WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

30 MAPA 2021

Pengurus Kanan Bahagian Wanita dan Komuniti ANGKASA

Oleh: Puan Aziah Talib

ANGKASA Galak Koperasi Wanita Teroka Peluang Perniagaan Melalui TASKA CAHAYA MATA

mengendalikan Kursus Asuhan Kanak- Kanak (KAAK) sepenuhnya sejak November 2008 yang kemudiannya digantikan dengan Kursus Asuhan PERMATA bermula Januari 2013. Katanya, sasaran ANGKASA adalah untuk memastikan golongan B40 khususnya koperator wanita yang mengambil upah menjaga serta mengasuh kanak-kanak, mempunyai ilmu yang sebenar dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, ia juga sebagai galakan kepada koperasi agensi untuk membuka TASKA di premis perniagaan atau bangunan pejabat. “Inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada golongan B40 khususnya wanita untuk membantu menjana pendapatan bulanan, serta memulakan laluan kerjaya dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Usaha ini juga selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan majikan menyediakan pusat jagaan TASKA di tempat kerja, tidak kira sektor kerajaan atau swasta,” ujar beliau. Sehingga kini, sebanyak 27 buah TCM koperasi manakala TASKA di koperasi sekolah sebanyak 28 buah telah didaftarkan menerusi kerjasama Bahagian Wanita dan Komuniti dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala dari 1 Januari 2021 sehingga 19 Ogos 2021, sebanyak 2,822 TASKA telah berdaftar dengan JKM di seluruh Malaysia. Sejak pandemik COVID-19 melanda, norma baharu dalam kehidupan telah menuntut ANGKASA untuk mencari solusi terbaik dalam memastikan anggota koperasi terus mendapat galakan dan bantuan.

Sehubungan itu, Bahagian Wanita dan Komuniti dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan lain-lain agensi serta NGO yang berkaitan telah menganjurkan beberapa siri webinar dan perjumpaan dalam talian. Ia bagi memastikan koperator yang berminat untuk menubuhkan TASKA mendapat ilmu serta pendedahan awal daripada penceramah yang telah ditauliahkan dan diakreditasikan oleh JKM. ANGKASA juga turut mengadakan Kursus Kemahiran Pengasuh kepada pengasuh TASKA, pemilik TASKA dan Pengurus TASKA.

Menyedari kepentingan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dalam membantu proses pembesaran dan pembangunan modal insan kanak-kanak, ANGKASA melalui Bahagian Wanita dan Komuniti telah menganjurkan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan menawarkan pakej kursus yang lengkap kepada koperasi dan anggota koperasi ahli ANGKASA yang berminat di dalam bidang pengasuhan dan penubuhan TASKA. Presiden ANGKASA merangkap Presiden Asean Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, dalam usaha menggalakkan koperasi meneroka peluang perniagaan bidang pengasuhan, ANGKASA telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) untuk

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease