5 INFO SEMASA
Wadah
FEBRUARI 2025
ANGKASA Perluas Perkhidmatan Syariah dalam Gerakan Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu jemputan bergambar bersama peserta Seminar Pemerkasaan Syariah dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025.
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ANGKASA akan memperluas perkhidmatan Syariah dalam gerakan koperasi supaya lebih komprehensif dan menyeluruh dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bagi merealisasikan usaha tersebut, empat Projek Khas Syariah telah dirangka bagi membuktikan komitmen jitu ANGKASA untuk menjadikan prinsip Syariah sebagai pilihan utama dalam dunia perniagaan dan kewangan. "Empat projek khas itu adalah Program Profesional Berterusan Syariah atau Continuous Professional Development of Syariah (CPD's), Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Koperasi Sekolah, Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Koperasi yang dirujuk oleh Entiti Kewangan dan Perkhidmatan Pematuhan Syariah kepada Syarikat. Keempat Projek Khas Syariah ini bakal digerakkan secara proaktif bagi memastikan ANGKASA terus memacu kecemerlangan Syariah dalam gerakan koperasi," katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Syariah dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025 di Putrajaya pada 13 Februari 2025. Sebanyak 61 buah koperasi
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa KTUP, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron.
300 buah koperasi yang perlu dibimbing untuk mencapai Pematuhan Syariah," ujar beliau. Katanya lagi, ANGKASA perlu memastikan koperasi yang telah menerima Sijil Pematuhan Syariah terus kekal konsisten dan komited dalam melaksanakan prinsip Syariah termasuk menyediakan sokongan berterusan seperti audit berkala, latihan
Mereka ialah Dr. Abdullaah Jalil yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Tawarruq Sebagai Instrumen Kewangan Islam di Koperasi: Manfaat dan Cabaran' manakala Prof. Madya Dr. Salmy Edawati Yaacob membicarakan tajuk 'Koperasi Cemerlang, Pematuhan Syariah Gemilang' dan Dr. Supiah Salleh pula membentangkan tajuk 'Pengauditan Syariah di Koperasi: Langkah ke Arah Tadbir Urus Holistik'. Terdahulu, peserta turut berpeluang mendengar Ucaptama Seminar yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, dan Pentadbiran (KTUP) merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah), Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty, Anggota Jawatankuasa (KTUP) merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Dr. Syaharina Abdullah.
tambahan dan khidmat nasihat untuk memastikan mereka berada pada landasan yang betul. Seminar Pemerkasaan Syariah
menerima Sijil Pematuhan Syariah dalam majlis berkenaan sebagai pengiktirafan rasmi kepada koperasi yang telah berjaya melalui proses dan penilaian Pematuhan Syariah yang ketat. "Sehingga Januari 2025,
dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025 yang diadakan selama dua hari pada 12 - 13 Februari itu menyaksikan penyertaan seramai 140 peserta. Para peserta berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada
Mufti Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Mohd Sabri Haron.
Jawatankuasa Syariah ANGKASA telah bersidang sebanyak 64 kali dan telah mentauliahkan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA kepada 232 buah koperasi. Namun, jumlah ini hanya mewakili 40 peratus daripada kira-kira 600 buah Koperasi Kredit yang menjadi ahli ANGKASA. Ini bermakna, masih terdapat 60 peratus atau anggaran kira-kira
tiga penceramah iaitu dua Ahli Jawatankuasa Syariah ANGKASA dan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease