WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 15

Wadah

FEBRUARI 2025

ICA-AP Anjur Program Perkongsian dan Latihan di Malaysia

Peserta program perkongsian pengetahuan dan latihan bertajuk ‘Telling Our Stories, Building Strong Cooperative Brands in the Digital Era’ yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 5 hingga 6 Februari 2025 bergambar kenangan selepas selesai program.

dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Menurut beliau, jenama koperasi masih belum mencapai tahap keterlihatan yang sepatutnya. Di beberapa negara seperti Itali, jenama koperasi mudah dikenali dengan logo yang jelas kelihatan di hampir setiap sudut bandar seperti Rom. Malangnya, situasi ini tidak berlaku di kebanyakan negara lain selain kurang menonjol serta sukar dikenali oleh masyarakat umum. “Walaupun semua koperasi berpegang pada nilai dan prinsip yang sama, masih wujud kecenderungan untuk beroperasi dalam silo masing-masing. Fenomena ini menyebabkan gerakan koperasi kelihatan seperti satu ‘rahsia tersembunyi’ yang hanya berfungsi dalam kalangan anggotanya sendiri tanpa keterbukaan untuk berkolaborasi dengan pihak luar”, tambah beliau. Katanya lagi, cabaran utama sekarang adalah bagaimana koperasi dapat menyampaikan kisah mereka dengan lebih berkesan, terutamanya kepada golongan muda. Jika naratif koperasi hanya berkisar tentang demokrasi, identiti, dan prinsip, ini mungkin kurang menarik minat generasi baharu. Oleh itu, koperasi perlu mengubah pendekatan mereka dengan menggunakan strategi komunikasi

Oleh: MOHD. ZAKUAN AZMI

Pengaruhdigitalyangkuatmemastikankisah kejayaan koperasi serta sumbangannya terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar, di samping sokongan aktifnya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dapat tersebar lebih meluas kepada masyarakat umum. Langkah itu sekali gus boleh menarik lebih ramai penyertaan dalam gerakan koperasi. Justeru, usaha meningkatkan keterlihatan dan penjenamaan serta membangunkan strategi komunikasi koperasi yang berkesan dalam era digital digiatkan menerusi program perkongsian pengetahuan dan latihan bertajuk ‘Telling Our Stories, Building Strong Cooperative Brands in the Digital Era’. Program yang dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) serta dihoskan oleh ANGKASA bersempena Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 itu telah berlangsung selama dua hari bermula 5 Februari 2025 di Kuala Lumpur

pertumbuhan koperasi, ANGKASA terus meneroka strategi transformasi digital untuk memajukan gerakan koperasi. “Kami menyedari kepentingan untuk mengadaptasi teknologi canggih, termasuk platform e-dagang dan pemasaran digital bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam perniagaan koperasi,” jelas beliau. Dalam program itu, peserta yang terdiri daripada wakil profesional koperasi dalam bidang komunikasi korporat, media digital, pemasaran, perhubungan awam dan hubungan antarabangsa telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan menerusi latihan praktikal, perbincangan interaktif dan sesi forum yang dikendalikan oleh pembentang yang pakar dalam bidang penjenamaan, promosi dan digitalisasi. Program ‘Telling Our Stories, Building Strong Cooperative Brands in the Digital Era’ adalah sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Rangka Kerja Kewangan ICA dan Kesatuan Eropah (EU) Fasa 2 yang memfokuskan terhadap ‘Koperasi: Perniagaan yang Berpusatkan Manusia untuk Pembangunan Mampan, Demokratik dan Inklusif’. Sesi diskusi panel bertajuk ‘Building a Digital-First Cooperative Brand – Not Just a Website’ yang menampilkan barisan panel iaitu (dari kiri) Ms. Sarabhi Ravichandran dari The Storiculture Company (India), Mr. Sanjay Verma dari National Cooperative Union of India , Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital Tourism Malaysia, Puan Norshamshida Abdul Rahman serta Mr. Balu sebagai moderator.

dan dihadiri seramai 27 peserta dari 11 buah negara. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Serantau

yang lebih dinamik dan relevan bagi memastikan jenama mereka terus berkembang. Terdahulu, Dato’ Haji Kamarudin berkata, koperasi bertanggungjawab dalam membentuk penyampaian kisah kejayaan dan

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer ketika menyampaikan ucapan perasmian.

ICA-AP, Mr. Balu Iyer dan turut

sumbangan mereka kepada umum serta persepsi masyarakat terhadap jenama koperasi dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti. Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail ketika menyampaikan ucapan aluan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan beberapa peserta antarabangsa bergambar kenangan di jambatan TERKL.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (berdiri, lapan dari kanan) bergambar bersama peserta dalam aktiviti ‘Canopy Night Walk’ di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) pada 5 Februari 2025.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease