26 MAPA 2021
Oleh: Nadiah Kamarudin
Agenda 2030: Koperasi Perlu Lebih Agresif Ketengah Usaha Menjayakan SDG
Sebanyak negara termasuk Malaysia secara sebulat suara menerima pakai dokumen ‘Transformasi Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari’ yang menggariskan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan 169 sasaran yang ingin dicapai menjelang tahun 2030. 193 buah Mengikut Brundtland Report 1987 , pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan pada masa hadapan. Masyarakat awam, syarikat dan organisasi termasuk koperasi perlu bergerak ke arah pembangunan lestari dengan menitikberatkan lima tiang utama SDG iaitu kemajuan masya rakat, penjagaan bumi, kemakmuran, keamanan dan kerjasama. Usaha ini bukan sahaja untuk mengatasi masalah kemiskinan dan memelihara planet, malah akan membantu organisasi untuk memacu prestasi dan daya tahan perniagaan mereka. Majoriti masyarakat masih beranggapan usaha untuk menjayakan SDG akan memakan masa dan tenaga serta menelan kos yang tinggi, sedangkan ini adalah sebaliknya. Bergerak ke arah kehidupan lestari bermula daripada individu yang berdisiplin, berdedikasi dan komited untuk melakukan perubahan pada sekecil-kecil perkara yang akhirnya akan membawa ke perubahan yang besar. Bukan menjadi kewajipan untuk setiap organisasi bagi mencapai kesemua 17 SDG kerana mempunyai kekangan dari segi kos, tenaga dan infrastruktur, malah tidak semua SDG adalah relevan dengan perniagaan yang dijalankan.
Sejauh mana sesebuah organisasi dapat menyumbang ke setiap matlamat bergantung pada banyak faktor dengan mengambil kira risiko dan cabaran yang menanti. Walau bagaimanapun, inilah masanya untuk organisasi atau syarikat mengadakan kerjasama strategi dan perkongsian kepakaran dengan organisasi lain atau agensi-agensi kerajaan supaya risiko dapat dikurangkan. Pucuk kepimpinan organisasi perlu membiasakan diri dengan SDG. Langkah ini akan memberi impak yang signifikan kepada keupayaan sesebuah organisasi untuk mempraktikkan sasaran SDG ke dalam operasi harian mereka.
Gerakan koperasi dunia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagai antara pemain utama untuk pelaksanaan SDG. Hakikatnya, apabila kita melihat pada setiap SDG, koperasi terlibat dalam hampir kesemuanya cuma perlu ada usaha berterusan untuk mengetengahkan sumbangan koperasi melalui pelbagai platform. Koperasi perlu mengubah dialog penyampaian dalam setiap aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan supaya ada kesedaran yang meningkat bahawa apa yang selama ini dilakukan oleh koperasi sebenarnya selari dengan Agenda 2030 dan untuk menjayakan SDG.
Perlu juga ada satu platform khas dalam talian di mana koperasi-koperasi di Malaysia boleh melaporkan secara kolektif usaha dan inisiatif yang sedang dilakukan untuk mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan. Platform ini penting untuk membentangkan kemajuan gerakan koperasi negara dalam pelbagai indikator SDG dan membantu memantau pencapaian Agenda 2030. Dalam usaha kita mengejar pembangunan, gerakan koperasi negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang tertinggal di mana setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran dan kekayaan negara.
Stockholm Resilience Centre telah mengemukakan kaedah baharu untuk memahami SDG dengan lebih mudah iaitu ' The Wedding Cake Model '. Model ini menunjukkan alam sekitar sebagai asas ekonomi dan masyarakat serta sebagai asas untuk semua SDG.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease