27
MAPA 2021
Usaha dan inisiatif oleh ANGKASA yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)
No.
Matlamat
Huraian
1.
Tiada kemiski nan
Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana.
CoopCare ANGKASA Selaras Dengan Matlamat 1 Program CoopCare ANGKASA yang bermula sejak Mac 2020 merangkumi sumbangan dalam bentuk wang tunai, kit kesihatan dan barangan keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100). Antara penerima sumbangan adalah golongan miskin tegar, ibu tunggal, asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan petugas barisan hadapan.
No.
Matlamat
Huraian
3.
Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur.
Menyediakan Akses Kesihatan Kepada Anggota Dan Masyarakat Umum Selaras Dengan Matlamat 3 ANGKASA membuka peluang kepada koperasi yang berminat untuk menjalankan perniagaan premis farmasi di bawah jenama Coop Farmasi dan Coop Wellness. Sehingga kini terdapat lapan buah COOP Farmasi telah berjaya dibuka. Usaha ini adalah untuk membantu anggota koperasi dan seluruh rakyat Malaysia mendapat akses kepada pembelian produk-produk kesihatan pada harga yang berpatutan.
No.
Matlamat
Huraian
4.
Pendidikan berkualiti
Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.
Menitikberatkan Pembangunan Modal Insan Kakitangan Selaras Dengan Matlamat 4 ANGKASA memberi peluang kepada kakitangan untuk meningkatkan ilmu melalui pendidikan formal dengan menawarkan kemudahan pembiayaan melalui kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehingga kini, ANGKASA telah menaja seramai 13 orang mengambil Diploma, 15 orang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, 60 orang ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan 3 orang lagi ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Sehingga Disember 2020, Yayasan ANGKASA pula telah memberikan pembiayaan sejumlah RM14,578,000 kepada 1,127 orang pelajar.
No.
Matlamat
Huraian Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui. Memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan biokepelbagaian.
13.
Tindakan Terhadap Iklim
15.
Kehidupan di Darat
CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Selaras Dengan Matlamat 13 dan 15 ANGKASA melalui program CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok komited menjayakan agenda kerajaan untuk menanam pokok menjelang tahun 2021 sebagai salah satu usaha bagi membantu menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim. Kerjasama strategik ANGKASA dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Yayasan Hijau Malaysia akan membantu memulihara hutan terosot menerusi penanaman pokok di plot hutam simpan negeri Selangor seluas 20 ekar yang akan dijadikan sebagai ‘Hutan Angkat Koperasi’.
No.
Matlamat
Huraian Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan Mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan layak kepada semua.
2.
Kelaparan Sifar
8.
Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi
15.
Kehidupan di Darat
Memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan biokepelbagaian.
ANGKASA membantu koperasi mendapatkan pensijilan MSPO selaras dengan Matlamat 2, 8 dan 15 Membantu koperasi mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) bukan sahaja menggalakkan pertanian lestari, malah menyediakan peluang pekerjaan sekaligus membantu mengurangkan kadar kemiskinan. Hasil tinggi kelapa sawit per hektar juga bermaksud bahawa tanah pertanian yang ada dapat digunakan dengan lebih efisien serta ladang kelapa sawit menyimpan dan mengasingkan karbon, membantu mengurangkan perubahan iklim.
No.
Matlamat
Huraian
17.
Kerjasama demi Matlamat
Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.
ANGKASA Menjalinkan Kerjasama Strategik Dengan Agensi, Industri, Syarikat dan Organisasi Selaras Dengan Matlamat 17 ANGKASA menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara untuk menjayakan pelbagai inisiatif dan daya usaha bagi tujuan memperkasakan sosioekonomi anggota dan masyarakat demi kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease