WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

10 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 25 Januari 2025. Dato’ Sri Khairul Dzaimee turut mengaitkan fenomena ‘ Brain Drain ’ atau penghijrahan cendekiawan atau individu berkemahiran tinggi yang memilih untuk bekerja di luar negara sebagai satu krisis yang boleh merugikan negara. “Faktor peluang kerjaya terhad dan gaji rendah menyebabkan mereka memilih untuk bekerja di luar negara. Dalam hal ini, pelajar perlu menanam semangat Sumbang Peran Kemajuan Gera

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Pelajar Tajaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA disaran untuk menyumbangkan kembali peranan dan ilmu pengetahuan yang ditimba kepada gerakan koperasi setelah tamat pengajian di universiti masing-masing. Mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada keluarga besar koperasi sama ada bekerja dalam bidang koperasi atau menyumbang pengetahuan bagi pembangunan perniagaan koperasi ke arah usaha meningkatkan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor koperasi. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, sudah tiba masanya gerakan koperasi bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan yang lebih dominan dan usaha tersebut perlu disertai oleh generasi muda berpendidikan tinggi.

Dato’ Sri Khairul Dzaimee (dua dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) bergambar bersama pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulus Cemerlang) Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025.

Dato' Sri Khairul Dzaimee bergambar bersama tetamu kehormat dan pelajar semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama dan Lulu

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease