini. Dalam memastikan kakitangan sentiasa meningkatkan ilmu dan kompetensi kerja, program-program latihan modal insan pun masih berjalan lancar dalam bentuk maya dan digital, seumpama kalau tiada rotan, akar pun berguna jua. Di samping itu, aktiviti pengurusan dan pengembangan kerjaya terus dilaksanakan dengan pengiklanan kerja kosong dan temu duga kerja dalam bentuk maya.
Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim serta ibarat rumput sudah kering, ditimpa hujan ditimpa kembali, begitulah fenomena COVID-19 yang melanda bumi keramat dewasa ini. Detik 18 Mac 2020 mencatat sejarah tatkala bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PKP dilaksana bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Malaysia sudah melalui empat fasa PKP iaitu PKP peringkat awal, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. Kini, melalui Fasa-fasa Pemulihan bergantung kepada prestasi di negeri- negeri. Tempoh dua tahun ini telah memberi impak mendalam kepada semua pihak. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Hampir tiada yang terkecuali, daripada kepimpinan tertinggi negara hingga ke rakyat marhaen. Pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah kepada pendapatan dan cara operasi di ANGKASA. Ia telah mencipta persoalan dan cabaran kepada Pengurusan Sumber Manusia ANGKASA. Tambahan pula dengan pelaksanaan arahan penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan, majoriti kakitangan jadi hilang akal sekejap dan hendak terbang tidak bersayap seketika, terutamanya operasi yang bergantung kepada interaksi kepada pelanggan secara fizikal turut terkesan. Cabaran-Cabaran Semasa Pandemik COVID-19 Cabaran paling utama tentunya dengan keterbatasan pergerakan menjalankan aktiviti di luar ANGKASA serta ketiadaaan perjumpaan secara bersemuka dalam proses perbincangan, perancangan, pembuat keputusan, pemberian arahan kerja, dan pemantauan kerja kakitangan dalam semua peringkat pentadbiran. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini amat jelas dalam tempoh PKP di peringkat awal. Ketika ini, media komunikasi menjadi amat berguna seperti telefon pintar, media sosial, dan medium digital seperti Whatapps, Zoom dan Google Meet . Sistem OneHR menjadi begitu penting sekali dengan memantau rekod kehadiran bekerja dari rumah (WFH).
Strategi adalah mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara dari masa kesemasa mengikut pengumuman pihak kerajaan. Melaksanakan sistem pekerjaan yang kedua secara berperingkat dan penggiliran secara peratusan 30% - 50% bekerja di pejabat dan ada kalanya 100% bekerja di rumah adalah antara perkara penting yang sentiasa dipatuhi. Strategi pengurangan kakitangan ke pejabat ini telah berjaya mengurangkan interaksi dan kontak di antara satu sama lain dan penularan wabak ini akan lebih mudah dikawal dalam jumlah yang kecil. Sistem kemasukan dan balik bekerja di pejabat mengikut tiga slot waktu yang berasingan dan penggiliran waktu makan tengah hari kepada dua slot waktu juga berjaya mengurangkan kesesakan di lift dan di tempat tumpuan umum. Strategi yang ketiga adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Selangor mengadakan Program Vaksinasi ANGKASA. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia bersama bahagian-bahagian lain telah mengerakkan Program Vaksinasi ANGKASA dan sehingga 10 Oktober 2021, lebih 97% kakitangan ANGKASA telah menerima dua dos vaksinasi. Jumlah penerima vaksin yang tinggi ini menyebabkan kakitangan merasa yakin untuk datang bekerja tanpa rasa kerisauan dari jangkitan wabak ini. Strategi yang keempat adalah dengan mengekalkan tahap konsistensi produktiviti kerja kakitangan. Pengekalan fokus adalah penting memandangkan sebahagian kakitangan bekerja dari rumah dan berada dalam persekitaran berbeza. Mengekalkan fokus kakitangan menjadi satu keutamaan, khususnya dengan sentiasa memperingatkan kakitangan tentang matlamat utama pekerjaan dan cara-cara mencapainya. ANGKASA menyediakan platform E-Kompetensi sebagai satu medium pemantauan kemajuan tugasan sebagai ukuran prestasi semasa dalam mencapai KPI Bahagian masing-masing. Kakitangan terus berhubung dengan penyelia bagi membolehkan segala maklumat penting disalurkan kepada pihak berwajib dengan setiap Bahagian mewujudkan Whatapps Group masing- masing serta berkongsi Live Location pada setiap hari. Strategi kelima pula ialah dengan memperkukuh nilai-nilai integriti antara kakitangan. Pada ketika PKP
dilaksana, terdapatnya kakitangan yang memerlukan sokongan moral dan motivasi kerana inilah kali pertama negara berdepan bencana wabak yang besar. Banyak program berunsur kerohanian telah dilaksanakan kerana ia dipercayai mampu untuk menjadi benteng dalam diri dalam memastikan amanah pekerjaan dapat terus dilaksanakan sebaiknya. Tazkirah dan ceramah dalam talian juga telah dibuat secara hikmah kepada rakan-rakan sekerja. Program mingguan Bacaan Yassin dan Tazkirah pada setiap malam Jumaat telah menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu pada setiap minggu sebagai wadah perjumpaan dan pengisian rohani kakitangan ANGKASA. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. ANGKASA MajikanPenyayang Segala strategi dan program-program yang dijalankan dalam tempoh PKP, PKPB, PKPP dan PPN ini menonjolkan satu unsur keprihatinan ANGKASA dan elemen majikan penyayang kepada keadaan yang kurang kondusif yang terpaksa dijalani oleh kakitangan disebabkan pandemik COVID-19. Walaupun, ANGKASA mengalami kekurangan pendapatan kesan dari Langkah Program Moratorium kerajaan, namun tiada satu pun gaji dan faedah- faedah kakitangan ditarik balik sebagai langkah penjimatan malah faedah tambahan diberi kepada kakitangan seperti Program Bakul Makanan dan pengurangan bayaran yuran Tadika Cahaya Mata. Kesimpulannya segala usaha yang dijalankan telah menjadi penampan kepada impak pandemik yang bukan sahaja membawa cabaran besar terhadap kesihatan, bahkan juga norma pekerjaan di mana-mana tempat sekalipun. Bak kata pepatah Melayu enggang lalu ranting patah. Oleh itu, meskipun diperakui wujud ruang-ruang untuk terus diperbaiki. Inilah satu hikmah terhadap kewujudan wabak ini iaitu mendorong ramai pihak bertindak secara bijaksana dalam mendepani cabaran yang tidak pernah terfikir akan berlaku. Satu sejarah baru buat semua kakitangan ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease