7
MAPA 2021
MAPA 2021
PELANCAR: Apakah bentuk pendekatan yang boleh dilakukan dalam memastikan usaha ini dilaksanakan oleh koperasi sekolah selaras dengan kehendak KPM dan SKM? Gerakan koperasi sekolah telah bergerak lebih jauh ke hadapan dalam aktiviti perniagaan termasuk program peruncitan di bawah Projek barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Oleh itu, pindaan UUK Koperasi Sekolah perlu diselaraskan ke seluruh negeri bagi memastikan pindaan ini selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Penyeragaman ini telah dicapai secara bersama di antara KPM, MARA, SKM dan ANGKASA melalui ‘Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah’ anjuran ANGKASA agar ia selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan perniagaan koperasi sekolah dan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah selari dengan UUK dan dasar kementerian yang berkaitan; membincang dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang boleh dan sesuai diceburi oleh koperasi sekolah bagi memastikan impak jangka panjang untuk meningkatkan perolehan koperasi. Tumpuan koperasi sekolah ke arah mengembang dan mempelbagaikan perkhidmatan koperasi sejajar dengan aspirasi serta dasar- dasar yang ditetapkan KPM. Pelbagai usaha dilakukan sepanjang sesi persekolahan antaranya seperti meneroka perkhidmatan baharu dan memantapkan pengurusan strategi. Usaha ini disokong menerusi SKM yang merancang dan melaksana program pembangunan perniagaan koperasi melalui pendedahan dengan pelbagai jenis perniagaan seperti pemborongan dan peruncitan, pelancongan dan pertanian. SKM, ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sentiasa bekerjasama dalam memastikan koperasi sekolah mempelbagaikan perniagaannnya bagi meningkatkan perolehan. Koperasi digalak menceburi pelbagai perniagaan mengikut kekuatan dan kemampuan masing- masing serta berusaha meneroka bidang baharu dan memaksimumkan sumber yang sedia ada.
Usaha menggalakkan koperasi sekolah menceburi perniagaan bertujuan memberi peluang dan ruang kepada lebih ramai anggota melibatkan diri dalam aktiviti berkoperasi di samping mendidik anggotanya ke arah menjadi usahawan yang berjaya selepas meninggalkan alam persekolahan. PELANCAR: Sebagai Ahli Lembaga ICA Global, apakah harapan Dato’ terhadap masa depan koperasi sekolah di peringkat antarabangsa? ANGKASA di peringkat antarabangsa begitu komited dalam memainkan peranannya mempromosikan model gerakan koperasi. Negara-negara seperti Timor Leste; Indonesia; Korea Selatan dan Jepun kini telah memulakan model gerakan ini di negara masing-masing. Terkini, Norway telah menunjukkan minat untuk mendapat bimbingan ANGKASA bagi mempelajari model koperasi sekolah yang dilihat terbukti melahirkan generasi koperator dalam bidang keusahawanan. Ini membuktikan keunikan yang terdapat pada koperasi sekolah di Malaysia kerana sistemnya yang tersusun dan menjadi rujukan oleh kebanyakan negara luar. Penyertaan koperasi sekolah di peringkat global amat membanggakan apabila baru-baru ini, Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Coop Pitch anjuran International Co-operative Alliance – Asia Pacific (ICA-AP) bersempena Asia Pacific Co-operative Youth Summit (APCYS) 3.0. Selain itu, anggota dan Lembaga Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad juga telah dijemput hadir ke Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik pada November 2021 depan bagi berkongsi pengalaman dan cerita kejayaan (success story) koperasi sekolah mereka sekali gus menjadi penyuntik semangat kepada koperasi belia di Malaysia dan koperasi belia luar negara. Usaha ANGKASA ini sudah tentu dapat menyemarakkan lagi kecemerlangan dan kegemilangan gerakan koperasi sekolah di persada antarabangsa sekali gus menonjolkan kehebatan imej gerakan ini di mata dunia.
Justeru, kepelbagaian aktiviti perniagaan di koperasi sekolah diharap dapat merancakkan lagi kegiatan koperasi sekolah dalam usaha memberi impak positif kepada semua pihak. Matlamat koperasi sekolah amat jelas. Ia bukan sahaja mampu melahirkan pemimpin pelapis gerakan koperasi, tetapi lebih kepada membentuk sahsiah diri yang baik melalui amalan jimat cermat, menabung dan berdikari serta memperoleh latihan amali dan mempraktikkan teknik pengurusan dalam perniagaan koperasi. Koperasi sekolah adalah wadah terbaik membangunkan modal insan dalam kalangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam konteks ANGKASA, penerapan nilai- nilai murni menjadi teras kepada pembentukan jati diri koperasi iaitu berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab kepada diri sendiri, bersatu hati serta menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah dan telus. ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas, malah terbukti mampu memberi latihan berkesan di luar kelas. PELANCAR: Mengapakah pindaan UUK Koperasi Sekolah perlu diselaraskan di semua koperasi sekolah? Dalam usaha memastikan fungsi perniagaan koperasi sekolah diperluaskan, SKM telah menerima cadangan Pindaan UUK Koperasi Sekolah. Pindaan UUK koperasi sekolah ini telah dibincang, dibahas, dibentang dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal Koperasi yang terdiri daripada KPM; Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), MARA, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) dan ANGKASA bagi memastikan pindaan itu disesuaikan dalam keadaan semasa dan terpakai untuk semua koperasi sekolah di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM dan MARA. SKM menerusi Bahagian Statutori dan Pendaftaran mengambil maklum hasrat ANGKASA untuk menyeragamkan UUK koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pemantauan semua koperasi sekolah menengah di bawah KPM dan MARA. Tujuan pindaan UUK Koperasi Sekolah adalah bertujuan meluaskan perniagaan koperasi. Ia dapat membantu koperasi sekolah untuk menambahkan fungsi aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi perolehan koperasi sekolah itu sendiri di samping meningkatkan tadbir urus koperasi agar lebih teratur, sistematik dan berdaya saing di pasaran. Dalam usaha meningkatkan aktiviti dan kegiatan sekolah, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu meneliti semula UUK Koperasi Sekolah terutama dalam perkara-perkara yang menyumbang kepada pembangunan koperasi sekolah dan anggota bagi memastikan cadangan pindaan ini tidak bertentangan dengan Akta Koperasi 1993.
Pindaan UUK yang dicadang untuk dipinda adalah melibatkan :
Tajuk dan Mula berkuatkuasa -
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)
Penggunaan nama ringkas koperasi sebelum perkataan ‘Berhad’ dan menjelaskan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Koperasi. Fungsi - Memperluaskan aktiviti koperasi selaras dengan perkembangan pembangunan perniagaan terkini. Fi Masuk - Penetapan fi masuk bagi anggota baharu dan bekas anggota iaitu RM2 bagi pelajar dan RM10 untuk guru atau kakitangan. Menarik Diri - Memberi notis bertulis satu minggu kerana untuk proses pembayaran balik syer dengan segera sebelum anggota meninggalkan alam persekolahan. Lembaga Koperasi - Penetapan seramai 15 orang Lembaga Koperasi terdiri daripada lapan orang guru atau kakitangan dan tujuh orang pelajar. Notis mesyuarat Lembaga - Memudahkan urusan memanggil Mesyuarat Lembaga iaitu notis hendaklah tidak kurang daripada tiga hari. Jawatankuasa Audit Dalaman - Mengurangkan beban guru dan melatih pelajar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Audit dalaman (JAD) melalui penetapan JAD seramai lima orang terdiri daripada dua orang guru dan tiga orang pelajar. Potongan Langganan - Menggalakkan pembelian / langganan oleh anggota ke atas fungsi dan aktiviti koperasi sekolah melalui penetapan pemberian potongan langganan bagi langganan sebanyak RM5000 oleh pelajar dan RM1,000 oleh guru dan kakitangan. Tahun Kewangan - Tahun kewangan koperasi sekolah ini adalah berbeza. Bagi tujuan memudahkan urusan pengumpulan maklumat, pemantauan dan takwim mesyuarat agung tahunan, semua tahun kewangan koperasi akan diseragamkan bermula 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember.
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease