WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

3

MAPA 2021

Oleh: Nadiah Kamarudin

Sumbangan ANGKASA Terhadap Pembangunan Perniagaan Koperasi Dihargai – Tan Sri Noh Omar

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar memuji pelbagai usaha dan inisiatif ANGKASA dalam merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi selama lima dekad penubuhannya yang memberi impak signifikan kepada kesejahteraan anggota dan pertumbuhan Sektor Koperasi. Beliau berkata demikian kepada media sewaktu mengadakan lawatan

rasmi ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya pada 14 Oktober 2021. Tan Sri Noh turut meletakkan harapan yang tinggi pada ANGKASA untuk bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia dalam merealisasikan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021- 2025 dan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden

ASEAN Co-operative Organization, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan komitmen berterusan ANGKASA untuk menjayakan empat program di bawah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi. Empat program tersebut adalah Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan

Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat) Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi telah di­ perkenalkan oleh MEDAC melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ekoran pandemik COVID-19.

Tan Sri Noh turut meluangkan masa melawat Muzium Koperasi Malaysia di ibu pejabat ANGKASA.

Tan Sri Noh bergambar sebelum mendengar taklimat oleh ANGKASA.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat ANGKASA pada 14 Oktober 2021. Duduk dari kanan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah, Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar; Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslimin Yahaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan), Datuk Haji Zamri Salleh. Berdiri dari kanan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Datuk Haji Mohamd Ali Haji Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Haji Nasir Khan Yahaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease