11 INFO SEMASA
Wadah
FEBRUARI 2025
nan dan Ilmu Demi akan Koperasi
patriotisme dan kecintaan kepada negara," jelasnya. Dato’ Sri Khairul Dzaimee turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), syarikat korporat serta koperasi yang mengambil langkah dalam memberikan peruntukan untuk dana pendidikan Yayasan ANGKASA khususnya untuk membantu warga koperasi dan anak-anak mereka yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Tambah beliau, usaha murni tersebut diharap membuka peluang dan hala tuju yang lebih luas kepada kecemerlangan anak bangsa dengan membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat. Terdahulu, dalam ucapan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul
Fattah Abdullah, beliau menyatakan sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000 sehingga 2024, Yayasan ANGKASA telah menaja seramai 1,898 orang pelajar di pelbagai peringkat dan bidang pengajian dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM34.95 juta dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11.42 juta ditukar kepada biasiswa. “Yayasan ANGKASA cakna terhadap kepentingan pendidikan serta komited melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam kalangan warga koperasi dan anak-anak mereka bagi mewujudkan ekosistem koperasi yang holistik, seterusnya menyaksikan sektor ini diiktiraf sebagai sektor terpenting kepada KDNK negara,” ujarnya. Penyerahan Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah dan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA telah disampaikan oleh Dato’ Sri Khairul Dzaimee kepada empat wakil pelajar iaitu mewakili Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa (Lelaki dan Perempuan), Pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Pelajar Doktor Falsafah (PhD). Seramai 199 orang pelajar baharu menerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2024/2025 termasuk seramai 24 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Kategori Sepenuh Masa dan seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Lulus Cemerlang) Kategori Separuh Masa. Penyampaian anugerah tersebut adalah sebagai dorongan dan penghargaan kepada merekayangtelahmencapaikecemerlangan di institusi pengajian tinggi masing-masing dan bakal menyumbang kembali kemahiran dalam sektor koperasi dan pembangunan negara.
Majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang termasuk pelajar, ibu bapa/penjaga dan penyumbang utama Yayasan ANGKASA terdiri daripada Koperasi, Badan Korporat dan individu itu turut menyaksikan Sesi Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi empat kategori iaitu Kategori Badan Korporat dan Agensi, Kategori Koperasi, Kategori Individu dan Kategori Anugerah Jalinan Kerjasama Edu KL _ Fun Run. Penghargaan tersebut adalah sebagai pengiktirafan sumbangan yang mereka salurkan melalui Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato' Amran Haji Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah IKMa, En. Mohd Zaib Mat Yunus, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, En. Azizul Alias (Wakil KUSKOP), En. Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, Dato' Haji Zazali Haron, Haji Nasir Khan Yahaya, Dato' Fahrol Rohman Ahmad dan Dato' Hajah Rosni Haji Zahari. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan pengurusan kanan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Bacaan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi Pengambilan 2024/2025.
us Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 25 Januari 2025.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease