KOPERASI 19
Wadah
FEBRUARI 2025
Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad Gilap Ilmu Keusahawanan Koperasi kepada Pelajar
Pengerusi Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad, Ustaz Azli Musa.
Bangunan Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad.
Pelajar dan guru pembimbing Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad menerima hadiah Tempat Ketiga Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan daripada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2024 di Pulau Pinang pada 12 Januari 2025.
Dua pelajar sedang membancuh minuman kopi di Kiosk Jualan IDEXS COOPI.
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Produk Cooca Fresh Air iaitu penyegar kasut dan ruang yang dihasilkan daripada hampas kopi antara produk hiliran koperasi yang mendapat tempat dalam kalangan warga SM Imtiaz Dungun.
sehingga 16 Januari 2025 dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anggota dan warga sekolah dengan menyediakan mesin kopi dan stok sumber kopi berkualiti serta menempatkan empat orang pelajar secara bergilir mengikut jadual. “IDEXS COOPI turut mengadakan promosi kepada guru dan kakitangan sekolah melalui tempahan secara dalam talian dan khidmat penghantaran ke pejabat dan bilik guru secara percuma. "Bagi memenuhi permintaan yang semakin memberangsangkan dalam kalangan warga sekolah, koperasi turut menyediakan peluang latihan keusahawanan kepada pelajar untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam koperasi, memperoleh pengalaman secara praktikal, meningkatkan keyakinan diri dan membangunkan kemahiran keusahawanan melalui aktiviti berkaitan. "Selain itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti perniagaan seumpama ini juga bertepatan dengan objektif koperasi iaitu memupuk kesedaran berkoperasi dalam kalangan pelajar serta membina rasa tanggungjawab, disiplin, setiakawan dan kerjasama serta membimbing mereka untuk terus bergiat aktif dalam bidang keusahawanan selari dengan prinsip- prinsip koperasi,” ujarnya. Menurut Ustaz Azli, gaya hidup masyarakat yang mengambil berat terhadap kepentingan mencipta suasana yang nyaman dan menenangkan di dalam rumah, koperasi telah menghasilkan produk penyegar ruangan yang boleh meningkatkan kualiti udara di dalam ruangan. Cooca Fresh Air iaitu penyegar kasut dan ruang adalah solusi inovatif yang menggabungkan manfaat kopi dengan teknologi moden. Berkat kerja keras, komitmen dan kerjasama semua warga koperasi katanya, Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad telah memenangi enam anugerah iaitu Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan, Tempat Ketiga Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan, Johan Anugerah Guru Pembimbing Koperasi Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan (Masturah Hassan), Tempat Keempat Anugerah Ikon Muda Koperator Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan (Nur Azbaiyatul Azzahra Azuraidi) dan Anugerah Khas Laporan Anugerah
Ilmu yang terkandung dalam keusahawanan koperasi mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan kepada pelajar khususnya dalam aspek pengurusan perniagaan selain inovasi dan kreativiti. Gabungan kemahiran, pengetahuan, keinginan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan koperasi juga mencerminkan bahawa gerakan koperasi sekolah boleh dijadikan sebagai model keusahawanan yang dinamik. Menyedari akan kepentingan terhadap keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar, Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad nekad untuk terus memberikan komitmen berterusan khususnya dalam mengembangkan cabang perniagaan baharu koperasi. Menurut Pengerusinya, Ustaz Azli Musa, usaha tersebut dilaksanakan dengan matlamat untuk menyebarluaskan amalan perniagaan untuk mencapai impak sosial positif di samping menjana keuntungan ekonomi. Beliau berpandangan, koperasi bukan sahaja sebagai platform terbaik kepada anggota untuk mengembangkan inisiatif perniagaan, malah turut memberikan keutamaan kepada kepentingan sosial anggotanya. Bersandarkan kepada faktor tersebut katanya, koperasi optimis mengusahakan Kiosk Jualan IDEXS COOPI iaitu kafe yang menyediakan hidangan minuman kopi pelbagai perisa kepada warga sekolah dengan harga serendah RM6 hingga RM10. “IDEXS COOPI yang terletak di dalam kawasan sekolah mula beroperasi sejak 18 Julai 2024 dan dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 2 petang (hari minggu sehingga malam). Sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama pada hari Khamis memandangkan koperasi menyediakan potongan harga sebanyak RM1 bagi setiap pembelian pada hari tersebut. "Pelbagai menu menjadi pilihan disediakan di IDEXS COOPI dan antara yang terlaris termasuk kopi Spanish Latte, Signature Coffee dan minuman Premium Chocolate di samping makanan ringan Chicken Popcorn pelbagai perisa,” ujarnya. Tambahnya, dengan modal awal perniagaan berjumlah RM5,000, koperasi telah menikmati perolehan sebanyak RM41,114 sejak beroperasi
Kecemerlangan Koperasi Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025 serta Johan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2024 Peringkat Negeri Terengganu. Beliau berharap semoga kejayaan demi kejayaan yang mendatang akan terus mengharumkan nama Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad seterusnya merealisasikan visi dan misi koperasi iaitu menyediakan peluang latihan keusahawanan dalam kalangan pelajar serta menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk kepentingan kebajikan anggota seterusnya menjadi koperasi sekolah yang gemilang pada tahun 2030.
Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad
Sekolah Menengah Imtiaz YT Dungun, Jalan Sura Jeti, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. +6019-9634047 / +609-8482514 smidkoop@gmail.com
Alamat
Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
27 Julai 2004
437 orang
Kedai koperasi, khidmat sewaan bangunan taska, tempat letak kenderaan warga sekolah, pembiayaan Qardh Al-Hasan, perkhidmatan dobi, perkhidmatan terminal pos dan kurier barang pos, kiosk gunting rambut, Ejen Bank Berdaftar (EBB) Bank Rakyat, pembiayaan Smart Umrah dan Smart-Q untuk sewaan beli kepada anggota koperasi dan lain-lain.
Aktiviti
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease