WADAH PELANCAR EDISI MAPA 2021

MAPA 2021

6

MAPA 2021

Kepelbagaian aktiviti perniagaan koperasi sekolah telah memberi peluang dan ruang yang cukup luas kepada pelajar dalam bidang keusahawanan koperasi. Usaha ANGKASA dalam menjadikan koperasi sekolah sebagai tempat latihan keusahawanan wajar dipuji dalam memperkasakan potensi diri pelajar. Bagi memastikan koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan sokongan ANGKASA telah membuat pindaan kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah untuk meluaskan perniagaan koperasi. Pindaan ini dilihat dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan tadbir urus selain menambahkan fungsi aktiviti perniagaan dan meningkatkan perolehan koperasi sekolah. Ikuti sesi Wawancara Bersama Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail Mengenai Pindaan Undang- Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah. 8 Ogos 2002 mengesyorkan koperasi sekolah menjadi ahli ANGKASA untuk mendapat manfaat daripada program yang dijalankan sepanjang tahun. PELANCAR: Apakah matlamat penubuhan koperasi sekolah dalam konteks memupuk nilai keusahawanan pelajar? Koperasi sekolah telah banyak membantu menyemai minat, pengetahuan dan ilmu keusahawanan koperasi kepada pelajar sebagai persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan. ANGKASA melihat keusahawanan koperasi sekolah menjadi keperluan dalam membangunkan modal insan pelajar dan ia perlu dilaksanakan secara terancang. Penerapan konsep keusahawanan itu bukan bermakna koperasi sekolah perlu mengejar keuntungan semata-mata, tetapi ia juga mahu memastikan koperasi sekolah berupaya mempelbagaikan jenis dan kegiatan aktiviti mereka. Ini kerana pergantungan perniagaan terhadap kedai koperasi sahaja tidak mencukupi dalam memastikan peningkatan perolehan koperasi.

PELANCAR: Bagaimanakah Dato’ melihat perkembangan dan pencapaian gerakan koperasi sekolah di Malaysia pada masa kini? Gerakan koperasi sekolah telah mencecah usia 53 tahun (1968-2021) yang menyaksikan pelbagai perubahan, perkembangan dan kejayaan yang membanggakan sekali gus mencerminkan imej koperasi sekolah yang cemerlang sejajar dengan perkembangan pembangunan negara. Sehingga kini, perkembangannya ternyata memberikan impak yang cukup hebat atas sokongan dan kerjasama KPM dan MARA yang sentiasa memantau perjalanan perkhidmatan koperasi dan penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah memperlihatkan kekuatan yang luar biasa apabila SKM mencatatkan sejumlah 2,457 buah koperasi sekolah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta orang; syer/yuran berjumlah RM28.934 juta; aset berjumlah RM403.706 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM336.036 (Sumber: Disember 2020, SKM). Daripada jumlah ini, sebanyak 98 peratus iaitu 2,400 buah koperasi sekolah adalah ahli ANGKASA.

Kekuatan ini turut menyaksikan kejayaan sebanyak 13 buah koperasi sekolah mencapai perolehan RM1 juta manakala 6 buah koperasi sekolah mencapai perolehan mencecah hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – RM999,000). Selain itu, sebanyak 35 buah koperasi sekolah telah mendapat perolehan lingkungan RM500,000 – RM700,000. Penglibatan dan sokongan semua pihak menjadi faktor pendorong kepada kejayaan ini dan kesungguhan ini diharap dapat merealisasikan hasrat ANGKASA untuk melihat sasaran sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2030. Ia sekali gus membuktikan pencapaian ini dapat memberi sumbangan signifikan setanding dengan koperasi dewasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KPM telah mengambil ketetapan supaya semua sekolah menengah di negara ini menubuhkan koperasi sekolah sebagai satu usaha memperkenalkan pendidikan koperasi di sekolah- sekolah seperti surat siaran KP (BS08586/303(57) bertarikh 20 April 1989. Dalam memastikan koperasi sekolah bergerak dengan berkesan, KPM juga telah mengeluarkan surat siaran KP (BS/HEP8586/013(9) bertarikh

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease