WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

RENCANA 17

Wadah

FEBRUARI 2025 Program Protege@UMK Bentuk Nilai Keusahawanan Koperasi Mahasiswa

menyampaikan wahyu Allah SWT,bahkan menunjukkan cara hidup yang penuh dengan kebaikan, akhlak mulia dan budi pekerti yang wajar dicontohi merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti ibadah, keluarga dan sosial. Rasulullah SAW menunjukkan sikap yang luar biasa yang boleh menjadi pedoman bagi kita selaras dengan hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; ‘Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’. Rasulullah SAW tidak hanya dikenali sebagai seorang nabi dan pemimpin agama, malah sebagai seorang usahawan. Baginda telah terlibat dalam perniagaan dan menunjukkan sikap yang sangat baik dalam perniagaan. Sifat yang Baginda tunjukkan dalam menjalankan perniagaan menjadi teladan yang sangat berharga bagi umat Islam hingga ke hari ini. Dalam konteks perniagaan, Rasulullah SAW tidak hanya mengajarkan prinsip ekonomi yang adil, malah turut memberikan contoh mengenai integriti, kejujuran dan etika yang tinggi. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) telah memperkenalkan satu program yang dinamakan Protege @ UMK. Program tersebut adalah satu program ‘signature’ AURA yang berkonsepkan subset pembelajaran di tempat kerja bersandarkan kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). PBK menekankan pendekatan pendidikan pembelajaran melalui pengalaman praktis di tempat kerja yang bertujuan menghubungkan teori dan praktikal bagi membantu pelajar untuk mengenal dan mengalami sendiri situasi

sebenar dunia perkerjaan dalam industri yang diceburi. Antara kelebihan program berkenaan adalah pembangunan kemahiran pratikal iaitu pelajar didedahkan secara langsung dengan dunia pekerjaan yang sebenar serta merasai sendiri suasana dan situasi alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran komunikasi, pengurusan masa dan daya penyelesaian masalah. Selain itu, program tersebut dapat membantu pelajar untuk mengenal potensi diri serta membuka mata pelajar mengenai tahap kebolehan diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan dan kelemahan itu untuk memperbaiki diri bagi memenuhi kehendak industri sebenar. Protege @ UMK telah dilaksanakan pada Sesi Akademik 2023/2024 melibatkan seramai 210 pelajar. Kumpulan pertama telah tamat pada 16 September 2024, iaitu melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian (SAK). Daripada jumlah itu, seramai 73 orang pelajar telah ditempatkan di ANGKASA Negeri dan beberapa koperasi terpilih, manakala selebihnya telah ditempatkan di industri yang ditetapkan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dan penempatan pilihan sendiri. Matlamat utama Program Protege @ UMK adalah bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri dan kebanyakan mereka telah memberi maklum balas positif mengenai program tersebut melalui kaji selidik yang telah dibuat oleh ANGKASA.

Oleh: DR. NOOR RAIHANI ZAINOL dan NURUL FATIHAN HASHIM ANGKASA-UMK Research Academy (AURA)

Koperasi di Malaysia mempunyai peranan yang sangat penting dalam membimbing pelajar universiti, khususnya dalam meningkatkan kemahiran hidup, pendidikan kewangan dan memupuk semangat kerjasama, membentuk karakter serta tanggungjawab sosial. Usahawan yang berjaya haruslah mempunyai ilmu dan salah satu cara untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mencari pendidik atau mentor yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Sosok seorang pendidik adalah individu yang memiliki dedikasi tinggi dalam membimbing dan mengajar. Mereka bukan hanya menyampaikan ilmu, malah juga berperanan sebagai pemberi inspirasi dan motivasi serta pembentuk karakter. Pendidik sering kali menjadi teladan dan sumber rujukan untuk mencapai kejayaan. Dalam dunia yang semakin kompetitif, dinamis dan globalisasi, pengembangan diri dan keterampilan menjadi kunci kepada ukuran kejayaan seseorang individu. Ini membolehkan seseorang beradaptasi dengan perubahan dan menghadapi cabaran. Seperti kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, iaitu pembentukan karakter atau pendidikan haruslah dimulakan daripada awal. Rasulullah SAW adalah suri teladan yang sempurna bagi umat manusia. Sebagai Nabi dan Rasul terakhir, Baginda bukan hanya

Sumber: ANGKASA – UMK Research Academy (AURA), 2024

Sumber: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease