WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

29

MAPA 2021

Pengurus Unit Pematuhan Syariah, Pengurusan dan Pembangunan Zakat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Oleh: Mohamad Azahari Ahmad

Sebahagian peserta penerima Sijil Pematuhan Syariah pada 27 Februari 2019 di Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebelum Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Transformasi Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA

Melalui perkhidmatan Pematuhan Syariah yang telah dibangunkan, koperasi akan diiktiraf bagi menjalankan produk dan perkhidmatan Patuh Syariah setelah melalui proses saringan, kemas kini dan audit melalui Piawaian Syariah yang ketat. Koperasi yang telah diiktiraf Patuh Syariah akan dibekalkan dengan Sijil Pematuhan Syariah untuk tempoh dua tahun. Audit Pematuhan Syariah juga akan dilaksanakan secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan perniagaan mahupun aktiviti koperasi tersebut tetap berada di landasan Syarak. Kini, Sijil Pematuhan Syariah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penghasilan baharu yang mempunyai reka bentuk dan sistem keselamatan yang ditambah baik. Sijil baharu ini mempunyai Bar Code digital untuk diimbas (scan) bagi memastikan kesahihannya terjamin. Dalam masa

yang sama, ia akan dicetak melalui satu sistem berteknologi yang telah dibangunkan oleh ANGKASA. Pelaburan ini dijangka akan dapat mengurangkan risiko pemalsuan sijil yang sedang berleluasa sejak akhir- akhir ini. Dalam masa yang sama, reka bentuk dan ciri keselamatan ini juga mempunyai piawaian pematuhan yang tinggi bagi memberikan jaminan dan keyakinan kepada masyarakat mengenai kredibiliti aspek Pematuhan Syariah oleh ANGKASA. Sijil ini telah diulang cetak sebanyak 549 keping untuk 204 buah koperasi yang mewakili 2,120 produk bagi tempoh 2013 sehingga 2021 (sehingga Ogos 2021). Dengan pertambahan 30 peratus lagi bagi setiap tahun, adalah menjadi keperluan agar sijil ini berada pada tahap digitalisasi serta mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Melalui kecemerlangan yang ditunjukkan ini, ANGKASA berharap

ANGKASA sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada koperasi yang menganggotainya dan gerakan koperasi secara amnya. Salah satu peranan besar ANGKASA melalui Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA) adalah perkhidmatan profesional Pema­ tuhan Syariah kepada gerakan koperasi. ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Konsultan Syariah Luaran Koperasi dan sekali gus sebagai Jawatankuasa Syariah Luaran Koperasi di bawah Garis Panduan 28 (GP28), Bahagian B, No. 5 (c). Pengiktirafan ini secara tidak langsung telah memberi gambaran mengenai keyakinan kerajaan terhadap kredibiliti ANGKASA dalam memayungi gerakan koperasi agar usaha yang digembleng ini dapat mencapai sasaran seperti yang ditetapkan.

gerakan koperasi dapat mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai Pelan Pematuhan Syariah bagi memastikan kelestariannya tercapai. Ia juga diharap dapat mengurangkan risiko daripada terdedah dengan sijil yang dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Contoh Sijil Pematuhan Syariah yang baharu

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease