WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 13

Wadah

FEBRUARI 2025

ANGKASA dan HALCERT Perkukuh Kerjasama Perkasa Industri Halal ASEAN

LIPUTAN LUAR NEGARA

teknologi perniagaan

dan

pengembangan

serta

menyokong

“Melalui pelaksanaan dasar yang menyokong koperasi, perkongsian ilmu dan kerjasama rentas sempadan, ACO percaya koperasi dapat memainkan peranan lebih besar dalam integrasi ekonomi dan akses pasaran serantau katanya. “Di samping itu, sokongan padu semua pihak boleh menjadi pemacu perubahan dalam membina masyarakat ASEAN yang lebih sejahtera, inklusif dan lestari,” tambah beliau. Sementara itu, Naib Presiden VCA, Mr. Dinh Hong Thai, menyatakan harapan agar pertemuan antara Malaysia dengan Vietnam menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi koperasi. Menurut beliau, kerjasama erat dalam sektor koperasi boleh membuka peluang baharu bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kedua-dua negara serta memperkukuhkan hubungan ekonomi serantau. Malaysia dan Vietnam berkongsi visi yang sama dalam menjadikan koperasi sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang mampan. Menerusi pengalaman luas dan keupayaan kedua-dua negara dalam sektor koperasi, kerjasama tersebut dijangka dapat memanfaatkan peluang seperti perkongsian teknologi, akses pasaran baharu dan pelaksanaan inisiatif yang menyokong pembangunan komuniti. pertumbuhan yang mampan dan inklusif di rantau ASEAN. Sementara itu, Ketua Pengarah ekonomi Suruhanjaya Piawaian, Metrologi dan Kualiti Vietnam, Dr. Ha Minh Hiep menyatakan keyakinan bahawa kerjasama strategik antara kedua- dua pihak berkenaan boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan industri halal di Vietnam. Menurut beliau, kerjasama tersebut bukan sahaja mengukuhkan hubungan dalam kalangan koperasi di rantau ASEAN, malah turut membuka peluang untuk Vietnam memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam meneroka potensi besar pasaran halal global. Pengarah HALCERT, Encik Ramlan Osman pula menekankan pentingnya produk buatan Vietnam yang bermutu tinggi mematuhi piawaian halal yang ketat bagi memenuhi keperluan pengguna Islam. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Delegasi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengadakan perbincangan strategik dengan pihak Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT) di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025. Turut serta, Ketua Pengarah Suruhanjaya Piawaian, Metrologi dan Kualiti Vietnam, Dr. Ha Minh Hiep (lima dari kanan).

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

usaha memajukan ekonomi halal di negara itu menerusi platform koperasi. Langkah tersebut dijangka dapat meningkatkan ekonomi komuniti Islam tempatan dan memperluas jaringan industri halal di negara itu serta mengukuhkan kerjasama dalam industri halal di rantau ASEAN. Demikian antara yang disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap

Presiden Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengetuai perbincangan strategik bersama pihak HALCERT di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025. ASEAN Katanya, usaha itu juga selaras dengan matlamat ANGKASA untuk mengantarabangsakan gerakan koperasi melalui perkongsian ilmu,

ANGKASA sedia menjalin kerjasama dengan Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT) bagi membantu penubuhan Koperasi Komuniti Masjid di Vietnam, di samping menjemput HALCERT menjadi rakan strategik dalam

Peranan Gerakan Koperasi dalam

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

LIPUTAN LUAR NEGARA

Gerakan koperasi berpotensi menjadi tonggak utama pembangunan ASEAN kerana boleh menyokong tiga teras utama organisasi serantau, iaitu pemerkasaan ekonomi, pembangunan sosiobudaya dan kelestarian alam sekitar. Berasaskan kepada struktur yang mengutamakan demokrasi dan keadilan, koperasi boleh menangani cabaran seperti jurang ekonomi, ketidaksamaan sosial dan kemerosotan alam sekitar, sejajar dengan objektif pembangunan ASEAN. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengetuai pertemuan delegasi ANGKASA dengan badan apeks koperasi Vietnam, Vietnam Cooperative Alliance (VCA) di Hanoi pada 21 Januari 2025. Pertemuan tersebut bukan sahaja menyerlahkan peranan ACO sebagai Rakan ASEAN, malah membantu membuka peluang lebih besar kepada koperasi menjadi komponen utama dalam strategi pembangunan serantau. Menurut beliau lagi, dalam usaha memperkukuh koperasi, ACO mencadangkan pembentukan Cooperative Pillar dalam kerangka dasar ASEAN.

Mendepani Cabaran dan Mencapai Matlamat Pembangunan ASEAN

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan cenderamata kepada Naib Presiden Vietnam Cooperative Alliance (VCA), Mr. Dinh Hong Thai dalam pertemuan antara delegasi ANGKASA dengan badan apeks koperasi negara itu di Hanoi pada 21 Januari 2025.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease