WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 14

Wadah

FEBRUARI 2025

Kunjungan Hormat Terhadap Duta Besar Malaysia ke Vietnam

LIPUTAN LUAR NEGARA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai kunjungan hormat delegasi ANGKASA terhadap Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Tan Yang Thai di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025.

TYT Dato' Tan Yang Thai menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Thai di pejabat Kedutaan Malaysia di Hanoi, Vietnam pada 20 Januari 2025. Dalam kunjungan tersebut, TYT Dato’ Tan Yang Thai menyatakan komitmen penuh beliau untuk membantu usaha ANGKASA dalam memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa melalui platform koperasi. Sokongan yang diberikan oleh beliau mencerminkan keyakinan terhadap potensi koperasi sebagai

medium penting untuk memperluas jaringan perdagangan dan pembangunan mampan terutamanya dalam memenuhi permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan halal. Katanya lagi, tumpuan khusus kepada pembangunan industri halal di Vietnam dilihat sebagai berpotensi dalam meningkatkan hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara.

Hadir majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa, Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. sama dalam

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai delegasi ANGKASA dalam satu kunjungan hormat terhadap Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Tan Yang

ANGKASA Cadang Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Vietnam

LIPUTAN LUAR NEGARA

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

membolehkan mereka memula atau mengembangkan perniagaan dan seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan. “Selain menyediakan peluang ekonomi, koperasi masjid juga boleh memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mengenai pengurusan ekonomi. Pada masa yang sama, nilai kerjasama dan solidariti dalam kalangan masyarakat turut diperkukuh dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Masjid Jamek Lil Muslimin Thuan Nam, Haji Ustaz Husaini Bach menyatakan bahawa terdapat kira-kira 1,200 penduduk Muslim di kawasan itu dan beliau menyokong penuh untuk bekerjasama dengan ANGKASA bagi menubuhkan Koperasi Kariah Masjid. Usaha tersebut katanya boleh membantu memperkukuh ekonomi komuniti Muslim setempat dengan memberi tumpuan kepada pembangunan produk halal yang memenuhi keperluan mereka. Penubuhan Koperasi Kariah Masjid juga dapat membuka akses kepada pasaran yang lebih luas dan

Penubuhan kariah masjid di Vietnam merupakan satu langkah strategik yang perlu digerakkan demi membangun koperasi dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat Islam di negara tersebut. Melaluinya, peluang ekonomi inklusif dapat diwujudkan, terutama dalam sektor utama seperti pertanian, makanan halal dan kraf tangan tradisional yang berlandaskan prinsip Islam. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian ketika mengetuai pertemuan antara delegasi ANGKASA dengan ahli kariah Masjid Jamek Lil Muslimin Thuan Nam - Phuoc Nam di Thuan Nam, Vietnam pada 21 Januari 2025. Tambah beliau, koperasi masjid berfungsi sebagai platform untuk menyediakan pembiayaan mikro kepada usahawan kecil sekali gus

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Masjid Jamek Lil Muslimin Thuan Nam - Phuoc Nam, Haji Ustaz Husaini Bach ketika mengetuai pertemuan antara delegasi ANGKASA dengan ahli kariah masjid itu di Thuan Nam, Vietnam pada 21 Januari 2025.

meningkatkan daya saing produk tempatan. Selain itu, koperasi juga dapat menyokong pelancongan Islam melalui penyediaan perkhidmatan pelancongan halal, penginapan mesra Muslim dan kemudahan untuk beribadah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Pelancongan

Homestay Sedim Kulim Berhad, Encik Abdul Mutalib Che Sa, Pengerusi Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad, Encik Shafie Waris dan Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease