2 INFO SEMASA
Wadah
FEBRUARI 2025
Wadah PELANCAR: Bagaimanakah koperasi Malaysia boleh berkongsi peranan dalam IYC2025?
ini memberi ruang kepada koperasi untuk meningkatkan keterlibatan dalam rangkaian serantau serta meneroka peluang baharu di peringkat ASEAN. Antara program yang akan diadakan termasuk Cooperative Golf Tournament yang akan menghimpunkan peserta dari pelbagai kementerian, wakil kedutaan ASEAN di Malaysia serta koperator dari negara-negara ASEAN. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemimpin koperasi di rantau ini. Selain itu, ASEAN Cooperative Exposition akan memperkenalkan Pavilion ASEAN yang menyaksikan penyertaan koperasi apeks dari 10 negara ASEAN serta pempamer daripada koperasi serantau. Program lain yang bakal berlangsung adalah ASEAN Cooperative Conference, yang membincangkan isu serta peluang koperasi di negara-negara ASEAN. Sementara itu, ASEAN Cooperative High- Level Discussion pula bakal menjadi platform utama bagi pemimpin koperasi apeks, pemerhati kanan kerajaan ASEAN serta pihak berkepentingan lain untuk membincangkan dasar strategik dan merangka pelan tindakan koperasi serantau. Melalui penyertaan koperasi Malaysia dalam program ini, kita bukan sahaja dapat memperkukuh peranan koperasi di peringkat nasional, malah meletakkan
koperasi sebagai pemacu ekonomi yang lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Wadah PELANCAR: Apakah impak yang diharapkan daripada IYC2025 kepada pembangunan gerakan koperasi di Malaysia?
Umumnya
setiap
koperasi
mempunyai ekonomi masing-masing dan telah meletakkan sasaran dan pencapaian pada matlamat tahap yang sewajarnya. Namun, persoalannya, adakah koperasi sudah bersedia dan layak untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka di peringkat antarabangsa? Jika sudah, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia bersama-sama dengan agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia untuk membantu koperasi melalui pelbagai aktiviti serta program yang telah dan sedang dirancang. Koperasi boleh menghubungi ANGKASA untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. Sepanjang tahun 2025, ANGKASA juga telah merangka beberapa program bagi memperkukuh peranan koperasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, ANGKASA melalui ASEAN Co-operative Organization (ACO) akan menganjurkan program ASEAN Cooperative Dialogue yang bakal berlangsung pada Mei 2025. Program
Apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC), impak yang diharapkan bukan sekadar untuk meraikan pencapaian gerakan koperasi yang telah mencecah lebih 100 tahun di
Malaysia. Malah, kita mahu melihat perubahan lebih besar yang mana koperasi dapat menjana impak ekonomi yang lebih luas dan mampu merentasi sempadan. IYC2025 boleh meningkatkan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemu bual wakil Wadah PELANCAR.
kesedaran masyarakat terhadap peranan koperasi dalam sektor ekonomi dan sosial. Melalui pelbagai program seperti seminar, bengkel dan pameran, lebih ramai rakyat Malaysia akan memahami kepentingan bagi koperasi serta manfaat menyertainya. Kesedaran yang lebih tinggi ini boleh membuka jalan kepada peningkatan keanggotaan, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang melihat koperasi sebagai alternatif kepada sektor ekonomi konvensional. Selain itu, koperasi dijangka berkembang sebagai model ekonomi yang lebih mampan, khususnya di kawasan luar bandar. Menerusi sokongan dan inisiatif yang dibawa oleh IYC2025, koperasi dapat mengembangkan perniagaan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah. Dari sudut global, IYC2025 juga akan membuka peluang kerjasama antarabangsa antara koperasi Malaysia dengan koperasi di luar negara. Perkongsian ilmu, pengalaman dan teknologi akan memperkukuh kedudukan koperasi tempatan dalam menghadapi cabaran ekonomi moden. Hal ini selaras dengan usaha untuk menjadikan koperasi sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang lebih inovatif dan berdaya saing. Koperasi seharusnya menjadikan IYC2025 sebagai titik permulaan untuk melakukan beberapa perubahan yang paling signifikan antaranya penerapan inovasi dan teknologi dalam operasi koperasi. Transformasi digital membolehkan koperasi menggunakan platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan automasi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta mutu perkhidmatan. Menerusi kemajuan ini, koperasi bukan sahaja dapat berkembang di peringkat tempatan malah juga berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Wadah PELANCAR: Bagi mencapai hasrat tersebut, apakah bentuk ruang dan peluang yang disediakan oleh ANGKASA kepada koperasi? ANGKASA sentiasa dijemput menyertai pelbagai program anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di banyak negara termasuklah jemputan menyertai program koperasi anjuran badan apeks koperasi di negara-negara tertentu khususnya di rantau Asia Tenggara. Kesempatan dan hubungan baik yang terjalin itu sewajarnya dimanfaatkan oleh koperasi melalui promosi secara langsung atau tidak langsung. Menerusinya, ANGKASA boleh menjadi pemudah cara dengan membawa produk atau bahan promosi koperasi untuk diketengahkan melalui periklanan, pameran dan padanan perniagaan. Sebagai contoh, ANGKASA telah menyertai program Ekspo Halal di Pusat
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menunjukkan beberapa produk keluaran koperasi di Malaysia kepada Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco (tengah) dan Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (kiri) dalam Pameran Perdagangan ICA-AP di Manila, Filipina pada 7 November 2023.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease