WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

31

MAPA 2021

Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan ANGKASA

Pharma Wellness ANGKASA Projek Pembangunan Perniagaan Baharu Koperasi Oleh: Che Mahalim Che Hashim

Perkhidmatan Ahli Farmasi akan disediakan untuk pengambilan pekerjaan termasuk konsep collaboration dan profit sharing . 04

Sistem POS adalah secara berpusat yang disediakan oleh pihak Coop Farmasi HQ yang memudahkan pemantauan jualan, push stock system dan stock transfer . 03

Dasar penetapan harga di semua rang- kaian yang kompetitif, penyusunan yang berkonsep feel the same, see the same di semua rangkaian, rak jualan yang boleh dipindahkan untuk lokasi lain dan operasi pengurusan & pemasaran berpusat oleh pihak ANGKASA. 05

Jenama perniagaan adalah secara rangkaian dengan jenama Coop Farmasi & Coop Wellness yang telah dipatenkan. 01 maksimum RM 150 ribu dengan tempoh bayaran balik selama 45 hari. 02 Stok permulaan akan dibekalkan oleh ANGKASA sebanyak

Khidmat nasihat pengubahsuaian kedai, pembekalan rak-rak jualan dan lain-lain yang disediakan oleh pihak Coop Farmasi ANGKASA bagi memastikan Coop Farmasi milik koperasi memenuhi garis panduan perundangan Farmasi, menarik dan bersifat mesra pelanggan. 07 pemborongan secara tier price, contract purchase , OEM dan ODM. 06 Kaedah pembekalan secara bulk purchase dengan kelebihan dari segi harga kos dengan menggunakan kaedah

Kekuatan Projek Coop Farmasi & Coop Wellness

Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah ketika mengunjungi Coop Farmasi milik Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak (KAKIB)

Melalui projek ini, ANGKASA membuka peluang kepada koperasi yang berminat mengusahakan premis farmasi dengan jenama Coop Farmasi dan Coop Wellness secara lebih bersistematik dan tersusun. Perniagaan ini berpotensi cerah untuk diceburi oleh sektor koperasi dan bagi merealisasikan projek ini, ANGKASA menyediakan perkhidmatan bagi penubuhan dan perjalanan perniagaan mengikut Prosedur Operasi

Standard (SOP) dan reka bentuk yang ditetapkan. Bermula pada tahun 2020 dengan peruntukan khas perniagaan berjumlah RM 2.6 juta yang disediakan oleh pihak ANGKASA, sehingga kini terdapat lapan buah COOP Farmasi telah berjaya dibuka. Berteraskan visinya iaitu menjadi peneraju dalam industri penjagaan diri dan kesihatan melalui rangkaian jenama Coop Farmasi dan Coop Wellness yang

dimiliki oleh Koperasi Ahli ANGKASA, Projek Pharma Wellness ANGKASA berusaha membentuk kerjasama dengan 200 jaringan di bawah koperasi farmasi di setiap negeri. Usaha ini adalah bagi merancakkan aktiviti pembekalan berpusat dan aktiviti pemborongan serta membentuk rangkaian perniagaan dengan koperasi di bawah satu jenama di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Projek perniagaan produk kesihatan dan penjagaan diri merupakan salah satu perniagaan dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh ANGKASA untuk sektor koperasi yang ingin menceburi perniagaan berasaskan farmaseutikal dan kesihatan. Sektor ini dilihat bakal memberi pulangan selain memberi akses atau kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada anggota dan masyarakat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease