INFO SEMASA 9
Wadah
FEBRUARI 2025 Warga ANGKASA Imarahkan 'MAJLIS ANGKASA BERSELAWAT 2.0'
ANGKASA telah menjemput kumpulan Haqqani Maulid Ensemble dalam program Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 yang berlangsung di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Februari 2025.
dibawa oleh Baginda perlu disemai dan diamalkan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam urusan pekerjaan dan peranan yang telah diberikan dalam menggerakkan serta memajukan gerakan koperasi di Malaysia. Majlis tersebut juga katanya dijadikan sebagai satu titik muhasabah dalam memperkukuhkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian dan dalam perjuangan memajukan koperasi. Selawat yang dialunkan menjadi wasilah untuk mendekatkan diri umat Islam amnya dan warga ANGKASA khasnya, kepada Allah SWT dan mendapat keberkatan dalam setiap urusan. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, penceramah khas, Habib Nael Taher dan Pengurus Kumpulan Haqqani Maulid Ensemble, Encik Ahmad Mirza Nurul.
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala Nabi dan Rasul, menjadi teladan yang baik (qudwah hasanah) dalam setiap aspek kehidupan umat Islam. Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW akan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Warga ANGKASA telah berhimpun dalam Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Februari 2025. Program itu merupakan majlis kedua yang dianjurkan oleh ANGKASA bersama seluruh warga kerjanya dan akan menjadi program yang berterusan serta lebih terbuka kepada komuniti sekitar pada masa akan datang. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan beliau. Katanya, Baginda Rasulullah S.A.W. adalah insan yang menunjukkan contoh kepimpinan berteraskan keadilan, keikhlasan dan amanah. Nilai-nilai yang
Barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (barisan hadapan, tengah) bergambar bersama Pemimpin Majlis Rasulullah Malaysia, Habib Nael Taher (barisan hadapan, empat dari kanan) dan ahli kumpulan Haqqani Maulid Ensemble.
Majlis ANGKASA Berselawat 2.0 turut dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan) dan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail (tengah) dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kiri).
Warga ANGKASA mengimarahkan Majlis ANGKASA Berselawat 2.0.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease