PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 16
Wadah
FEBRUARI 2025
Kunjungan Hormat Pengarah Serantau ICA-AP ke atas KSU KUSKOP
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
PengarahSerantauIkatanKoperasiAntarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2025. Kunjungan tersebut mencerminkan komitmen berterusan ICA-AP dalam usahanya memperkukuh hubungan dengan anggota ICA di seluruh rantau Asia Pasifik serta pihak berkepentingan termasuk kementerian yang menjaga portolio sektor koperasi. Di samping memaklumkan mengenai pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh ICA bersempena Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025, Mr. Balu turut mengambil kesempatan dalam kunjungan tersebut untuk memperkenalkan ICA serta inisiatifnya dalam membangunkan gerakan koperasi global seterusnya memperkukuh nilai dan prinsip koperasi menerusi ibu pejabat globalnya yang terletak di Brussels, Belgium serta empat pejabat serantau. Empat pejabat tersebut adalah ICA-AP di New Delhi, India, ICA-Africa di Nairobi, Kenya, ICA-
Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (dua dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Mr. Balu Iyer. Turut sama ialah Encik Azizul Alias (dua dari kiri), Datuk Rusli Jaafar (kanan sekali) dan Dr. Mohd. Azlan Yahya (kiri sekali). (Kredit foto: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
Americas di San José, Costa Rica dan ICA-Europe di Brussels. Hadir sama ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil
KUSKOP, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya.
Hubungan Koperasi Malaysia-Indonesia Perkukuh Ekonomi Ummah
di Indonesia dengan mewujudkan sebuah kementerian khas bagi menjaga portfolio koperasi. Sebelum itu, koperasi digabungkan di bawah Kementerian Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah. Terdahulu, Ketua Koperasi Konsumen SMAN Saiyo Satu, Kinali, Sumatera Barat, Indonesia, Ibu Elinovita, dalam ucapannya berkata, walaupun koperasi tersebut kecil dengan keanggotaan seramai 87 orang terdiri daripada tenaga pengajar, mereka berjiwa besar dalam memperjuangkan kepentingan anggotanya. Katanya, tujuan utama kunjungan ke ANGKASA adalah untuk mempelajari model koperasi sekolah di Malaysia yang telah terbukti berjaya untuk dijadikan sebagai rujukan selain memperkukuh pengurusan dan operasi koperasi mereka. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan.
Barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama delegasi daripada Koperasi Konsumen SMAN Saiyo Satu Kinali Sumatera Barat Indonesia di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 28 Januari 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
ekonomi ummah melalui kerjasama strategik. Demikian antara inti pati ucapan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menerima kunjungan 35 delegasi daripada Konsumen SMAN Saiyo Satu, Kinali, Sumatera Barat, Indonesia di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 28 Januari 2025.
"Hubungan antara koperasi kedua- dua negara akan dapat memperkukuh dan mengiktiraf peranan sektor koperasi yang tidak hanya tertumpu kepada sektor pertanian sahaja, malah turut merangkumi dan merentasi pelbagai sektor lain seperti kewangan perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan," katanya. Beliau turut memuji usaha kerajaan Indonesia bawah pimpinan Presidennya, Prabowo Subianto yang mengiktiraf peranan sektor koperasi
Hubungan koperasi Malaysia dan Indonesia boleh menjadi sebuah gabungan koperasi Islam yang kukuh, memandangkan majoriti penduduk di kedua-dua negara beragama Islam. Hubungan itu juga berpotensi memainkan peranan besar bukan sahaja di peringkat ASEAN, malah dunia, sekali gus memperkukuhkan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease