28 MAPA 2021
Pengurus Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil Waqf ANGKASA
Oleh: Mohd Sapian Abdul Rahman
Membentuk Masyarakat Prihatin dan Sejahtera melalui Infaq Lil-Waqf ANGKASA
Sepanjang pelaksanaan Infaq Lil-Waqf ini, ANGKASA bersama-sama Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf selaku pengurus dana sentiasa berusaha untuk mengemas kini dan menambah baik pengurusan dana yang telah dipertanggungjawabkan oleh penyumbang. Kutipan sumbangan dana Infaq Lil-Waqf telah meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga Julai 2021 dana yang telah terkumpul adalah sebanyak
RM20,806,224.83 juta. Bermula tahun 2011 sehingga tahun 2020 ANGKASA telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada dana Infaq Lil-Waqf pada setiap tahun dan pada tahun 2021 ANGKASA telah meningkatkan sumbangan tahunan sebanyak RM1.5 juta. Berikut adalah graf kutipan sumbangan dana Infaq Lil-Waqf daripada 2010 sehingga Julai 2021:- ANGKASA sentiasa berusaha
melunaskan hasrat penyumbang melalui dana yang disalurkan melalui platform ini. Sehingga kini, sebanyak RM12,935,518.97 juta telah disalurkan kepada sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan di seluruh Malaysia dan luar negara tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Kredibiliti ANGKASA dalam pengurusan dana wakaf yang telus dan profesional terbukti apabila ANGKASA dilantik sebagai Nazir Khas/Pengurus aset bagi projek mega wakaf berimpak tinggi di kebanyakan negeri di Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri. ANGKASA juga optimis berkolaborasi dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri dan agensi berkaitan untuk bersama- sama bersatu tenaga memartabatkan wakaf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Bermula tahun 2015, ANGKASA telah menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan sehingga tahun 2020 ANGKASA telah menjalin kerjasama dengan dua lagi Majlis Islam Negeri iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Carta agihan dana Infaq Lil-Waqf adalah seperti di bawah:-
Infaq Lil-Waqf adalah satu instrumen yang diwujudkan oleh ANGKASA bagi merealisasikan hasrat untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan sejahtera. Ia adalah satu platform yang mudah dan efisien untuk membantu individu dan organisasi melaksanakan amalan berwakaf. Bermula pada tahun 2010 dan dirasmikan pada 15 Ogos 2011, kini Infaq Lil-Waqf telah pun mencapai usia 10 tahun.
Jumlah Kutipan Dana Infaq Lil-Waqf Dari Tahun 2010 Sehingga Julai 2021
RM2,000,000.00 RM1,500,000.00 RM2,500,000.00 RM3,000,000.00 RM1,000,000.00 RM500,000.00 RM
2010 2011
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 JUMLAH
Sumber: Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA
PENUBUHAN YAYASAN INFAQ ANGKASA
Jumlah Agihan Dana Infaq Lil-Waqf
ANGKASA selaku badan Apeks, amat komited untuk menjadi ikon dan perintis dalam memartabatkan wakaf di dalam gerakan koperasi di Malaysia. ANGKASA juga sentiasa memberi galakan dan rangsangan kepada koperasi-koperasi di Malaysia untuk menjadi sebahagian penyumbang bagi meningkatkan dana Infaq Lil-Waqf. Bagi melancarkan lagi urusan berkaitan pengurusan dana Infaq Lil-Waqf agar lebih teratur dan terancang, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Yayasan Infaq ANGKASA yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. (BHEUU, JPM). Penubuhan ini telah diluluskan oleh YB Datuk Seri Takiyudin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2021. Dengan lulusnya penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA ini, ANGKASA berharap agar dapat menjadi sebuah badan Apeks yang berfungsi dalam memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada koperasi, pelanggan-pelanggan ANGKASA dan masyarakat umum dengan lebih efisen dan dapat dikembangkan dengan lebih meluas melalui sumbangan dana Infaq Lil-Waqf.
Majlis Agama Islam Negeri Wilayah Persekutuan (MAIWP) 4,6000,000.00 Pusat Jagaan Darul Sakinah (PJDS) 1,846,547.34 Bangunan Infaq Lil-Waqf Pahang 1,593,109.90 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) 1,560,000.00 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 1,170,100.00 Sumbangan Mesin Hemodialisis 1,045,000.00 Sumbangan prasarana banjir kepada KKM 350,000.00 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 594,000.00 Wakaf Pendidikan 250,920.00 Maahad Tahfiz/ Pusat Jagaan 259,840.00 Pembangunan Koperasi Kariah Masjid 104,000.00 Kemboja 87,651.00 Sumbangan membiayai Pesakit Buah Pinggang/ Pesakit Kronik 68,350.73
Jumlah Keseluruhan: RM
Jumlah Keseluruhan RM12,935,518.97 juta
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease