PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12
Wadah
FEBRUARI 2025
Perbincangan Strategik ANGKASA- COOPHVN: Pacu Pembangunan Ekonomi dan Ekosistem Halal di Vietnam
LIPUTAN LUAR NEGARA
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian ketika menandatanganani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan COOPHVN di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025. Beliau dalam ucapannya juga menyatakan bahawa kerjasama tersebut sangat penting dalam usaha untuk memperkenalkan produk halal Malaysia dalam pasaran Vietnam dan negara ASEAN yang lain. “Melalui kerjasama ini, kita harap dapat mengukuhkan kedudukan industri halal ASEAN di peringkat global dan membuka peluang perniagaan yang lebih luas untuk para usahawan koperasi di kedua-dua negara,” katanya. Sementara itu, Presiden COOPHVN, Mr. Miêu Abbas menyatakan bahawa kerjasama dengan ANGKASA akan memberi peluang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran produk halal Vietnam serta memperkenalkan budaya halal yang lebih meluas di negara itu dan rantau tersebut. COOPHVN turut melancarkan kedai dan restoran halal yang bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis hidangan tradisional Vietnam berkualiti
tinggi termasuk pilihan makanan laut, daging dan masakan tempatan, malah memperkenalkan konsep restoran koperasi yang dikendalikan oleh masyarakat Muslim tempatan. Kedai dan restoran itu juga berperanan sebagai platform penting untuk mempromosikan produk halal tempatan dan antarabangsa, selain membuka peluang kepada usahawan koperasi untuk memperluas perniagaan mereka dalam pasaran Vietnam. Inisiatif berkenaan dijangka meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan terhadap produk halal dan membantu memasarkan produk halal Malaysia di negara tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan COOPHVN, Nai Thành Hoàng Gia, Sekretariat COOPHVN, Lê Khac Hoàng Son, Presiden HANOI XANH COOP, Nguyet Thu, Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa, Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan Presiden Vietnam Halal Cooperative (COOPHVN), Mr. Miêu Abbas ketika menandatanganani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan COOPHVN di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025.
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
dalam memajukan sektor koperasi, terutamanya dalam industri halal. Kerjasama tersebut menggariskan pelbagai inisiatif dan projek bersama yang akan dijalankan dalam tempoh beberapa tahun akan datang termasuklah pembangunan koperasi halal, pembukaan kedai dan restoran halal, serta perkongsian pengetahuan dalam bidang keusahawanan.
Memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara ANGKASA dengan Vietnam Halal Cooperative (COOPHVN) merupakan satu langkah strategik yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi
Pelancongan Koperasi Malaysia-
LIPUTAN LUAR NEGARA
Vietnam: Peluang dan Potensi
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
bahawa komitmen berterusan amat penting demi manfaat sosioekonomi koperasi di Malaysia dan Vietnam. “ANGKASA melalui sektor pelancongan menyokong koperasi yang terlibat dalam perkhidmatan inap desa, makanan tradisional dan ekopelancongan. Usaha ini bukan sahaja menawarkan pengalaman autentik kepada pelancong, malah melindungi warisan tempatan,” katanya. Beliau turut berkongsi kejayaan koperasi pelancongan seperti Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad yang meraih pengiktirafan ASEAN Standard serta Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad yang berjaya mempromosikan makanan tempatan dan program budaya. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ANGKASA berusaha meningkatkan standard koperasi pelancongan ke peringkat ASEAN dan akan bersama-sama berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Vietnam yang mempunyai
Selaras usaha mempromosi warisan budaya dan sektor pelancongan koperasi, memperkukuh hubungan antara Malaysia dengan Vietnam merupakan langkah strategik yang harus diperkasakan. Demikian dengan ditegaskan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam acara 2025 Spring Gala di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025. Program bertemakan ‘Vietnamese Tet – Colours of Harmony’ itu berfungsi sebagai platform penting untuk mempererat hubungan kedua- dua negara, khususnya dalam sektor pelancongan koperasi. Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga merupakan Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menekankan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berucap dalam acara 2025 Spring Gala di Hanoi, Vietnam pada 19 Januari 2025.
keindahan semula jadi dan kaya dengan budaya, adalah sebagai rakan strategik yang sesuai khususnya dalam sektor pelancongan. Beberapa peluang kerjasama dicadangkan termasuk program pertukaran budaya, pakej pelancongan bersama dan projek ekopelancongan yang menumpukan terhadap pemeliharaan alam semula jadi serta warisan. Kerjasama pelancongan antara Malaysia dengan Vietnam membuka
peluang besar untuk mencipta pengalaman perjalanan yang unik sambil memperkukuh hubungan budaya dan ekonomi kedua-dua negara. Wakil koperasi daripada Malaysia yang turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa dan Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease