WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

5

MAPA 2021

PELANCAR: Apakah harapan Dato’ sendiri terhadap masa depan Sektor Pemborongan dan Peruncitan koperasi? Kita lihat Sektor Pemborongan dan Peruncitan lebih dikuasai oleh pihak tertentu. Justeru, ANGKASA berharap penyertaannya dalam sektor ini boleh membantu koperasi menstruktur semula rantaian atau pemasaran di peringkat pemborongan dan peruncitan. Melalui Projek BA100, sebanyak 3,000 buah kedai koperasi dikenalpasti boleh dinaiktarafkan. Seramai 1,000 orang daripada 3,000 outlet bermakna tiga juta orang disasarkan manakala sasaran jualan sebanyak RM2.4 juta setahun bagi setiap outlet bermakna jangkaan perolehan akan mencecah sebanyak RM7.2 bilion setahun untuk 3,000 outlet . Koperasi juga diharap dapat menambah ruang jualan selain menubuhkan cawangan peruncitan baharu. Produk koperasi akan semakin mendapat tempat dan perhatian pelanggan apabila disusun di rak dan kaunter utama. Saya juga berharap agar anggota koperasi dapat memberi sokongan dan boleh menjadi rakan kongsi strategik kepada koperasi yang ingin memulakan perniagaan runcit. Koperasi berpeluang menjadi outlet pada program BA100, sekaligus dapat meningkatkan sumbangan gerakan koperasi yang terlibat

dalam bidang ini. Pengantungan pendapatan koperasi hanya daripada kegiatan kredit atau kegiatan tradisi koperasi dapat dilebarkan kepada kegiatan Pemborongan dan Peruncitan. Aktiviti Pemborongan dan Peruncitan akan merancakkan lagi perjalanan gerakan koperasi di samping membuktikan keupayaan koperasi menceburi bidang Pemborongan dan Peruncitan di negara kita. Sektor ini adalah salah satu sektor yang perlu diceburi oleh koperasi kerana ia merupakan sektor yang boleh menjana ekonomi koperasi secara berterusan kerana peruncitan merupakan aktiviti ekonomi yang akan terus berkembang walaupun situasi ekonomi berubah disebabkan keadaan ekonomi semasa ataupun disebabkan pandemik COVID-19. Saya juga berharap agar ANGKASAMart akan menjadi model perniagaan peruncitan terbaik kepada kedai-kedai koperasi yang terlibat di bawah Program BA100 ANGKASA, di samping memberi harga yang berpatutan dan kompetitif terutamanya kepada Golongan B40.

Kedai Runcit ANGKASAMart di bangunan Glomac, Kelana Jaya.

Ruang niaga ANGKASAMart, Kelana Jaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease