WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2025

3 INFO SEMASA

Wadah

FEBRUARI 2025

Dagangan Dunia Manila, Filipina pada 14 hingga 16 November 2024. Ekspo tersebut telah membuka ruang dan peluang kepada para koperator tempatan untuk mengeksport produk mereka ke Filipina. Menerusi ekspo tersebut, ANGKASA telah mendapat jemputan melalui pihak National Comission on Muslim Filipinos (NCMF) dan telah membelanjakan RM14,787.00 sebagai kos sewaan reruai sepanjang ekspo tersebut berlangsung. Selain Filipina, ANGKASA juga menjalin kerjasama erat dengan badan apeks koperasi dari Thailand dan Vietnam. Sebagai contoh, pada 19 hingga 22 Januari 2025, delegasi ANGKASA yang saya sendiri ketuai telah mengadakan lawatan kerja ke Vietnam dan bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan antaranya badan apeks koperasi negara tersebut iaitu Vietnam Cooperative Alliance (VCA), Vietnam Halal Certification Authority (HALCERT), Vietnam Halal Cooperative dan ahli kariah Masjid Jamek Lil Muslimin Thuan Nam-Phuoc Nam. Lawatan tersebut bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan industri halal di Vietnam menerusi platform koperasi dan memperkukuh rangkaian koperasi antara kedua- dua negara. Pada tahun 2025, lebih banyak program peringkat antarabangsa telah dirancang dan disusun oleh ANGKASA dengan kerjasama dan sokongan agensi KUSKOP iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melibatkan ICA-Asia and Pacific termasuklah ACO. Wadah PELANCAR: Apakah bentuk cabaran yang Datuk Seri lihat perlu diatasi bagi merealisasikan matlamat tersebut? Cabaran paling utama dalam menjayakan agenda perdagangan global banyak tertumpu kepada masalah berkaitan produk keluaran koperasi yang masih di bawah paras kelayakan atau tidak melepasi piawaian eksport. Antaranya seperti tidak memiliki pengiktirafan Hazard Analysis & Critical Control Points (HCCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Pensijilan Halal oleh JAKIM. Ketidaksungguhan koperasi untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut juga mungkin berkait rapat dengan permasalahan dalaman seperti tahap keupayaan dan pengeluaran yang rendah selain modal pusingan yang kecil. Justeru, ANGKASA akan meneliti halangan- halangan yang wujud dan mencari solusi sesuai bagi memastikannya dapat diurus dan ditangani dengan sewajarnya. Sokongan dan bantuan oleh setiap agensi berkaitan adalah sangat perlu bagi memastikan lebih banyak peluang kerjasama dapat dibentuk sekali gus dapat produk keluaran koperasi dapat dieksport ke luar negara.

ANGKASA komited dalam mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi tempatan dalam pelbagai program antarabangsa yang berlangsung di luar negara.

ANGKASA untuk membantu koperasi yang terlibat meningkatkan perolehan demi kelestarian anggota dan masyarakat akan terus digerakkan seiring dengan kemampuan selain bentuk sokongan serta bantuan yang disediakan. Corak perdagangan pada masa sekarang juga banyak mengalami perubahan seperti jualan secara dalam talian. Jadi tidak mustahil, koperasi kluster mikro dan kecil mampu untuk meneroka pasaran lebih jauh menerusi usaha dan kesungguhan yang digerakkan. Harapan saya, pertingkatkanlah kualiti produk dan perkhidmatan koperasi supaya kelestarian perdagangan tersebut mampu menjana lebih

Wadah PELANCAR: Apakah harapan Datuk Seri dalam melihat masa depan gerakan koperasi di Malaysia daripada sudut ekonomi? Bilangan koperasi yang berdaftar di Malaysia pada tahun lalu berjumlah 15,809 dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang. Daripada jumlah tersebut, koperasi kluster mikro dan kecil lebih mendominasi carta melebihi 70% daripada jumlah keseluruhan koperasi yang berdaftar. ANGKASA tidak melihat situasi ini sebagai satu bentuk cabaran dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi koperasi terlibat kerana kita akui, setiap koperasi yang ditubuhkan tertakluk kepada matlamat penubuhan dan undang-undang kecil mereka. Namun begitu, usaha berterusan

banyak peluang ekonomi dan pendapatan kepada anggota dan masyarakat.

Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 wajar dimanfaatkan oleh koperasi dengan mengambil peluang mempromosi produk dan perkhidmatan pelancongan mereka.

Dari Meja Presiden

Usahawan dalam kalangan anggota koperasi amat digalakkan untuk terlibat membantu meningkatkan ekonomi koperasi terutamanya dalam aspek pembekalan dan pemasaran. Asas ekonomi yang kuat beserta dengan kajian pemasaran secara inklusif dan pelbagai menjadi titik tolak kepada kekuatan dan kelestarian koperasi agar tidak terhad kepada aktiviti sedia ada. Pelbagai inisiatif ekonomi telah digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu pengusaha kecil dan mikro menjana pendapatan sebagai usahawan. Hakikatnya, peluang dan bantuan yang diraih itu boleh dikongsi bersama koperasi yang dinaungi melalui kerjasama perdagangan. Koperasi amat memerlukan sokongan dan bantuan terutamanya daripada kalangan anggota bagi merancakkan lagi program dan juga percambahan idea-idea baharu dalam meningkatkan pendapatan

koperasi. Kolaborasi strategik antara anggota dan koperasi dianggap sebagai sangat ideal dan mampu mentransformasikan ekonomi koperasi berasaskan kepada persekitaran dan budaya niaga yang bersesuaian.

Hasil pengeluaran anggota koperasi boleh dijual melalui platform koperasi sama ada secara fizikal mahu pun secara dalam talian. Manfaat daripada kerjasama tersebut juga akan berupaya membangunkan modal insan dalam kalangan anggota koperasi itu sendiri seperti pekerja, pengedar, peruncit dan pemborong daripada kalangan anggota serta komuniti setempat. Semoga inisiatif ini dapat membantu memperkasakan sektor ekonomi koperasi sekali gus memberi impak yang lebih positif kepada seluruh anggotanya.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease