WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

RENCANA 18

Wadah

FEBRUARI 2025

Berikut adalah senarai 73 orang pelajar yang telah mendapat penempatan untuk menjalani Program Protege @ UMK di koperasi terpilih di seluruh negara:

Bil

Nama Negeri TERENGGANU

Jumlah Pelajar

1

7

2 3 4 5 6

JOHOR KEDAH

10

6 4

KELANTAN

WILAYAH PERSEKUTUAN

1

MELAKA

3 2 3 2 5 7 4 3

7

NEGERI SEMBILAN PAHANG I (TIMUR) PAHANG III (BARAT)

8 9

10

PULAU PINANG

11

PERAK SABAH

Seramai 11 pelajar UMK mengikuti Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Yayasan ANGKASA bersama Keluarga Angkat Komuniti Felda Gugusan Sg. Koyan, Pahang Sesi 2024 yang diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2024.

12 13 14

SARAWAK SELANGOR

16 73

Pelajar dari UMK iaitu Nurhidayah Aziz menyatakan program tersebut memberi pengalaman yang sangat berharga serta pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu keusahawanan dan berterima kasih dengan organisasi yang memberikan tunjuk ajar bagi membantu pelajar untuk berkembang. Seorang lagi pelajar, Ahmad Ammar Syazani Ahmad Fairus pula menyatakan bahawa Program Protege @ UMK telah berjaya meningkatkan kemahiran profesionalnya dan memberi pengalaman kerja yang sangat berguna melalui pelbagai projek yang dilaksanakan. Sementara itu, Nur Alia Zainal Abidin yang juga pelajar UMK, merasa bangga kerana dapat mengikuti program Protege@UMK dengan kerjasama pihak ANGKASA serta berharap dapat menyertai program seumpama itu pada masa akan datang.

JUMLAH

Sumber: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), 2024

RUJUKAN: 1. Institut Koperasi Malaysia (2023). Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara. Jilid 12. (2023), https://www.ikma. edu.my. 2. Sinar Harian (2019). Guru disaran galak pelajar sertai koperasi (2019 Disember, 06), https://www.sinarharian. com.my/article/60723/berita/nasional/guru-disaran- galak-pelajar-sertai koperasi.

ANGKASA Wilayah Persekutuan Santuni 60 Anggota Koperasi PERKUM

25 koperasi Orang Kelainan Upaya (OKU), dengan keanggotaan 1,004 individu, syer/yuran sebanyak RM0.27 juta, Aset sebanyak RM1.81 juta dan perolehan sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM0.24 juta. "Walaupun jumlah ini tidak besar, namun telah menunjukkan refleksi yang sebenar atas kegigihan golongan ini untuk membantu diri mereka melalui platform koperasi. Ini termasuklah memperluaskan peluang pekerjaan, memberikan latihan kemahiran serta memastikan mereka mendapat akses kepada ekosistem koperasi yang inklusif dan menyokong pertumbuhan mereka dari segi sosial dan juga ekonomi," katanya. Terdahulu, Penasihat Koperasi PERKUM Malaysia Berhad merangkap Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Dato' Mohamad Razman Rahim telah menekankan kepentingan dalam usaha memastikan hala tuju koperasi bergerak selaras dengan matlamat penubuhannya. Beliau turut menyeru agar semua anggota berkongsi visi yang sama dalam memperkukuhkan kebajikan serta memperjuangkan kepentingan ekonomi golongan OKU, khususnya mereka yang cacat penglihatan. “Lebih 10 tahun saya bersama Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM), dan saya cukup kagum dengan semangat anggota koperasi ini. Walaupun berhadapan dengan kekurangan dari segi pancaindera, mereka tetap gigih berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan masyarakat. OKU kini tidak lagi hanya bergantung kepada pekerjaan seperti menjual tisu di jalanan, malah ada yang menjadi pengusaha katering dan ada yang bertugas dalam sektor perbankan seperti khidmat pelanggan di bank,” katanya. Hadir sama ialah Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Tengah, Encik Shamsul Khairi Abu Hassan, Ketua Lembaga Penasihat PERKUM, Dato' Seri Hisham Wahab, Pengerusi PERKUM merangkap Setiausaha Koperasi PERKUM Malaysia Berhad, Encik Mohamad Faiz Asangku Abdullah serta barisan JPAN Wilayah Persekutuan.

Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (tengah) menyampaikan sumbangan berupa produk barangan asas BA100 kepada anggota Koperasi PERKUM Malaysia Berhad dalam Program Santuni Koperasi PERKUM Malaysia Berhad di KOPUTRI Convention Centre, Wisma Koperasi, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025.

Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain yang mewakili Presiden ANGKASA dalam ucapannya menyeru kepada semua pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat umum untuk bersama- sama memainkan peranan dalam menyokong koperasi OKU. "Dengan kolaborasi yang erat, kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang yang bersifat inklusif dan membantu golongan ini mencapai potensi penuh mereka," jelas beliau. Katanya, jika dilihat statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2024 terdapat

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Seramai 60 anggota Koperasi PERKUM Malaysia Berhad telah menerima sumbangan berupa produk barangan asas BA100 dalam Program Santuni Koperasi PERKUM Malaysia Berhad anjuran ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan. Program yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) CoopCare ANGKASA itu berlangsung di KOPUTRI Convention Centre, Wisma Koperasi, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease