4 INFO SEMASA
Wadah
FEBRUARI 2025
Perkasakan Sosioekonomi Umat Islam Melalui Koperasi Kariah Masjid
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid (tengah) bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (enam dari kiri) dan barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, Dato' Haji Mohd Jamil Othman (enam dari kanan).
koperasi kariah masjid di Pulau Pinang aktif dan 22 daripadanya telah menyertai Program BA100 ANGKASA. “Penubuhan koperasi kariah masjid bukan sahaja mampu memperkukuh ekonomi umat Islam, malah turut memupuk perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang,” katanya. Terdahulu, YB Dato' Dr. Mohamad dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif yang boleh memperkukuh ekonomi umat Islam serta memberi manfaat kepada komuniti setempat. Beliau turut menyokong usaha ANGKASA untuk memperkenalkan konsep koperasi kariah masjid. Inisiatif itu katanya selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Islam di Pulau Pinang melalui program ekonomi yang lebih inklusif dan mampan. Di samping itu, beliau turut menegaskan betapa pentingnya kerjasama erat antara ANGKASA dengan institusi masjid selain Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan penubuhan koperasi kariah masjid. Beliau turut mencadangkan supaya satu pertemuan lanjut
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Penubuhan koperasi kariah masjid di Pulau Pinang merupakan antara inisiatif strategik yang perlu diberi tumpuan bagi memperkasakan sosioekonomi umat Islam. Selaras dengan bilangan masjid di seluruh Pulau Pinang sebanyak 215, inisiatif tersebut juga dapat membantu meningkatkan taraf hidup ahli kariah melalui pelbagai program berorientasikan ekonomi dan kebajikan. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengetuai kunjungan hormat ANGKASA ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, bertempat di Bangunan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang pada 27 Januari 2025. Tambahnya lagi, koperasi kariah masjid berpotensi menjadi platform bagi masyarakat untuk menjalankan perniagaan yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti setempat sambil menyokong pembangunan sosial secara holistik. Kerjasama erat antara ANGKASA dengan kerajaan negeri juga diharap dapat memperluas program perniagaan koperasi. Sebagai rekod, sebanyak 34
Sesi perbincangan bersama YB Dato’ Dr. Mohamad.
dapat diadakan bersama pihak yang terlibat untuk merancang aktiviti ekonomi koperasi serta merangka pelan tindakan yang lebih terperinci bagi memastikan matlamat koperasi dapat dicapai dengan lebih berkesan. Menurut beliau, koperasi kariah masjid berpotensi menjadi pemangkin pembangunan komuniti melalui aktiviti seperti penjualan barangan keperluan harian, penyediaan perkhidmatan zakat dan penganjuran program sosial yang dapat memberi manfaat langsung kepada ahli kariah. Usaha tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi masyarakat, malah mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kariah, sekali gus menyokong kesejahteraan komuniti secara menyeluruh. Beliau juga berharap agar penubuhan koperasi kariah masjid dapat memberikan impak yang lebih positif kepada ekonomi umat Islam di Pulau Pinang selain dapat meningkatkan tahap ekonomi dan landskap kehidupan yang lebih baik terhadap masyarakat Islam di negeri tersebut. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Marzuki Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Zakat Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Kairi Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang, Encik Abdul Mohsein Mohd Shariff, Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan & Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease