MAPA 2021
4
ANGKASAMart merupakan outlet peruncitan seliaan ANGKASA di bawah Program BA100 dan pada masa yang sama menjadi model perniagaan runcit kepada koperasi. Model ini dirangka dan dibangunkan sebagai pilihan kepada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan. ANGKASA telah memperkenalkan program BA100 bagi membolehkan harga barangan asas dapat dibeli oleh ahli koperasi dan pengguna tengah dalam rantaian pembekalan barangan runcit. ANGKASA mengambil inisiatif ini demi menyahut saranan dari Majlis Penasihat Kos Sara Hidup Nasional (NACOL) dalam membantu kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup serta pada harga yang kompetitif sekaligus mampu mengurangkan peranan orang meningkatkan kesejahteraan rakyat. BA100 ini juga sejajar dengan salah satu teras strategik wawasan kemakmuran bersama iaitu penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara.
PELANCAR: Apakah matlamat penubuhan ANGKASAMart? ANGKASAMart ditubuhkan sebagai sebuah model peruncitan koperasi oleh ANGKASA yang menjual barangan keperluan asas ataupun harian. Harga barangan keperluan yang dijual di ANGKASAMart adalah berpatutan kompetitif serta berkualiti selain mengikut keperluan pengguna. ANGKASAMart juga menyediakan sistem pengurusan kedai runcit yang lebih sistematik dengan menggunakan teknologi digital iaitu www.jimatshop.com. Pendekatan ini adalah selari dengan hasrat untuk mempertingkatkan lagi kecekapan tadbir urus selain mengurangkan kos operasi. Selain itu, ANGKASAMart turut mempromosi produk keluaran koperasi tempatan mahupun antarabangsa di samping menjadi hub pengedaran kepada koperasi di negeri-negeri yang mempunyai outlet ANGKASAMart.
PELANCAR: Bagaimanakah ANGKASAMart boleh berperanan dalam membantu koperasi mengembangkan perniagaan mereka? Konsep Projek BA100 dilengkapkan dengan platform digital iaitu www.jimatbiz.com untuk B2B dan www.jimatshop.com untuk B2C. Melalui sistem tersebut, harga jualan mampu dikurangkan dengan mengelakkan peranan orang tengah. Kedai runcit mahupun outlet berpeluang mendapatkan keperluan runcit dan harian dengan membuat tempahan terus menggunakan platform digital www.jimatbiz.com. Seterusnya barangan yang ditempah akan terus dihantar kepada peruncit dengan percuma. Pelanggan boleh menggunakan platform digital www.jimatshop.com untuk menempah barangan di kedai dan membuat bayaran secara tunai di outlet atau membuat pembayaran melalui dalam talian. ANGKASAMart juga dapat memberi panduan kepada koperasi secara sistematik dalam mengembangkan perniagaan peruncitan serta meningkatkan kecekapan dalam menguruskan kedai. Panduan tersebut terdiri daripada cara susunan barangan atau produk, jenis-jenis produk yang dijual mahupun sistem digital yang digunakan termasuk sistem POS.
Platform digital yang digunakan dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekali gus dapat mengurangkan kos operasi. Secara tidak langsung, senario tersebut dapat meningkatkan kuasa beli yang tinggi di ANGKASAMart selain berpeluang mempromosikan produk koperasi secara percuma. PELANCAR: Apakah sasaran yang ingin dicapai menerusi ANGKASAMart? Seramai 1,000 pelanggan disasarkan berbelanja setiap bulan di kedai runcit koperasi yang berdaftar dengan projek BA100. Sekiranya seorang pelanggan berbelanja sebanyak RM200 sebulan, maka setiap outlet akan mampu menghasilkan perolehan bulanan sebanyak RM200,000 atau RM2.4 juta setahun. Secara tidak langsung, sasaran ini diharap dapat membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan koperasi di samping membantu menaikkan taraf koperasi daripada koperasi mikro kepada koperasi sederhana dan makro.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease