INFO SEMASA 6
Wadah
FEBRUARI 2025
MAAB Lancar Pendaftaran Wasiat Digital dan Perkhidmatan Bayaran Bulanan Menerusi Potongan Gaji
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (enam dari kanan) menekan butang sebagai gimik perasmian Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat MAAB 2024 di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025.
Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan Anugerah Jualan Hibah Tertinggi 2024 (Kategori Rakan Niaga) kepada Itqan Maju Resources.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2024 Kategori Bank kepada Bank Simpanan Nasional.
Syarikat KM Uyil Writing Service adalah juara Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2024 (Kategori Rakan Niaga).
Niaga Korporat MAAB 2024 dan Pelancaran Logo Baharu MAAB di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025. Beliau juga amat berbangga dengan pencapaian subsidiari tersebut yang sekarang menuju ke tahun ke-11 penubuhannya serta pendaftaran wasiat dan hibah juga telah mencapai hampir 500,000 kes dengan anggaran harta bernilai RM240 bilion. “Pada tahun 2024, MAAB telah mencatatkan pendapatan kasar berjumlah RM30.56 juta dengan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan masyarakat kepada satu-satunya entiti koperasi dalam negara yang menjalankan amanah wasiat, hibah dan pusaka tersebut,” katanya. Sementara itu, Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, bermula November 2024, MAAB telah memberikan sumbangan wakaf tunai sebanyak RM0.50 bagi setiap wasiat yang didaftarkan oleh pelanggan kepada Yayasan Infaq ANGKASA. Beliau juga turut meletakkan sasaran
peningkatan pendapatan MAAB kepada RM60 juta pada tahun 2025 menerusi pengukuhan jaringan kerjasama MAAB dengan semua rakan korporat dengan tema 'Pengukuhan Strategi Jaringan Perniagaan.' Dalam majlis tersebut, MAAB telah mengumumkan sumbangan wakaf korporat kepada Yayasan ANGKASA bernilai RM250,000 dan Yayasan Infaq ANGKASA berjumlah RM66,089. MAAB juga turut meraikan rakan korporat daripada pelbagai kategori termasuk institusi kewangan, syarikat korporat, koperasi dan agensi kerajaan dengan pelbagai anugerah. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Pengarah Urusan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohd Darulnizam Mat Darus dan barisan Pengerusi ANGKASA Negeri.
Oleh: RAHMAT MOHD DID
MyANGKASA (MAAB), anak syarikat ANGKASA yang juga syarikat amanah tunggal milik koperasi di Malaysia melakar sejarah baharu dengan menawarkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital. Amanah Berhad Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Sistem Tandatangan Digital bagi produk wasiat dan hibah itu dijangka dapat mengoptimumkan proses pendaftaran sehingga 90 peratus. “Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, penjawat awam kini berpeluang mendaftar produk perancangan harta pusaka dan membuat bayaran bulanan melalui potongan gaji ANGKASA, menjadikannya lebih mudah dan berpatutan," jelasnya. Beliau berharap semua penjawat awam dapat merebut peluang tersebut untuk merancang harta pusaka masing-masing. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan Malam Apresiasi Rakan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease