WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

Wadah

FEBRUARI 2025 JILID: WP07/2

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

IYC2025 - Ruang dan Peluang kepada Peningkatan Ekonomi Koperasi Malaysia

Oleh: MOHD. ZAKUAN AZMI

Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 wajar dilihat sebagai pencetus idea, semangat dan usaha kepada seluruh gerakan koperasi dunia untuk mencetuskan momentum bekerjasama yang lebih aktif khususnya dalam aspek perdagangan. Bersempena dengan sambutan tersebut, ANGKASA mahu meningkatkan kapasiti perdagangan global melalui pelbagai pemerkasaan ekonomi koperasi. Ikuti temubual eksklusif Wadah PELANCAR bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengenai perkara tersebut. BERSAMBUNG DI MUKA 2

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

MAAB Lancar Pendaftaran Wasiat Digital dan Perkhidmatan Bayaran Bulanan Menerusi Potongan Gaji.

ANGKASA Teruskan Komitmen Sokong Agenda Penghijauan Malaysia. muka 8

Sumbang Peranan & Ilmu, Demi Kemajuan Gerakan Koperasi.

6 muka

muka 10

Perbincangan Strategik ANGKASA COOPHVN:Pacu Pembangunan Ekonomi dan Ekosistem Halal di Vietnam.

Program Protege@UMK Bentuk Nilai Keusahawanan Koperasi Mahasiswa. muka 17

ICA-AP Anjur Program Perkongsian dan Latihan di Malaysia

muka 15

muka 12

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

2 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Wadah PELANCAR: Bagaimanakah koperasi Malaysia boleh berkongsi peranan dalam IYC2025?

ini memberi ruang kepada koperasi untuk meningkatkan keterlibatan dalam rangkaian serantau serta meneroka peluang baharu di peringkat ASEAN. Antara program yang akan diadakan termasuk Cooperative Golf Tournament yang akan menghimpunkan peserta dari pelbagai kementerian, wakil kedutaan ASEAN di Malaysia serta koperator dari negara-negara ASEAN. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemimpin koperasi di rantau ini. Selain itu, ASEAN Cooperative Exposition akan memperkenalkan Pavilion ASEAN yang menyaksikan penyertaan koperasi apeks dari 10 negara ASEAN serta pempamer daripada koperasi serantau. Program lain yang bakal berlangsung adalah ASEAN Cooperative Conference, yang membincangkan isu serta peluang koperasi di negara-negara ASEAN. Sementara itu, ASEAN Cooperative High- Level Discussion pula bakal menjadi platform utama bagi pemimpin koperasi apeks, pemerhati kanan kerajaan ASEAN serta pihak berkepentingan lain untuk membincangkan dasar strategik dan merangka pelan tindakan koperasi serantau. Melalui penyertaan koperasi Malaysia dalam program ini, kita bukan sahaja dapat memperkukuh peranan koperasi di peringkat nasional, malah meletakkan

koperasi sebagai pemacu ekonomi yang lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Wadah PELANCAR: Apakah impak yang diharapkan daripada IYC2025 kepada pembangunan gerakan koperasi di Malaysia?

Umumnya

setiap

koperasi

mempunyai ekonomi masing-masing dan telah meletakkan sasaran dan pencapaian pada matlamat tahap yang sewajarnya. Namun, persoalannya, adakah koperasi sudah bersedia dan layak untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka di peringkat antarabangsa? Jika sudah, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia bersama-sama dengan agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia untuk membantu koperasi melalui pelbagai aktiviti serta program yang telah dan sedang dirancang. Koperasi boleh menghubungi ANGKASA untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. Sepanjang tahun 2025, ANGKASA juga telah merangka beberapa program bagi memperkukuh peranan koperasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, ANGKASA melalui ASEAN Co-operative Organization (ACO) akan menganjurkan program ASEAN Cooperative Dialogue yang bakal berlangsung pada Mei 2025. Program

Apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC), impak yang diharapkan bukan sekadar untuk meraikan pencapaian gerakan koperasi yang telah mencecah lebih 100 tahun di

Malaysia. Malah, kita mahu melihat perubahan lebih besar yang mana koperasi dapat menjana impak ekonomi yang lebih luas dan mampu merentasi sempadan. IYC2025 boleh meningkatkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemu bual wakil Wadah PELANCAR.

kesedaran masyarakat terhadap peranan koperasi dalam sektor ekonomi dan sosial. Melalui pelbagai program seperti seminar, bengkel dan pameran, lebih ramai rakyat Malaysia akan memahami kepentingan bagi koperasi serta manfaat menyertainya. Kesedaran yang lebih tinggi ini boleh membuka jalan kepada peningkatan keanggotaan, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang melihat koperasi sebagai alternatif kepada sektor ekonomi konvensional. Selain itu, koperasi dijangka berkembang sebagai model ekonomi yang lebih mampan, khususnya di kawasan luar bandar. Menerusi sokongan dan inisiatif yang dibawa oleh IYC2025, koperasi dapat mengembangkan perniagaan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah. Dari sudut global, IYC2025 juga akan membuka peluang kerjasama antarabangsa antara koperasi Malaysia dengan koperasi di luar negara. Perkongsian ilmu, pengalaman dan teknologi akan memperkukuh kedudukan koperasi tempatan dalam menghadapi cabaran ekonomi moden. Hal ini selaras dengan usaha untuk menjadikan koperasi sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang lebih inovatif dan berdaya saing. Koperasi seharusnya menjadikan IYC2025 sebagai titik permulaan untuk melakukan beberapa perubahan yang paling signifikan antaranya penerapan inovasi dan teknologi dalam operasi koperasi. Transformasi digital membolehkan koperasi menggunakan platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan automasi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta mutu perkhidmatan. Menerusi kemajuan ini, koperasi bukan sahaja dapat berkembang di peringkat tempatan malah juga berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Wadah PELANCAR: Bagi mencapai hasrat tersebut, apakah bentuk ruang dan peluang yang disediakan oleh ANGKASA kepada koperasi? ANGKASA sentiasa dijemput menyertai pelbagai program anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di banyak negara termasuklah jemputan menyertai program koperasi anjuran badan apeks koperasi di negara-negara tertentu khususnya di rantau Asia Tenggara. Kesempatan dan hubungan baik yang terjalin itu sewajarnya dimanfaatkan oleh koperasi melalui promosi secara langsung atau tidak langsung. Menerusinya, ANGKASA boleh menjadi pemudah cara dengan membawa produk atau bahan promosi koperasi untuk diketengahkan melalui periklanan, pameran dan padanan perniagaan. Sebagai contoh, ANGKASA telah menyertai program Ekspo Halal di Pusat

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menunjukkan beberapa produk keluaran koperasi di Malaysia kepada Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco (tengah) dan Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (kiri) dalam Pameran Perdagangan ICA-AP di Manila, Filipina pada 7 November 2023.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Dagangan Dunia Manila, Filipina pada 14 hingga 16 November 2024. Ekspo tersebut telah membuka ruang dan peluang kepada para koperator tempatan untuk mengeksport produk mereka ke Filipina. Menerusi ekspo tersebut, ANGKASA telah mendapat jemputan melalui pihak National Comission on Muslim Filipinos (NCMF) dan telah membelanjakan RM14,787.00 sebagai kos sewaan reruai sepanjang ekspo tersebut berlangsung. Selain Filipina, ANGKASA juga menjalin kerjasama erat dengan badan apeks koperasi dari Thailand dan Vietnam. Sebagai contoh, pada 19 hingga 22 Januari 2025, delegasi ANGKASA yang saya sendiri ketuai telah mengadakan lawatan kerja ke Vietnam dan bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan antaranya badan apeks koperasi negara tersebut iaitu Vietnam Cooperative Alliance (VCA), Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT), Vietnam Halal Cooperative dan ahli kariah Masjid Jamek Lil Muslimin Thuan Nam-Phuoc Nam. Lawatan tersebut bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan industri halal di Vietnam menerusi platform koperasi dan memperkukuh rangkaian koperasi antara kedua- dua negara. Pada tahun 2025, lebih banyak program peringkat antarabangsa telah dirancang dan disusun oleh ANGKASA dengan kerjasama dan sokongan agensi KUSKOP iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melibatkan ICA-Asia and Pacific termasuklah ACO. Wadah PELANCAR: Apakah bentuk cabaran yang Datuk Seri lihat perlu diatasi bagi merealisasikan matlamat tersebut? Cabaran paling utama dalam menjayakan agenda perdagangan global banyak tertumpu kepada masalah berkaitan produk keluaran koperasi yang masih di bawah paras kelayakan atau tidak melepasi piawaian eksport. Antaranya seperti tidak memiliki pengiktirafan Hazard Analysis & Critical Control Points (HCCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Pensijilan Halal oleh JAKIM. Ketidaksungguhan koperasi untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut juga mungkin berkait rapat dengan permasalahan dalaman seperti tahap keupayaan dan pengeluaran yang rendah selain modal pusingan yang kecil. Justeru, ANGKASA akan meneliti halangan- halangan yang wujud dan mencari solusi sesuai bagi memastikannya dapat diurus dan ditangani dengan sewajarnya. Sokongan dan bantuan oleh setiap agensi berkaitan adalah sangat perlu bagi memastikan lebih banyak peluang kerjasama dapat dibentuk sekali gus dapat produk keluaran koperasi dapat dieksport ke luar negara.

ANGKASA komited dalam mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi tempatan dalam pelbagai program antarabangsa yang berlangsung di luar negara.

ANGKASA untuk membantu koperasi yang terlibat meningkatkan perolehan demi kelestarian anggota dan masyarakat akan terus digerakkan seiring dengan kemampuan selain bentuk sokongan serta bantuan yang disediakan. Corak perdagangan pada masa sekarang juga banyak mengalami perubahan seperti jualan secara dalam talian. Jadi tidak mustahil, koperasi kluster mikro dan kecil mampu untuk meneroka pasaran lebih jauh menerusi usaha dan kesungguhan yang digerakkan. Harapan saya, pertingkatkanlah kualiti produk dan perkhidmatan koperasi supaya kelestarian perdagangan tersebut mampu menjana lebih

Wadah PELANCAR: Apakah harapan Datuk Seri dalam melihat masa depan gerakan koperasi di Malaysia daripada sudut ekonomi? Bilangan koperasi yang berdaftar di Malaysia pada tahun lalu berjumlah 15,809 dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang. Daripada jumlah tersebut, koperasi kluster mikro dan kecil lebih mendominasi carta melebihi 70% daripada jumlah keseluruhan koperasi yang berdaftar. ANGKASA tidak melihat situasi ini sebagai satu bentuk cabaran dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi koperasi terlibat kerana kita akui, setiap koperasi yang ditubuhkan tertakluk kepada matlamat penubuhan dan undang-undang kecil mereka. Namun begitu, usaha berterusan

banyak peluang ekonomi dan pendapatan kepada anggota dan masyarakat.

Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 wajar dimanfaatkan oleh koperasi dengan mengambil peluang mempromosi produk dan perkhidmatan pelancongan mereka.

Dari Meja Presiden

Usahawan dalam kalangan anggota koperasi amat digalakkan untuk terlibat membantu meningkatkan ekonomi koperasi terutamanya dalam aspek pembekalan dan pemasaran. Asas ekonomi yang kuat beserta dengan kajian pemasaran secara inklusif dan pelbagai menjadi titik tolak kepada kekuatan dan kelestarian koperasi agar tidak terhad kepada aktiviti sedia ada. Pelbagai inisiatif ekonomi telah digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu pengusaha kecil dan mikro menjana pendapatan sebagai usahawan. Hakikatnya, peluang dan bantuan yang diraih itu boleh dikongsi bersama koperasi yang dinaungi melalui kerjasama perdagangan. Koperasi amat memerlukan sokongan dan bantuan terutamanya daripada kalangan anggota bagi merancakkan lagi program dan juga percambahan idea-idea baharu dalam meningkatkan pendapatan

koperasi. Kolaborasi strategik antara anggota dan koperasi dianggap sebagai sangat ideal dan mampu mentransformasikan ekonomi koperasi berasaskan kepada persekitaran dan budaya niaga yang bersesuaian.

Hasil pengeluaran anggota koperasi boleh dijual melalui platform koperasi sama ada secara fizikal mahu pun secara dalam talian. Manfaat daripada kerjasama tersebut juga akan berupaya membangunkan modal insan dalam kalangan anggota koperasi itu sendiri seperti pekerja, pengedar, peruncit dan pemborong daripada kalangan anggota serta komuniti setempat. Semoga inisiatif ini dapat membantu memperkasakan sektor ekonomi koperasi sekali gus memberi impak yang lebih positif kepada seluruh anggotanya.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

4 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Perkasakan Sosioekonomi Umat Islam Melalui Koperasi Kariah Masjid

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid (tengah) bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (enam dari kiri) dan barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, Dato' Haji Mohd Jamil Othman (enam dari kanan).

koperasi kariah masjid di Pulau Pinang aktif dan 22 daripadanya telah menyertai Program BA100 ANGKASA. “Penubuhan koperasi kariah masjid bukan sahaja mampu memperkukuh ekonomi umat Islam, malah turut memupuk perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang,” katanya. Terdahulu, YB Dato' Dr. Mohamad dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif yang boleh memperkukuh ekonomi umat Islam serta memberi manfaat kepada komuniti setempat. Beliau turut menyokong usaha ANGKASA untuk memperkenalkan konsep koperasi kariah masjid. Inisiatif itu katanya selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Islam di Pulau Pinang melalui program ekonomi yang lebih inklusif dan mampan. Di samping itu, beliau turut menegaskan betapa pentingnya kerjasama erat antara ANGKASA dengan institusi masjid selain Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan penubuhan koperasi kariah masjid. Beliau turut mencadangkan supaya satu pertemuan lanjut

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Penubuhan koperasi kariah masjid di Pulau Pinang merupakan antara inisiatif strategik yang perlu diberi tumpuan bagi memperkasakan sosioekonomi umat Islam. Selaras dengan bilangan masjid di seluruh Pulau Pinang sebanyak 215, inisiatif tersebut juga dapat membantu meningkatkan taraf hidup ahli kariah melalui pelbagai program berorientasikan ekonomi dan kebajikan. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengetuai kunjungan hormat ANGKASA ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, bertempat di Bangunan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang pada 27 Januari 2025. Tambahnya lagi, koperasi kariah masjid berpotensi menjadi platform bagi masyarakat untuk menjalankan perniagaan yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti setempat sambil menyokong pembangunan sosial secara holistik. Kerjasama erat antara ANGKASA dengan kerajaan negeri juga diharap dapat memperluas program perniagaan koperasi. Sebagai rekod, sebanyak 34

Sesi perbincangan bersama YB Dato’ Dr. Mohamad.

dapat diadakan bersama pihak yang terlibat untuk merancang aktiviti ekonomi koperasi serta merangka pelan tindakan yang lebih terperinci bagi memastikan matlamat koperasi dapat dicapai dengan lebih berkesan. Menurut beliau, koperasi kariah masjid berpotensi menjadi pemangkin pembangunan komuniti melalui aktiviti seperti penjualan barangan keperluan harian, penyediaan perkhidmatan zakat dan penganjuran program sosial yang dapat memberi manfaat langsung kepada ahli kariah. Usaha tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi masyarakat, malah mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kariah, sekali gus menyokong kesejahteraan komuniti secara menyeluruh. Beliau juga berharap agar penubuhan koperasi kariah masjid dapat memberikan impak yang lebih positif kepada ekonomi umat Islam di Pulau Pinang selain dapat meningkatkan tahap ekonomi dan landskap kehidupan yang lebih baik terhadap masyarakat Islam di negeri tersebut. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Marzuki Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Zakat Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Kairi Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang, Encik Abdul Mohsein Mohd Shariff, Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan & Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

5 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

ANGKASA Perluas Perkhidmatan Syariah dalam Gerakan Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu jemputan bergambar bersama peserta Seminar Pemerkasaan Syariah dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA akan memperluas perkhidmatan Syariah dalam gerakan koperasi supaya lebih komprehensif dan menyeluruh dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bagi merealisasikan usaha tersebut, empat Projek Khas Syariah telah dirangka bagi membuktikan komitmen jitu ANGKASA untuk menjadikan prinsip Syariah sebagai pilihan utama dalam dunia perniagaan dan kewangan. "Empat projek khas itu adalah Program Profesional Berterusan Syariah atau Continuous Professional Development of Syariah (CPD's), Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Koperasi Sekolah, Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Koperasi yang dirujuk oleh Entiti Kewangan dan Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Syarikat. Keempat Projek Khas Syariah ini bakal digerakkan secara proaktif bagi memastikan ANGKASA terus memacu kecemerlangan Syariah dalam gerakan koperasi," katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Syariah dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025 di Putrajaya pada 13 Februari 2025. Sebanyak 61 buah koperasi

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa KTUP, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron.

300 buah koperasi yang perlu dibimbing untuk mencapai Pematuhan Syariah," ujar beliau. Katanya lagi, ANGKASA perlu memastikan koperasi yang telah menerima Sijil Pematuhan Syariah terus kekal konsisten dan komited dalam melaksanakan prinsip Syariah termasuk menyediakan sokongan berterusan seperti audit berkala, latihan

Mereka ialah Dr. Abdullaah Jalil yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Tawarruq Sebagai Instrumen Kewangan Islam di Koperasi: Manfaat dan Cabaran' manakala Prof. Madya Dr. Salmy Edawati Yaacob membicarakan tajuk 'Koperasi Cemerlang, Pematuhan Syariah Gemilang' dan Dr. Supiah Salleh pula membentangkan tajuk 'Pengauditan Syariah di Koperasi: Langkah ke Arah Tadbir Urus Holistik'. Terdahulu, peserta turut berpeluang mendengar Ucaptama Seminar yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, dan Pentadbiran (KTUP) merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah), Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty, Anggota Jawatankuasa (KTUP) merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Dr. Syaharina Abdullah.

tambahan dan khidmat nasihat untuk memastikan mereka berada pada landasan yang betul. Seminar Pemerkasaan Syariah

menerima Sijil Pematuhan Syariah dalam majlis berkenaan sebagai pengiktirafan rasmi kepada koperasi yang telah berjaya melalui proses dan penilaian Pematuhan Syariah yang ketat. "Sehingga Januari 2025,

dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025 yang diadakan selama dua hari pada 12 - 13 Februari itu menyaksikan penyertaan seramai 140 peserta. Para peserta berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada

Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron.

Jawatankuasa Syariah ANGKASA telah bersidang sebanyak 64 kali dan telah mentauliahkan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA kepada 232 buah koperasi. Namun, jumlah ini hanya mewakili 40 peratus daripada kira-kira 600 buah Koperasi Kredit yang menjadi ahli ANGKASA. Ini bermakna, masih terdapat 60 peratus atau anggaran kira-kira

tiga penceramah iaitu dua Ahli Jawatankuasa Syariah ANGKASA dan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

INFO SEMASA 6

Wadah

FEBRUARI 2025

MAAB Lancar Pendaftaran Wasiat Digital dan Perkhidmatan Bayaran Bulanan Menerusi Potongan Gaji

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (enam dari kanan) menekan butang sebagai gimik perasmian Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MAAB 2024 di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025.

Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan Anugerah Jualan Hibah Tertinggi 2024 (Kategori Rakan Niaga) kepada Itqan Maju Resources.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2024 Kategori Bank kepada Bank Simpanan Nasional.

Syarikat KM Uyil Writing Service adalah juara Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2024 (Kategori Rakan Niaga).

Niaga Korporat MAAB 2024 dan Pelancaran Logo Baharu MAAB di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025. Beliau juga amat berbangga dengan pencapaian subsidiari tersebut yang sekarang menuju ke tahun ke-11 penubuhannya serta pendaftaran wasiat dan hibah juga telah mencapai hampir 500,000 kes dengan anggaran harta bernilai RM240 bilion. “Pada tahun 2024, MAAB telah mencatatkan pendapatan kasar berjumlah RM30.56 juta dengan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan masyarakat kepada satu-satunya entiti koperasi dalam negara yang menjalankan amanah wasiat, hibah dan pusaka tersebut,” katanya. Sementara itu, Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, bermula November 2024, MAAB telah memberikan sumbangan wakaf tunai sebanyak RM0.50 bagi setiap wasiat yang didaftarkan oleh pelanggan kepada Yayasan Infaq ANGKASA. Beliau juga turut meletakkan sasaran

peningkatan pendapatan MAAB kepada RM60 juta pada tahun 2025 menerusi pengukuhan jaringan kerjasama MAAB dengan semua rakan korporat dengan tema 'Pengukuhan Strategi Jaringan Perniagaan.' Dalam majlis tersebut, MAAB telah mengumumkan sumbangan wakaf korporat kepada Yayasan ANGKASA bernilai RM250,000 dan Yayasan Infaq ANGKASA berjumlah RM66,089. MAAB juga turut meraikan rakan korporat daripada pelbagai kategori termasuk institusi kewangan, syarikat korporat, koperasi dan agensi kerajaan dengan pelbagai anugerah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Pengarah Urusan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus dan barisan Pengerusi ANGKASA Negeri.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

MyANGKASA (MAAB), anak syarikat ANGKASA yang juga syarikat amanah tunggal milik koperasi di Malaysia melakar sejarah baharu dengan menawarkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital. Amanah Berhad Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Sistem Tandatangan Digital bagi produk wasiat dan hibah itu dijangka dapat mengoptimumkan proses pendaftaran sehingga 90 peratus. “Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, penjawat awam kini berpeluang mendaftar produk perancangan harta pusaka dan membuat bayaran bulanan melalui potongan gaji ANGKASA, menjadikannya lebih mudah dan berpatutan," jelasnya. Beliau berharap semua penjawat awam dapat merebut peluang tersebut untuk merancang harta pusaka masing-masing. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan Malam Apresiasi Rakan

INFO SEMASA 8

Wadah

FEBRUARI 2025

ANGKASA Teruskan Komitmen Sokong Agenda Penghijauan Malaysia

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah, berbaju putih) dan tetamu jemputan bergambar bersama sukarelawan CoopCare ANGKASA semasa perasmian Program Penghijauan Malaysia CSR CoopCare Pencahayaan Canopy Walk bersama ANGKASA di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

pengunjung bertambah sekali gus menawarkan aktiviti malam yang bermanfaat di ibu kota. "Inisiatif tersebut juga diharapkan dapat mencipta ruang untuk pendidikan alam semula jadi, memupuk kesedaran awam terhadap biodiversiti dan mendorong masyarakat untuk lebih menghargai sumber semula jadi,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Haji Zahari Ibrahim dalamucapannyaberkata,menerusipenganjuran pelbagai program termasuk kerjasama dengan ANGKASA dalam program Karnival Penghijauan Malaysia dan Simfoni Hutan Hijau atau KL Green Symphony 2024 (KLGS) dan telah berjaya menarik seramai 3,000 orang pengunjung tempatan dan antarabangsa, jelas membuktikan kejayaan penganjuran bersama bagi program tersebut. "Bagi memperkaya lagi tarikan di TERKL, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sekali lagi bekerjasama dengan ANGKASA untuk memperkenalkan aktiviti baharu, termasuk Canopy Night Walk sebagai daya tarikan tambahan kepada aktiviti awam, penanaman pokok serta pelbagai inisiatif CSR yang dilaksanakan di lokasi ekopelancongan, usaha ini dianggap sebagai langkah awal promosi Tahun Melawat Malaysia 2026,” jelasnya. pengunjung. “Melalui kesedaran Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal), Dato’ Haji Ahmad Fadzil Abdul Majid, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Haji Roslan Rani, Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Nor Azam Md Salleh, Ketua Unit Komunikasi Korporat mewakili Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohammed Salleh Mohd Fadzil, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan, Encik Azrul Ekhuan Eliah, Ketua Pegawai Eksekutif MyISCO Sdn. Bhd., Encik Junaidi J. Nordin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ANGKASA terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong agenda nasional Penghijauan Malaysia menerusi pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia CSR CoopCare dan Pencahayaan CanopyWalk bersamaANGKASA sempena Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 dan S@TER Siri 1. Program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) CoopCare dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan itu adalah salah satu inisiatif sempena sambutan IYC 2025 serta kepengerusian ASEAN 2025. Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, seiring dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan 2030 tarikan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) sebagai destinasi utama ekopelancongan negara. Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah juga menambah, pemasangan pencahayaan di Canopy Walk TERKL adalah langkah strategik untuk mempromosikan Canopy Night Walk sekali gus memberikan pengalaman unik kepada pengunjung untuk menikmati keindahan flora dan fauna tropika pada waktu malam. “Langkah ini juga adalah simbol usaha bersepadu ANGKASA dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menjadikan TERKL sebagai destinasi pilihan, bukan sahaja di peringkat tempatan malah juga antarabangsa, terutamanya sempena kepengerusian ASEAN 2025 serta sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025". Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan program itu di TERKL, Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. (SDG2030) dan Dekad Pemulihan Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) 2021-2030, program tersebut dianjurkan dengan tujuan untuk memelihara kelestarian alam sekitar sambil memperkukuh daya Menurutnya lagi, untuk program tersebut, ANGKASA telah memperuntukkan kira-kira RM30,000 meliputi pemasangan lampu di sekitar laluan Canopy Walk tersebut. “Ini hanya sebagai permulaan dan sekiranya mendapat sambutan, kita akan tambah lagi peruntukan bagi memastikan kehadiran

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah melakukan gimik penanaman pokok.

Dato’ Haji Kamarudin (empat dari kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian.

Dato’ Haji Kamarudin dan tetamu jemputan bergambar kenangan di jambatan TERKL.

INFO SEMASA 9

Wadah

FEBRUARI 2025 Warga ANGKASA Imarahkan 'MAJLIS ANGKASA BERSELAWAT 2.0'

ANGKASA telah menjemput kumpulan Haqqani Maulid Ensemble dalam program Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 yang berlangsung di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Februari 2025.

dibawa oleh Baginda perlu disemai dan diamalkan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam urusan pekerjaan dan peranan yang telah diberikan dalam menggerakkan serta memajukan gerakan koperasi di Malaysia. Majlis tersebut juga katanya dijadikan sebagai satu titik muhasabah dalam memperkukuhkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian dan dalam perjuangan memajukan koperasi. Selawat yang dialunkan menjadi wasilah untuk mendekatkan diri umat Islam amnya dan warga ANGKASA khasnya, kepada Allah SWT dan mendapat keberkatan dalam setiap urusan. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, penceramah khas, Habib Nael Taher dan Pengurus Kumpulan Haqqani Maulid Ensemble, Encik Ahmad Mirza Nurul.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala Nabi dan Rasul, menjadi teladan yang baik (qudwah hasanah) dalam setiap aspek kehidupan umat Islam. Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW akan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Warga ANGKASA telah berhimpun dalam Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Februari 2025. Program itu merupakan majlis kedua yang dianjurkan oleh ANGKASA bersama seluruh warga kerjanya dan akan menjadi program yang berterusan serta lebih terbuka kepada komuniti sekitar pada masa akan datang. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan beliau. Katanya, Baginda Rasulullah S.A.W. adalah insan yang menunjukkan contoh kepimpinan berteraskan keadilan, keikhlasan dan amanah. Nilai-nilai yang

Barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (barisan hadapan, tengah) bergambar bersama Pemimpin Majlis Rasulullah Malaysia, Habib Nael Taher (barisan hadapan, empat dari kanan) dan ahli kumpulan Haqqani Maulid Ensemble.

Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 turut dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan) dan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail (tengah) dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kiri).

Warga ANGKASA mengimarahkan Majlis ANGKASA Berselawat 2.0.

10 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 25 Januari 2025. Dato’ Sri Khairul Dzaimee turut mengaitkan fenomena ‘ Brain Drain ’ atau penghijrahan cendekiawan atau individu berkemahiran tinggi yang memilih untuk bekerja di luar negara sebagai satu krisis yang boleh merugikan negara. “Faktor peluang kerjaya terhad dan gaji rendah menyebabkan mereka memilih untuk bekerja di luar negara. Dalam hal ini, pelajar perlu menanam semangat Sumbang Peran Kemajuan Gera

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Pelajar Tajaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA disaran untuk menyumbangkan kembali peranan dan ilmu pengetahuan yang ditimba kepada gerakan koperasi setelah tamat pengajian di universiti masing-masing. Mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada keluarga besar koperasi sama ada bekerja dalam bidang koperasi atau menyumbang pengetahuan bagi pembangunan perniagaan koperasi ke arah usaha meningkatkan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor koperasi. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, sudah tiba masanya gerakan koperasi bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan yang lebih dominan dan usaha tersebut perlu disertai oleh generasi muda berpendidikan tinggi.

Dato’ Sri Khairul Dzaimee (dua dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) bergambar bersama pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulus Cemerlang) Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025.

Dato' Sri Khairul Dzaimee bergambar bersama tetamu kehormat dan pelajar semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulu

11 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

nan dan Ilmu Demi akan Koperasi

patriotisme dan kecintaan kepada negara," jelasnya. Dato’ Sri Khairul Dzaimee turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), syarikat korporat serta koperasi yang mengambil langkah dalam memberikan peruntukan untuk dana pendidikan Yayasan ANGKASA khususnya untuk membantu warga koperasi dan anak-anak mereka yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Tambah beliau, usaha murni tersebut diharap membuka peluang dan hala tuju yang lebih luas kepada kecemerlangan anak bangsa dengan membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat. Terdahulu, dalam ucapan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul

Fattah Abdullah, beliau menyatakan sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000 sehingga 2024, Yayasan ANGKASA telah menaja seramai 1,898 orang pelajar di pelbagai peringkat dan bidang pengajian dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM34.95 juta dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11.42 juta ditukar kepada biasiswa. “Yayasan ANGKASA cakna terhadap kepentingan pendidikan serta komited melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam kalangan warga koperasi dan anak-anak mereka bagi mewujudkan ekosistem koperasi yang holistik, seterusnya menyaksikan sektor ini diiktiraf sebagai sektor terpenting kepada KDNK negara,” ujarnya. Penyerahan Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah dan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA telah disampaikan oleh Dato’ Sri Khairul Dzaimee kepada empat wakil pelajar iaitu mewakili Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa (Lelaki dan Perempuan), Pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Pelajar Doktor Falsafah (PhD). Seramai 199 orang pelajar baharu menerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2024/2025 termasuk seramai 24 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Kategori Sepenuh Masa dan seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Lulus Cemerlang) Kategori Separuh Masa. Penyampaian anugerah tersebut adalah sebagai dorongan dan penghargaan kepada merekayangtelahmencapaikecemerlangan di institusi pengajian tinggi masing-masing dan bakal menyumbang kembali kemahiran dalam sektor koperasi dan pembangunan negara.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang termasuk pelajar, ibu bapa/penjaga dan penyumbang utama Yayasan ANGKASA terdiri daripada Koperasi, Badan Korporat dan individu itu turut menyaksikan Sesi Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi empat kategori iaitu Kategori Badan Korporat dan Agensi, Kategori Koperasi, Kategori Individu dan Kategori Anugerah Jalinan Kerjasama Edu KL _ Fun Run. Penghargaan tersebut adalah sebagai pengiktirafan sumbangan yang mereka salurkan melalui Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato' Amran Haji Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah IKMa, En. Mohd Zaib Mat Yunus, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, En. Azizul Alias (Wakil KUSKOP), En. Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, Dato' Haji Zazali Haron, Haji Nasir Khan Yahaya, Dato' Fahrol Rohman Ahmad dan Dato' Hajah Rosni Haji Zahari. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan pengurusan kanan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Bacaan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi Pengambilan 2024/2025.

us Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 25 Januari 2025.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12

Wadah

FEBRUARI 2025

Perbincangan Strategik ANGKASA- COOPHVN: Pacu Pembangunan Ekonomi dan Ekosistem Halal di Vietnam

LIPUTAN LUAR NEGARA

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian ketika menandatanganani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan COOPHVN di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025. Beliau dalam ucapannya juga menyatakan bahawa kerjasama tersebut sangat penting dalam usaha untuk memperkenalkan produk halal Malaysia dalam pasaran Vietnam dan negara ASEAN yang lain. “Melalui kerjasama ini, kita harap dapat mengukuhkan kedudukan industri halal ASEAN di peringkat global dan membuka peluang perniagaan yang lebih luas untuk para usahawan koperasi di kedua-dua negara,” katanya. Sementara itu, Presiden COOPHVN, Mr. Miêu Abbas menyatakan bahawa kerjasama dengan ANGKASA akan memberi peluang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran produk halal Vietnam serta memperkenalkan budaya halal yang lebih meluas di negara itu dan rantau tersebut. COOPHVN turut melancarkan kedai dan restoran halal yang bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis hidangan tradisional Vietnam berkualiti

tinggi termasuk pilihan makanan laut, daging dan masakan tempatan, malah memperkenalkan konsep restoran koperasi yang dikendalikan oleh masyarakat Muslim tempatan. Kedai dan restoran itu juga berperanan sebagai platform penting untuk mempromosikan produk halal tempatan dan antarabangsa, selain membuka peluang kepada usahawan koperasi untuk memperluas perniagaan mereka dalam pasaran Vietnam. Inisiatif berkenaan dijangka meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan terhadap produk halal dan membantu memasarkan produk halal Malaysia di negara tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan COOPHVN, Nai Thành Hoàng Gia, Sekretariat COOPHVN, Lê Khac Hoàng Son, Presiden HANOI XANH COOP, Nguyet Thu, Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa, Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan Presiden Vietnam Halal Cooperative (COOPHVN), Mr. Miêu Abbas ketika menandatanganani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan COOPHVN di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

dalam memajukan sektor koperasi, terutamanya dalam industri halal. Kerjasama tersebut menggariskan pelbagai inisiatif dan projek bersama yang akan dijalankan dalam tempoh beberapa tahun akan datang termasuklah pembangunan koperasi halal, pembukaan kedai dan restoran halal, serta perkongsian pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

Memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara ANGKASA dengan Vietnam Halal Cooperative (COOPHVN) merupakan satu langkah strategik yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi

Pelancongan Koperasi Malaysia-

LIPUTAN LUAR NEGARA

Vietnam: Peluang dan Potensi

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

bahawa komitmen berterusan amat penting demi manfaat sosioekonomi koperasi di Malaysia dan Vietnam. “ANGKASA melalui sektor pelancongan menyokong koperasi yang terlibat dalam perkhidmatan inap desa, makanan tradisional dan ekopelancongan. Usaha ini bukan sahaja menawarkan pengalaman autentik kepada pelancong, malah melindungi warisan tempatan,” katanya. Beliau turut berkongsi kejayaan koperasi pelancongan seperti Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad yang meraih pengiktirafan ASEAN Standard serta Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad yang berjaya mempromosikan makanan tempatan dan program budaya. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ANGKASA berusaha meningkatkan standard koperasi pelancongan ke peringkat ASEAN dan akan bersama-sama berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Vietnam yang mempunyai

Selaras usaha mempromosi warisan budaya dan sektor pelancongan koperasi, memperkukuh hubungan antara Malaysia dengan Vietnam merupakan langkah strategik yang harus diperkasakan. Demikian dengan ditegaskan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam acara 2025 Spring Gala di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025. Program bertemakan ‘Vietnamese Tet – Colours of Harmony’ itu berfungsi sebagai platform penting untuk mempererat hubungan kedua- dua negara, khususnya dalam sektor pelancongan koperasi. Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga merupakan Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menekankan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berucap dalam acara 2025 Spring Gala di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025.

keindahan semula jadi dan kaya dengan budaya, adalah sebagai rakan strategik yang sesuai khususnya dalam sektor pelancongan. Beberapa peluang kerjasama dicadangkan termasuk program pertukaran budaya, pakej pelancongan bersama dan projek ekopelancongan yang menumpukan terhadap pemeliharaan alam semula jadi serta warisan. Kerjasama pelancongan antara Malaysia dengan Vietnam membuka

peluang besar untuk mencipta pengalaman perjalanan yang unik sambil memperkukuh hubungan budaya dan ekonomi kedua-dua negara. Wakil koperasi daripada Malaysia yang turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa dan Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 13

Wadah

FEBRUARI 2025

ANGKASA dan HALCERT Perkukuh Kerjasama Perkasa Industri Halal ASEAN

LIPUTAN LUAR NEGARA

teknologi perniagaan

dan

pengembangan

serta

menyokong

“Melalui pelaksanaan dasar yang menyokong koperasi, perkongsian ilmu dan kerjasama rentas sempadan, ACO percaya koperasi dapat memainkan peranan lebih besar dalam integrasi ekonomi dan akses pasaran serantau katanya. “Di samping itu, sokongan padu semua pihak boleh menjadi pemacu perubahan dalam membina masyarakat ASEAN yang lebih sejahtera, inklusif dan lestari,” tambah beliau. Sementara itu, Naib Presiden VCA, Mr. Dinh Hong Thai, menyatakan harapan agar pertemuan antara Malaysia dengan Vietnam menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi koperasi. Menurut beliau, kerjasama erat dalam sektor koperasi boleh membuka peluang baharu bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kedua-dua negara serta memperkukuhkan hubungan ekonomi serantau. Malaysia dan Vietnam berkongsi visi yang sama dalam menjadikan koperasi sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang mampan. Menerusi pengalaman luas dan keupayaan kedua-dua negara dalam sektor koperasi, kerjasama tersebut dijangka dapat memanfaatkan peluang seperti perkongsian teknologi, akses pasaran baharu dan pelaksanaan inisiatif yang menyokong pembangunan komuniti. pertumbuhan yang mampan dan inklusif di rantau ASEAN. Sementara itu, Ketua Pengarah ekonomi Suruhanjaya Piawaian, Metrologi dan Kualiti Vietnam, Dr. Ha Minh Hiep menyatakan keyakinan bahawa kerjasama strategik antara kedua- dua pihak berkenaan boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan industri halal di Vietnam. Menurut beliau, kerjasama tersebut bukan sahaja mengukuhkan hubungan dalam kalangan koperasi di rantau ASEAN, malah turut membuka peluang untuk Vietnam memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam meneroka potensi besar pasaran halal global. Pengarah HALCERT, Encik Ramlan Osman pula menekankan pentingnya produk buatan Vietnam yang bermutu tinggi mematuhi piawaian halal yang ketat bagi memenuhi keperluan pengguna Islam. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Delegasi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengadakan perbincangan strategik dengan pihak Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT) di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025. Turut serta, Ketua Pengarah Suruhanjaya Piawaian, Metrologi dan Kualiti Vietnam, Dr. Ha Minh Hiep (lima dari kanan).

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

usaha memajukan ekonomi halal di negara itu menerusi platform koperasi. Langkah tersebut dijangka dapat meningkatkan ekonomi komuniti Islam tempatan dan memperluas jaringan industri halal di negara itu serta mengukuhkan kerjasama dalam industri halal di rantau ASEAN. Demikian antara yang disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap

Presiden Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengetuai perbincangan strategik bersama pihak HALCERT di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025. ASEAN Katanya, usaha itu juga selaras dengan matlamat ANGKASA untuk mengantarabangsakan gerakan koperasi melalui perkongsian ilmu,

ANGKASA sedia menjalin kerjasama dengan Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT) bagi membantu penubuhan Koperasi Komuniti Masjid di Vietnam, di samping menjemput HALCERT menjadi rakan strategik dalam

Peranan Gerakan Koperasi dalam

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

LIPUTAN LUAR NEGARA

Gerakan koperasi berpotensi menjadi tonggak utama pembangunan ASEAN kerana boleh menyokong tiga teras utama organisasi serantau, iaitu pemerkasaan ekonomi, pembangunan sosiobudaya dan kelestarian alam sekitar. Berasaskan kepada struktur yang mengutamakan demokrasi dan keadilan, koperasi boleh menangani cabaran seperti jurang ekonomi, ketidaksamaan sosial dan kemerosotan alam sekitar, sejajar dengan objektif pembangunan ASEAN. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengetuai pertemuan delegasi ANGKASA dengan badan apeks koperasi Vietnam, Vietnam Cooperative Alliance (VCA) di Hanoi pada 21 Januari 2025. Pertemuan tersebut bukan sahaja menyerlahkan peranan ACO sebagai Rakan ASEAN, malah membantu membuka peluang lebih besar kepada koperasi menjadi komponen utama dalam strategi pembangunan serantau. Menurut beliau lagi, dalam usaha memperkukuh koperasi, ACO mencadangkan pembentukan Cooperative Pillar dalam kerangka dasar ASEAN.

Mendepani Cabaran dan Mencapai Matlamat Pembangunan ASEAN

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan cenderamata kepada Naib Presiden Vietnam Cooperative Alliance (VCA), Mr. Dinh Hong Thai dalam pertemuan antara delegasi ANGKASA dengan badan apeks koperasi negara itu di Hanoi pada 21 Januari 2025.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease