FEBRUARI 2023 JILID: WP05 /2
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
KDN PP19744/02/2023 (035373)
ANGKASA Terima Anugerah Integriti, Governans dan
Anti Rasuah (AIGA) 2022
Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menyampaikan Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022 kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof sewaktu menyampaikan ucapan perasmian.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mewakili ANGKASA menerima Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022 kategori Perak yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia (IIM) Kuala Lumpur pada 18 Januari 2023. Majlis yang julung kali diadakan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof mewakili Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Katanya, penganjuran AIGA sememangnya tepat pada masanya tatkala Kerajaan Perpaduan sedang memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya terhadap usaha untuk meningkatkan integriti dan tatakelola yang baik serta menghapuskan rasuah di semua peringkat dan lapisan masyarakat. “Sudah tiba masanya anggota perkhidmatan awam, pihak industri dan masyarakat seluruhnya menukar pendekatan pengurusan masing-masing agar selaras dengan budaya tatakelola baik yang ingin ditekankan oleh kerajaan iaitu berpaksikan akauntabiliti, ketelusan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti. Negara tidak akan berupaya melangkah lebih jauh sekiranya sektor awam, swasta dan seluruh masyarakat tidak berganding bahu dalam usaha meningkatkan integriti dan menolak sekeras-kerasnya budaya rasuah. Penolakan rasuah secara total dan tahap integriti tertinggi hanya akan tercapai apabila semua pihak memainkan peranan, agar tiada ruang langsung yang membolehkannya menular,” katanya.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bergambar bersama plak Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika ditemui Wadah PELANCAR berkata, beliau bersyukur kerana usaha gigih berterusan yang telah dilaksanakan oleh ANGKASA dari sudut tatakelola dan integriti akhirnya mendapat pengiktirafan oleh pihak IIM. “Ini membuktikan bahawa ANGKASA mengambil penekanan serius dalam hal ini dan insya-Allah, kejayaan hari ini akan menjadi pendorong untuk meluaskan lagi semangat ini kepada gerakan koperasi di seluruh negara dan semua bahagian di ANGKASA. Kita juga akan pastikan pengiktirafan ini bukan sekadar anugerah tetapi selari dengan pelaksanaan tatakelola yang lebih baik dan telus selain berusaha untuk mempertahankannya pada tahun-tahun akan datang,” katanya. Wakil ANGKASA yang turut hadir di majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya.
ANGKASA 2
FEBRUARI 2023
Koperasi Sebagai Gerakan Bantu Rakyat – Datuk Ewon
Datuk Ewon Benedick (duduk lima dari kanan) dan Senator Saraswathy Kandasami (duduk lima dari kiri) bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk empat dari kanan).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
perbincangan mengenai pembangunan perniagaan koperasi. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan harapan ANGKASA berkaitan langkah untuk memperbaiki ekosistem sektor koperasi. Katanya, ANGKASA berharap agar gerakan koperasi dapat diiktiraf sama seperti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). "Kalau tak sama pun tak apa, tetapi pakej insentif dan keistimewaan lain yang diterima oleh perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia turut dapat dinikmati oleh koperasi," ujar beliau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula dan seterusnya memperbaiki akta serta undang-undang tidak mesra koperasi yang dilihat mengekang pertumbuhan dan perkembangan perniagaan koperasi dalam pasaran terbuka. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh turut memberi taklimat mengenai aktiviti dan pencapaian ANGKASA.
"Kita mahukan gerakan ini (gerakan koperasi) sebagai gerakan yang membantu rakyat. Saya amat percaya pendekatan melalui koperasi, banyak kita boleh bina (bangunkan) untuk keluarkan mereka ini (rakyat) daripada kepompong kemiskinan." Demikian antara inti pati ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika mengadakan lawatan rasmi ke ANGKASA di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 17 Januari 2023. Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Saraswathy Kandasami. Lawatan itu juga merupakan yang pertama Datuk Ewon dan Senator Saraswathy ke ANGKASA sejak kedua-duanya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri KUSKOP pada awal Disember 2022. Menurut Datuk Ewon, gerakan koperasi perlu diberikan bantuan sama seperti syarikat atau organisasi yang lain agar gerakan itu dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan keusahawanan dalam sektor-sektor utama.
Datuk Ewon ketika menyampaikan ucapan.
Tambah beliau, selain Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), pihaknya akan turut melibatkan ANGKASA dalam
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Muat Turun Aplikasi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
ANGKASA 3
FEBRUARI 2023
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor. Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias serta barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh ketika menyampaikan taklimat mengenai ANGKASA.
Datuk Ewon berbincang dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Datuk Ewon menerima cenderamata yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada Senator Saraswathy.
Datuk Ewon berbincang bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Datuk Ewon melawat ‘terowong masa’ ANGKASA.
Dari Meja Presiden
ANGKASA, sebagai badan apeks yang menerajui gerakan koperasi di Malaysia, menyokong penuh komitmen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan agenda Malaysia Madani sebagai kerangka dasar baharu Kerajaan Persekutuan. Malaysia Madani dirangka sebagai usaha untuk memetakan strategi mentadbir negara dengan lebih berkesan. Istilah Madani merujuk kepada tadbir urus yang adil dan berkesan bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi, kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar. Hasrat Perdana Menteri untuk menjayakan Perjanjian Malaysia 1963, melalui Agenda Malaysia Madani mesti disokong
oleh semua pihak terutama gerakan koperasi di Malaysia. Tadbir urus yang cemerlang dan penolakan kepada rasuah merupakan asas utama kepada agenda Malaysia Madani. ANGKASA juga tidak ketinggalan dan sedia memberikan kerjasama bagi membantu kerajaan menjayakan setiap agenda yang digerakkan. Amanat dan wawasan yang diperjuangkan akan pasti menjadi pegangan dan ikutan oleh semua koperasi di bawah payung Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Oleh itu, agenda Malaysia Madani pasti akan kami dukung dan laksanakan demi kejayaan bersama.
Semoga perkara tersebut dapat menjayakan hasrat kerajaan dan menyemarakkan lagi semangat Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4
ANGKASA Sasar Gerakan Koperasi Sekolah Jana Perolehan RM400 Juta
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Majlis Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Koperator Muda Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam pada 29 Januari 2023.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
koperasi sekolah atas usaha mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti sehingga berjaya mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. “Membangunkan koperasi sekolah merupakan antara agenda utama yang tidak pernah ditinggalkan dalam program dan aktiviti pembangunan oleh ANGKASA
ANGKASA menyasarkan koperasi sekolah seluruh negara mampu merekodkan perolehan terkumpul sejumlah RM400 juta daripada kepelbagaian aktiviti perniagaan yang diusahakan pada tahun 2023. Sasaran tersebut berikutan ekonomi negara yang semakin pulih daripada kesan pandemik COVID-19. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pihaknya yakin sasaran itu juga mampu dicapai melalui penglibatan sebahagian daripada 2,473, koperasi sekolah dalam Projek Barang Asas 100 (BA100) yang dipelopori oleh ANGKASA. Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Koperator Muda Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam pada 29 Januari 2023. Majlis yang kembali setelah dua tahun menyepi (2020 dan 2021) ekoran
Sidang media HKS yang dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah), Dato' Haji Kamarudin (dua dari kiri), Dato' Haji Che Mohd Shukree (paling kiri) dan Dato' Haji Mohd Alias (dua dari kanan).
untuk memajukan gerakan koperasi secara keseluruhannya,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Beliau juga menyarankan supaya diadakan satu kajian semula mengenai arah tuju baharu koperasi sekolah oleh semua pihak termasuk kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan serta ANGKASA. Tambah beliau, langkah itu bukan sahaja dilihat sesuai dengan perubahan dari segi masa, politik dan ekonomi, malah penting untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara keusahawanan unggul menjelang 2030.
Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Sekolah (JBS), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga merangkap Pengerusi JBS, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa merangkap Timbalan Pengerusi JPKS serta barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. Sementara itu, laporan perangkaan yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan koperasi sekolah telah menyumbang perolehan sebanyak RM318.61 juta dengan aset bernilai RM416.86 juta dan syer/yuran berjumlah RM29.63 juta pada 31 Disember 2021. Data interim sehingga Jun 2022 pula merekodkan koperasi sekolah
penularan COVID-19 itu diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada warga
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Penggalakan Kokurikulum dan Seni,
Kementerian Pendidikan (KPM), Haji Hafiz Ridhuan Md Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Sekolah, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.
dan Teknik KPM, Encik Khairul Anuar Ramlan dan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan ucapan perasmian.
Ketua Penolong Pengarah Keusahawanan Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Muhammad Hafiz Ahmad Nasir.
mempunyai aset bernilai RM414.56 juta, syer/yuran sebanyak RM29.45 juta dan perolehan berjumlah RM211.61 juta. Sehingga hari ini juga, terdapat sebanyak 14 buah koperasi sekolah di seluruh negara yang telah berjaya mencapai perolehan melebihi RM1 juta.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkesempatan melawat gerai- gerai pameran koperasi sekolah.
Sebahagian daripada peserta yang hadir ke majlis.
5
Lebih 600 Peserta Jayakan Majlis Anugerah HKS dan PKS 2022
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Majlis Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Koperator Muda Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam melabuhkan tirainya pada 30 Januari 2023. Lebih 600 peserta yang terdiri daripada murid dan guru dari 239 koperasi sekolah seluruh negara telah menghadiri majlis yang berlangsung selama dua hari itu. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan (KPM), Dato’ Haji Pkharuddin Ghazali dalam ucapannya berkata, dalam konteks negara dan
dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan. “Pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin untuk murid
Dari kiri: Pengarah SKM Cawangan Negeri Selangor, Encik Zainuddin Mohd Ali, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Timbalan Pengarah Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelarasan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan (KPM), Encik Shamsuddin Mustapha (tengah) mewakili Ketua Pengarah Pendidikan KPM, Dato’ Haji Pkharuddin Ghazali, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Sekolah, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Tan Sri Ismail Ibrahim.
kepada koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Tan Sri Ismail Ibrahim kepada Encik Shamsuddin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
menjadi berjaya.
Mereka untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam bentuk latihan untuk meraih pengalaman,” kata beliau. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelarasan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Encik Shamsuddin Mustapha. Tambah Dato’ Haji memerlukan satu tempat Encik Shamsuddin Mustapha ketika membacakan teks ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan (KPM), Dato’ Haji Pkharuddin Ghazali.
Encik Shamsuddin melihat produk yang dijual oleh koperasi sekolah.
Pkharuddin, koperasi sekolah merupakan tempat paling lengkap menawarkan pe– luang untuk murid belajar berniaga, menjadi
(SKM) Cawangan Negeri Selangor, Encik Zainuddin Mohd Ali, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Tan Sri Ismail Ibrahim menyerahkan replika cek sumbangan dana Yayasan Infaq ANGKASA berjumlah RM480,000.00 untuk projek ‘Charity Parking’ kepada Encik Shamsuddin.
usahawan, mentadbir
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Sekolah, Dato’ Haji Kamarudin Ismail ketika menyampaikan ucapan.
dan mengurus serta mempelajari kemahiran insaniah lain yang tidak diajar di dalam bilik darjah. Ujarnya lagi, penglibatan murid dalam aktiviti koperasi sekolah mampu memperkukuhkah jati diri seperti bersatu padu, toleransi, persamaan, keadilan dan tolong-menolong selaras dengan prinsip dan nilai yang menjadi pegangan gerakan koperasi. Sementara itu, Koperasi SMK Kota Berhad dari Kelantan telah dinobatkan sebagai johan untuk Anugerah Sambutan HKS 2022 Peringkat Kebangsaan manakala Koperasi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Berhad berjaya memenangi tempat pertama untuk Anugerah PKS 2022 Peringkat Kebangsaan. Dalam majlis yang sama, Yayasan Infaq ANGKASA telah menyumbangkan dana berjumlah RM480,000 untuk projek ‘Charity Parking’ yang akan disalurkan
Anggota Lembaga Koperasi dari Koperasi SMK Abdul Jalil Berhad bersama produk berasaskan sulaman keluaran koperasi mereka.
Anggota Lembaga Koperasi dari Koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad bersama produk ukiran kayu keluaran koperasi mereka.
6
SENARAI PENERIMA ANUGERAH DAN HADIAH UTAMA
ANUGERAH KHAS : PEROLEHAN RM 1 JUTA TERTINGGI 2021
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
1.
KOPERASI SMK SENGGARANG BATU PAHAT BERHAD
JOHOR
ANUGERAH KHAS : PEROLEHAN RM 1 JUTA TERTINGGI 2022
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
1.
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL
KELANTAN
TANAH MERAH BERHAD
ANUGERAH KHAS : PENGLIBATAN ANTARABANGSA TERBAIK 2022
Koperasi SMK Kota Berhad dari Kelantan dinobatkan sebagai johan untuk Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2022 Peringkat Kebangsaan.
ANUGERAH SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
1.
KOPERASI MRSM BATU PAHAT BERHAD
JOHOR
KEDUDUKAN
NAMA KOPERASI
NEGERI
ANUGERAH KHAS : KOPERASI PENDIDIKAN KHAS TERBAIK 2022
JOHAN
KOPERASI SMK KOTA
KELANTAN
BERHAD
NAIB JOHAN
KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
MELAKA
BERHAD
1.
KOPERASI PENDIDIKAN KHAS SMK LUBOK BUNTAR BERHAD
KEDAH
KETIGA
KOPERASI MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG BERHAD
PULAU PINANG
ANUGERAH KHAS : LANGGANAN BARANGAN ASAS (BA100) TERTINGGI 2022
KEEMPAT
KOPERASI MAKTAB SABAH
SABAH
BERHAD
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
KELIMA
KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD
TERENGGANU
1.
KOPERASI SMK GOMBAK SETIA BERHAD
SELANGOR
2.
KOPERASI SMK
SELANGOR
PERIMBUN BERHAD
3.
KOPERASI SMK
SELANGOR
SELAYANG BHARU BERHAD
ANUGERAH KHAS : PELAKSANAAN PROJEK LAWATAN PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
1.
KOPERASI SMK
PERAK
BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD
Koperasi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Berhad memenangi tempat pertama untuk Anugerah Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) 2022 Peringkat Kebangsaan.
2.
KOPERASI SMK
PULAU PINANG
PERMATANG TOK JAYA BUTTERWORTH BERHAD
ANUGERAH PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN KEDUDUKAN NAMA KOPERASI NEGERI
3.
KOPERASI SMK
SELANGOR
AGAMA KUALA SELANGOR BERHAD
JOHAN
KOPERASI SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU BERHAD
TERENGGANU
4.
KOPERASI SMK SETAPAK INDAH
WP KUALA
LUMPUR
NAIB JOHAN
KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG
KUALA LUMPUR BERHAD
PAHANG
BERHAD
5.
KOPERASI SMK
SARAWAK
SUBIS MIRI BERHAD
KETIGA
KOPERASI SMK PASIR
JOHOR
GUDANG JOHOR BAHRU BERHAD
7
ANUGERAH KHAS : LAPORAN PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2022
KEDUDUKAN
MELAKA
JOHAN
KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA BERHAD KOPERASI SMK SERI TANJONG MELAKA BERHAD KOPERASI SMK SUNGAI UDANG MELAKA BERHAD
NAIB JOHAN
KETIGA
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
1.
KOPERASI SMK
PERAK
KEDUDUKAN
NEGERI SEMBILAN
BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD
JOHAN
KOPERASI SMK MANTIN BERHAD
NAIB JOHAN
KOPERASI SMK SEREMBAN JAYA BERHAD
KETIGA
KOPERASI SMK BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN BERHAD
2.
KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD
PAHANG
KEDUDUKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
JOHAN
KOPERASI SMK SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR BERHAD KOPERASI SMK BANDAR BARU SERI PETALING BERHAD
NAIB JOHAN
3.
KOPERASI SMK
SELANGOR
SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA BERHAD
KETIGA
KOPERASI SMK SEGAMBUT BERHAD
KEDUDUKAN
SELANGOR
JOHAN
KOPERASI SMK JALAN TIGA BANDAR BARU BANGI BERHAD
NAIB JOHAN
KOPERASI SMK TAMAN KERAMAT BERHAD KOPERASI SMK SERI SERDANG BERHAD
ANUGERAH KHAS : LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022
KETIGA KETIGA
KOPERASI SMK BUKIT RAHMAN PUTRA SELANGOR BERHAD
NO
NAMA KOPERASI
NEGERI
KEDUDUKAN
PERAK
JOHAN
KOPERASI MRSM LENGGONG BERHAD KOPERASI MRSM PENGKALAN HULU BERHAD KOPERASI SMK SIMPANG BELURU ENGGOR KUALA KANGSAR BERHAD
1.
KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD
KEDAH
NAIB JOHAN
KETIGA
2.
KOPERASI SMK SRI MUDA PENAGA PULAU PINANG BERHAD
PULAU PINANG
3.
KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL MUAR BERHAD
JOHOR
KEDUDUKAN
PULAU PINANG
JOHAN
KOPERASI MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG BERHAD KOPERASI SMK SRI MUDA PENAGA PULAU PINANG BERHAD
4.
KOPERASI MAKTAB SABAH BERHAD
SABAH
NAIB JOHAN
KETIGA
KOPERASI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PULAU PINANG BERHAD
5.
KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA BERHAD
MELAKA
KEDUDUKAN
KEDAH
JOHAN
KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD
ANUGERAH SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) TERBAIK 2022 PERINGKAT NEGERI
NAIB JOHAN
KOPERASI SMK BAKAR ARANG KEDAH BERHAD
KETIGA
KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2 BERHAD
KEDUDUKAN
SABAH
KEDUDUKAN
PERLIS
JOHAN
KOPERASI MAKTAB SABAH BERHAD KOPERASI SMK TANSAU BERHAD
JOHAN
KOPERASI MRSM BESERI PERLIS BERHAD
NAIB JOHAN
NAIB JOHAN
KOPERASI MRSM ARAU BERHAD
KETIGA
KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL TAWAU BERHAD
KETIGA
TIADA
KEDUDUKAN
SARAWAK
PERTANDINGAN KOIR KOPERASI SEKOLAH "LAGU SEPAKAT MEMBINA" PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA JUBLI EMAS ANGKASA 2021 KEDUDUKAN KOPERASI NEGERI
JOHAN
KOPERASI SMK MERADONG BERHAD KOPERASI SMK BINTULU BERHAD
NAIB JOHAN
KETIGA
KOPERASI SMK SEMERAH PADI KUCHING BERHAD
KEDUDUKAN
KELANTAN
PERTAMA
KOPERASI SMK ELOPURA SANDAKAN BERHAD
SABAH
JOHAN
KOPERASI SMK KOTA BERHAD
KEDUA
KOPERASI SMK KEPONG BARU BERHAD
KUALA LUMPUR
NAIB JOHAN
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TANAH MERAH BERHAD
KETIGA
KOPERASI SMK KEPONG SELANGOR BERHAD
SELANGOR
KETIGA
KOPERASI SMK PUTERI SAADONG KOTA BHARU BERHAD
KEEMPAT
KOPERASI SMK BUKIT BARU MELAKA BERHAD
MELAKA
KELIMA
KOPERASI SMJK KHATOLIK PJ BERHAD
SELANGOR
KEDUDUKAN
TERENGGANU
JOHAN
KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD KOPERASI SM IMTIAZ DUNGUN BERHAD KOPERASI MRSM KUALA BERANG BERHAD
NAIB JOHAN
PERTANDINGAN "MYCOOP VIDEO PITCH" PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA JUBLI EMAS ANGKASA 2021 KEDUDUKAN KOPERASI NEGERI
KETIGA
KEDUDUKAN
PAHANG
PERTAMA
KOPERASI MRSM LENGGONG BERHAD
PERAK
JOHAN
KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD KOPERASI SMK SUNGAI BAGING KUANTAN BERHAD KOPERASI MRSM MUADZAM SHAH BERHAD
NAIB JOHAN
KEDUA
KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL
MELAKA
KETIGA
MELAKA BERHAD
KETIGA
KOPERASI SMK TANSAU BERHAD
SABAH
KEDUDUKAN
JOHOR
KEEMPAT
KOPERASI SM SAINS TUANKU JAAFAR
NEGERI SEMBILAN
JOHAN
KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL KLUANG BERHAD KOPERASI MRSM BATU PAHAT BERHAD KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL MUAR BERHAD KOPERASI SMK PEKAN BARU MUAR BERHAD
KUALA PILAH BERHAD
NAIB JOHAN
KELIMA
KOPERASI SMT ERT DATO' HAJI UNDANG MUHAMAD SHARIP REMBAU BERHAD
NEGERI SEMBILAN
KETIGA KETIGA
8
ANUGERAH PENGERUSI KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
Ahmad Ismail Koperasi SMK Bukit Rahman Putra Selangor Berhad Selangor
ANUGERAH GURU PEMBIMBING KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
ANUGERAH GURU PEMBIMBING PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Pertama
Kedua
Ketiga
Herdawati Muda Koperasi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Berhad Terengganu
Mazian Mohamad@ Mohamed Koperasi SMK Permatang Tok Jaya Butterworth Berhad Pulau Pinang
Tina Eleeanna Ahmed Lokman Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad Pahang
Siti Zulaikha Salleh Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad Melaka
Norhasini Azizan Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah Berhad Kedah
Zaraiton Yusof Koperasi SMK Tansau Berhad Sabah
ANUGERAH IKON KOPERATOR MUDA KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022 KATEGORI: LELAKI
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Taufiq Lu Asmadi Koperasi MRSM Gemencheh Berhad Negeri Sembilan
Ismail Mokhtar Koperasi SMK Gombak Setia Berhad Selangor
Muhammad Danisyah Mustaqim Mohd Ridzuan Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah Berhad Kedah
Lim Jin Yang Koperasi MRSM SMK Puchong Utama (1) Berhad Selangor
Abdul Zulfaqar Abu Zaharin Koperasi SMK Batu Kikir Negeri Sembilan Berhad Negeri Sembilan
ANUGERAH IKON KOPERATOR MUDA KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2022 KATEGORI: PEREMPUAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Aisha Thijs Hovenkamp Koperasi Maktab Sabah Berhad Sabah
Auni Fadhilah Mohd Nordin Koperasi SMK Rantau Panjang Klang Berhad Selangor
Nur Athirah Aleya Mohd Rozi Koperasi SMK Batu Kikir Negeri
Nur Ain Nabilah Burhan Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad Johor
Norhana Omar Koperasi MRSM Transkrian Pulau Pinang Berhad Pulau Pinang
Sembilan Berhad Negeri Sembilan
ANUGERAH IKON KOPERATOR MUDA PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Nur Natasha Harun Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad Johor
Abdul Jabbar Nur Abdul Hamid Koperasi SMK Abdul Jalil Berhad Selangor
Mishalini A/P Sumati Pala Koperasi SMK (P) St George Pulau Pinang Berhad Pulau Pinang
9
Reaksi Peserta Majlis Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) & Ikon Koperator Muda Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Majlis Anugerah Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah dan Ikon Koperator Muda ini sejak menyertai koperasi. Saya berasa sungguh teruja dengan kemeriahan program tersebut. Di koperasi, saya bertanggungjawab dengan pengeluaran produk dari aloe vera dan berpendapat sosial media memainkan peranan penting dalam mempromosi produk yang dihasilkan. Selepas bertukar-tukar fikiran dengan kenalan baru,saya berpendapat bahawa pnyelidikan harus dilakukan untuk mengenalpasti produk yang dikeluarkan menepati cita rasa pengguna dan produk berpeluang dipasarkan secara meluas. Tenaga dan idea penting untuk pengeluaran produk yang lebih banyak dan menarik.
Majlis Anugerah Sambutan HKS, PKS dan Ikon Koperator Muda kali ini membuka mata saya untuk menjadi seorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang lebih bertanggungjawab dan amanah ketika bekerja. Saya juga berasa seronok dengan pertandingan kuiz, cabutan bertuah, hadiah misteri yang penuh dengan kejutan serta persembahan menarik. Kini, saya lebih berinspirasi untuk menjadi ALK yang cemerlang supaya berpeluang terpilih menerima Anugerah Ikon Koperator Muda. Berpengalaman selama tiga tahun sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK), saya berharap agar Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad akan menjadi koperasi terbaik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pengalaman berada di majlis itu, memberi idea bahawa kedai koperasi patut diluaskan dengan produk yang pelbagai kerana ia membantu ke arah meningkatkan jualan dan perolehan koperasi. Walaupun koperasi saya menjalankan sebanyak 20 buah kegiatan perniagaan, namun saya tetap ingin mencadangkan agar tanaman cili dapat dilaksanakan secara hidroponik memandangkan tanah kawasan sekolahnya adalah berpasir.
Muhammad Zulhelmi Mohd Nazam Anggota Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad, Johor
Wan Muhammad Asyraf Wan Ahmad Anggota Lembaga Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad
Muhammad Adib Norami Anggota Lembaga Koperasi MRSM Arau Berhad, Perlis
Saya berasa bangga kerana dapat menghadiri Majlis Anugerah tahun ini, selain teruja dengan gerai yang mempamerkan pelbagai produk yang menarik. Pertama kali menghadiri majlis itu, saya menerima banyak pendedahan mengenai bidang koperasi. Segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam koperasi, terutama dalam meningkatkan jualan dan tempahan yang diterima.
Pengalaman pada Majlis Anugerah ini akan manfaatkan sebaik mungkin dalam menjalankan kegiatan koperasi sekolah saya. Saya berazam untuk menambah baik hasil kraf tangan seperti rantai kunci dan makanan ringan di kedai koperasi. Saya juga mendapat idea untuk mencadangkan agar kedai Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad Selangor, menambah jualan minuman seperti kopi yang semakin diminati, selain menambah kegiatan koperasi dengan menanam lebih banyak pokok, antaranya pokok rambutan di sekitar kawasan sekolah. Selepas menghadiri Majlis Anugerah tahun ini, saya lebih memahami kehendak para pelanggaan dengan lebih baik, walaupun mereka datang dari pelbagai bangsa, loghat, negeri dan budaya. Saya juga berasa lebih yakin dan mendapati kemahiran komunikasi semakin meningkat sekali gus dapat meningkatkan jualan produk kecantikan yang dipamer. Saya berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat anggota koperasi sekolah. Saya berasa teruja kerana berpeluang bertemu dengan tetamu kenamaan daripada pelbagai agensi berkaitan koperasi, iaitu satu pengalaman yang tidak pernah dijangka. Kemenangan koperasi yang terlibat pada Majlis Anugerah kali ini juga memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan koperasi untuk menempa nama sebagai penerima anugerah pada suatu hari nanti. Semoga saya akan terpilih menerima Anugerah Koperator Muda dan saya berazam untuk melakukan yang terbaik untuk koperasi sekolah saya.
Nurlieyana Hasnan Anggota Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad
Saat berpeluang mengenali koperasi- koperasi yang hebat pada Majlis Anugerah ini memberi saya satu pengalaman baru yang mengujakan. Melihat produk mereka yang unik dan kreatif, membuatkan saya bersemangat untuk menambahbaik produk koperasi sekolah saya yang sedia ada. Suasana memberangsangkan di sekeliling, membuatkan saya berazam untuk membuat yang terbaik dan akan selalu memastikan koperasi sekolah terus maju.
Farzan Affan Mohamad Suharto Anggota Lembaga Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad Selangor
Nabella Abdul Malik Anggota Lembaga Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad
Siti Nur Husna Insyirah Zulkifli Anggota Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad
Program Majlis Anugerah ini berjaya mengeratkan silaturrahim sesama anggota koperasi, menambah kenalan baru, selain dapat meningkatkan keyakinan diri anggota dalam urusan jual beli. Hasil pengamatan pada produk yang dipamerkan saya juga mendapati pembungkusan produk koperasi memainkan peranan penting bagi meningkatkan jualan koperasi. Justeru, pihak koperasi perlu mencari penyelesaian untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk.
Muhammad Zulfadhli Haruddin Anggota Koperasi SMK Simpang Beluru Berhad, Perak
Nur Arisya Adila Azemi Anggota Koperasi SMK Sultan Badlishah Berhad Kulim Kedah
ANGKASA 10
FEBRUARI 2023
100 Koperasi Terbaik Malaysia Disaran Sumbang Dana kepada Yayasan ANGKASA
Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar dan tetamu lain bergambar bersama pelajar Pembiayaan Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar dan tetamu lain bergambar bersama pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA dan penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Saranan 100 Koperasi Terbaik Malaysia menyumbang dana kepada Yayasan ANGKASA adalah sebagai usaha menyokong pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga koperasi di negara ini. Sumbangan dana menerusi penyertaan koperasi sangat penting bagi memacu pertumbuhan dan kesinambungan tabung tersebut ke arah memartabatkan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan warga koperasi. Demikian disuarakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rusli Jaafar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama & Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023 bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 14 Januari 2023. Katanya, SKM sendiri menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang kukuh dan teratur mengikut nilai-nilai dan prinsip koperasi bagi menyumbang dan meningkatkan pencapaian dan pembangunan sosioekonomi negara. Justeru, beliau mengharapkan agar Yayasan ANGKASA dapat menjalankan peranan dan fungsinya secara lebih berkesan bagi meneruskan usaha membantu lebih ramai warga koperasi dan anak warga koperasi mendapatkan kemudahan pembiayaan pendidikan di pusat pengajian tinggi dalam negara. Encik Rusli juga turut memuji usaha Yayasan ANGKASA terhadap pencapaian dan fungsi yang telah dilaksanakan sepanjang dua dekad penubuhannya dalam memartabatkan pendidikan warga koperasi dan anak-anak warga koperasi. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 18 pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang. Katanya, penglibatan pelajar dalam koperasi siswa juga perlu dipertingkatkan bagi mengembangkan kreativiti keusahawanan dalam perniagaan koperasi.
Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama & Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi boleh mendorong mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Menurut beliau, Yayasan ANGKASA yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) bermatlamat membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ke arah menyumbang kepada kelestarian gerakan koperasi dan masyarakat. Seramai 194 orang pelajar menerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2022/2023, melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM2,556,300.00 termasuk 13 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Kategori Sepenuh Masa dan lima orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Lulus Cemerlang) Kategori Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Majlis yang dihadiri kira-kira 400 orang termasuk pelajar, ibu bapa/ penjaga dan penyumbang utama Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Koperasi, Badan Korporat dan individu itu turut menyaksikan Sesi Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang
Bacaan ikrar oleh wakil pelajar.
Sebahagian 400 tetamu terdiri daripada pelajar, ibu bapa/penjaga 400 tetamu terdiri daripada pelajar, ibu bapa/penjaga dan penyumbang utama Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA.
ANGKASA 11
FEBRUARI 2023
Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith) Universiti Malaya kepada Khairunisa Mohd Shukri.
Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang Dana Pendidikan Yayasan Penghargaan kepada Penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA iaitu Anugerah Platinum Kategori Badan Korporat kepada wakil MBSB Bank Berhad.
Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi tiga kategori iaitu Kategori Badan Korporat dan Agensi, Kategori Koperasi dan Kategori Individu. Penghargaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang mereka salurkan melalui Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA. Sebagai rekod, ANGKASA adalah penyumbang utama kepada Yayasan ANGKASA dengan jumlah
sumbangan RM1 juta setiap tahun dan geran padanan sehingga RM500,000.00 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial ANGKASA kepada gerakan koperasi negara. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk
Haji Md Yusof Samsudin, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Haji Nasir Khan Yahaya manakala barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembanguan Usahawan & Koperasi) dan Puan Suzana Alias (Wakil Kementerian Kewangan).
DATA STATISTIK PELAJAR YAYASAN ANGKASA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2022
Perkara
Bilangan Pelajar Tajaan
Jumlah Pembiayaan
Jumlah Biasiswa
2000 - 2021 2022 (pengambilan baharu) Jumlah Keseluruhan
1,312 pelajar 194 pelajar 1,506 pelajar
RM 27,238,057.00 RM 2,556,300.00 RM 29,794,435.70
RM 10,352,679.50
Reaksi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022/2023 Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yayasan ANGKASA yang menyediakan pembiayaan pendidikan kepada pelajar baharu tajaan Yayasan ANGKASA pada sesi 2022/2023. Insya-Allah, saya akan memanfaatkan pembiayaan yang diberikan untuk tujuan pendidikan sepanjang pembelajaran saya di universiti dan berazam untuk mendapat keputusan cemerlang sepanjang tempoh pengajian ini. Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukar kepada biasiswa boleh mendorong pelajar untuk memberikan pencapaian terbaik dalam pendidikan sekali gus memberi motivasi kepada pelajar untuk sentiasa berada pada prestasi tertinggi dan mencapai keputusan cemerlang.
Amir Izuddin Mohd Khalel (23 Tahun) Fakulti Seni Lukis Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Muhammad Haziq Halim (22 Tahun) Kuliyyah Of Engineering Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sebagai pelajar, saya akan berusaha memberikan pencapaian terbaik dalam pelajaran dan akan mematuhi syarat perjanjian yang diamanahkan terutama melibatkan pembayaran balik pembiayaan bagi memastikan kesinambungan tabung ini pada masa akan datang.
Inisiatif Yayasan ANGKASA mewujudkan tabung pembiayaan pendidikan ini adalah usaha yang baik dan wajar mendapat pujian kerana kemudahan ini memberi banyak manfaat kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa/ separuh masa/pengajian jarak jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).
Muhammad Tahfiz Muhammad Talha (20 Tahun) College of Computing & Informatics Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Nurul Filzati Husna Muhammad (24 Tahun) Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA membuka peluang kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberikan pencapaian terbaik dalam pelajaran seterusnya menabur khidmat bakti dalam sektor koperasi dan pelbagai sektor lain seperti perkhidmatan kewangan, pentadbiran, keusahawanan dan sebagainya.
Usaha Yayasan ANGKASA menggalakkan lebih banyak koperasi dan badan korporat menyumbang kepada Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA diharap dapat memberi manfaat kepada pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga koperasi dan anak anggota koperasi menerusi saluran yang disediakan seperti potongan gaji, sumbangan melalui cek atau tunai.
Nur Shuhada Tajudin (22 Tahun) Fakulti Pendidikan (Jurusan Sukan dan Rekreasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Wan Najihah Wan Hassan (23 Tahun) Fakulti Kontemporari Islam (Usuluddin) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
ANGKASA 12
FEBRUARI 2023
ANGKASA Sasar RM130 Bilion Nilai Pusaka oleh MAAB
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) bersama Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman serta barisan Lembaga Pengarah MAAB melancarkan gimik perasmian.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berucap merasmikan program.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
ANGKASA menyasarkan sejumlah RM130 bilion anggaran nilai pusaka yang bakal ditadbir daripada sebanyak 324,000 wasiat oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB). Usaha tersebut mampu dicapai melalui kerjasama perniagaan strategik berterusan, perancangan rapi dan pemasaran terancang bersama rakan korporat MAAB. Segala perkembangan dan pencapaian MAAB adalah hasil usaha sama organisasi itu dengan pelbagai institusi dan korporat, koperasi serta rakan niaga. Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023. Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022 diadakan bagi memberi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang terdiri daripada sektor perbankan, sektor koperasi serta syarikat milik kerajaan (GLC) seperti rakan niaga premium, rakan niaga strategik dan vendor. “Saya berharap dengan adanya anugerah penghargaan kepada rakan korporat ini dapat menaikkan lagi semangat semua pihak untuk meningkatkan jualan pada masa akan datang selain dapat mengeratkan silaturahim sesama kita,” ujar beliau. Tambah beliau, MAAB berjaya mencapai sasaran 2022 lebih awal iaitu pada bulan Jun tahun tersebut apabila mencatat jumlah pendapatan kasar keseluruhannya sebanyak RM10.47 juta.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan ucapan.
Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2022 'Kategori Koperasi' - Koperasi Veteran India Angkatan Tentera Johor Berhad.
Jumlah tersebut menjadikan keuntungan akhir tahun 2022 meningkat sebanyak 95% berbanding tahun 2021. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap MAAB dapat menjadi penyedia utama untuk perancangan dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia seterusnya dapat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku, yang gagal ditangani oleh urusan pentadbiran harta pusaka. MAAB yang ditubuhkan pada 22 Januari 2014 merupakan syarikat milik penuh ANGKASA dan anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn Bhd yang berkembang maju dalam industri perancangan dan pentadbiran harta pusaka sejak 10 tahun lalu. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Pegawai (Perbankan Runcit) Bank Rakyat, Haji Zulkarnain Taman, Timbalan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Puan Hamidah Mohd Jos, Barisan Pengerusi ANGKASA Negeri dan Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darul Nizam Mat Darus.
Encik Muhammad Amirul Fadlie Omar memenangi hadiah Pakej Umrah.
Tempat kedua Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2022 'Kategori Rakan Strategik MyANGKASA Amanah Berhad' - Bank Simpanan Nasional.
Anugerah Rujukan Pusaka Tertinggi 2022 ' Kategori Rakan Strategik MyANGKASA Amanah Berhad' - AgroBank.
Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022.
ANGKASA 13
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
FEBRUARI 2023
Kerjasama Ekonomi dan Pendidikan Bantu Perkukuh Hubungan Dua Hala DEKOPIN-ANGKASA
Oleh ILAVARASAN A/L TAMILCHELVAN
Usaha memperkukuh sistem pendidikan khu– susnya dalam bidang pengurusan koperasi di Indonesia menjadi antara agenda penting yang mahu ditekankan oleh Dewan Koperasi Indonesia Wilayah (DEKOPINWIL) Jakarta. Selain itu, model koperasi sekolah di Malaysia juga menjadi antara pakej yang boleh dicadang dan dikembangkan di Indonesia melalui kerjasama ANGKASA. Demikian dinyatakan oleh Ketua DEKOPINWIL Jakarta, Dr. Syahnan Phalipi sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke ANGKASA pada 11 Januari 2022 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Delegasi sera-
mai lima orang itu telah disambut oleh Anggota Lembaga ANGKASA merang- kap Pengerusi Jawa- tankuasa mengenai Koperasi Institusi Pen- didikan Ikatan Kopera- si Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICEI), Dr. Mohd Azlan Yahya. Dr. Syahnan turut menyuarakan hasrat untuk menempatkan wakil DEKOPIN di Malaysia bagi mendapatkan ilmu
Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada wakil DEKOPINWIL.
dan latihan yang bersesuaian untuk anggota koperasi seperti yang ditawarkan melalui Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Beliau dalam ucapannya turut meluahkan rasa kagum terhadap kejayaan ANGKASA meningkatkan kualiti produk keluaran koperasi seperti 'Kopi Ibu' yang dilihat mampu mencapai standard antarabangsa. Katanya lagi, DEKOPINWIL berminat untuk mengadakan kerjasama dua hala dalam pemasaran produk 'Kopi Ibu' ke Indonesia menerusi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Ganesha Jakarta.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohammad Ali Hasan, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hasim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad.
Kopi Ibu keluaran Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad
Koperasi Mampu Menjadi Platform Bantu Kebajikan dan Sosioekonomi Masyarakat Kemboja di Perantauan
Selain itu, Encik Mon juga turut menekankan kepentingan untuk mematuhi peraturan dan undang- undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia terhadap pekerja dan pelajar warga Kemboja yang berada di Malaysia bagi menjamin keharmonian masyarakat. Beliau juga menyatakan dalam ucapannya bahawa Kedutaan Kemboja di Malaysia juga boleh membantu memudahkan lagi urusan mereka termasuk membantu dalam pelbagai aspek. Kenyataan beliau turut dipersetujui oleh Datuk Haji Mohammad Ali Hasan yang menyatakan bahawa koperasi adalah satu pendekatan yang sangat baik dan sesuai dalam usaha untuk menjaga kebajikan sesama anggota. Katanya, aktiviti koperasi sememangnya berteraskan kepada aktiviti sosial yang secara tidak langsung boleh menjamin dan meningkatkan taraf hidup rakyat Kemboja itu sendiri. Delegasi turut dibawa melawat Kedai Runcit BA100, CoopFarmasi dan Pusat Pemasaran Produk ANGKASA.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman (berdiri depan, tiga dari kiri) bergambar bersama delegasi rakyat Kemboja.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada wakil Kemboja.
Oleh ILAVARASAN A/L TAMILCHELVAN
merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut sama menyambut kehadiran pelawat tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabagsa, Dr. Noraini Mohamad. Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan peluang dan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua belah pihak bagi menjamin kesejahteraan sosioekonomi masyarakat Kemboja yang berada di Malaysia.
Matlamat untuk menjaga kebajikan masyarakat Kemboja yang bekerja dan belajar di Malaysia menerusi penubuhan koperasi menjadi perkara utama yang dibincangkan dalam sesi pertemuan Setiausaha Negara Kerajaan Kemboja dan wakil kedutaannya dengan ANGKASA pada 14 Januari 2023. Kehadiran Setiausaha Negara Kemboja, Encik Mon Kriya dan tiga wakil kedutaan Kemboja ke Malaysia iaitu Cik Som Sivann, Encik Ke Veasna dan Encik Pen Narong bersama 30 rakyat Kemboja yang merupakan pelajar dan pekerja di Malaysia telah disambut oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA
RENCANA 14
FEBRUARI 2023
Mengintegrasikan Penglibatan Belia dalam Koperasi
Peserta-peserta bergambar selepas selesai Majlis Penutup Global Youth Forum (GYF)– Cooperative Entrepreneurship 2020 (Arkib Foto PELANCAR) .
Oleh SAFINAH SAUPI
mengambil bahagian secara aktif. Di India daripada peringkat awal lagi, koperasi di institusi pendidikan tinggi antara koperasi pengguna yang paling berjaya. Hari ini, keadaan berubah sama sekali. Gerakan koperasi lebih dikenali sebagai gerakan orang tua. Jika dilihat kepada komposisi belia dunia, Rantau Asia Pasifik menempatkan sebahagian besar belia di dunia, tetapi penyertaan belia dalam koperasi tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Rantau Asia Pasifik merupakan satu daripada empat wilayah serantau yang diwujudkan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang mana Malaysia dan rakan-rakan lain negara ASEAN sebahagian daripadanya. Rantau ini, menempatkan lebih separuh daripada golongan muda dunia berumur antara 15 hingga 24 tahun. Asia Selatan khususnya, menyumbang bahagian terbesar populasi belia di dunia dengan parameter lebih luas mentakrifkan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Walau bagaimanapun, taburan populasi belia di rantau ini adalah sangat tidak sekata. Di Asia Timur populasi belia dikatakan sekitar 17 peratus, manakala sekitar 18 peratus di Asia Tenggara dan Pasifik. Rantau Asia Selatan menempatkan kumpulan belia terbesar di dunia iaitu kira-kira 26 peratus daripada populasi belia dunia.
Secara belia di Rantau Asia Pasifik menikmati pelbagai faedah disebabkan keseluruhannya pertumbuhan ekonomi yang pantas dan berkembang pesat. Walau bagaimanapun, secara perbandingan dengan negara maju, majoriti belia di negara Asia masih menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran tersebut dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan kesihatan. Dalam pendidikan, halangan untuk akses kepada pendidikan masih kekal berterusan disebabkan oleh jurang perbezaan bandar dan luar bandar, peningkatan ketidaksamaan sosioekonomi dan penyisihan berterusan kanak-kanak kurang upaya yang menyumbang sebilangan besar belia tidak bersekolah. Sistem pendidikan dan latihan yang tidak sepadan dengan keperluan industri juga menyebabkan pengangguran belia. Di Indonesia dan Filipina, sebagai contoh, kira-kira 25 peratus belia tidak mendapat pendidikan, pekerjaan atau latihan. Daripada segi pembangunan ekonomi rantau Asia Pasifik berada di barisan hadapan. Namun begitu, di peringkat global terdapat krisis pekerjaan belia, belia tiga kali lebih besar menganggur berbanding orang dewasa. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan lebih 73.6 juta belia sedang mencari pekerjaan.
Kesihatan lagi bidang penting turut menimbulkan beberapa cabaran kepada golongan belia. Limpahan pertumbuhan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyebabkan akses kepada kesihatan meningkat. Walau bagaimanapun, isu kekurangan adalah satu zat makanan, akses wanita kepada kesihatan, kematian bayi, perkahwinan awal dan masalah kesihatan wanita, peningkatan kadar jangkitan HIV dalam kalangan belia, peningkatan kos perkhidmatan perubatan terus memberi kesan kepada belia di rantau ini. Di Asia Selatan lebih meruncing dengan kemudahan kesihatan secara amnya di bawah paras kualiti diperlukan. Kemalangan, ketagihan dadah dan alkohol, masalah kesihatan mental adalah beberapa isu lain yang meningkatkan risiko kesihatan belia di rantau ini. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, koperasi adalah platform ideal untuk belia. Terdapat banyak bukti dan hujah menunjukkan koperasi boleh menangani pelbagai keperluan belia dengan berkesan. Sebagai organisasi berasaskan prinsip, koperasi berteraskan komitmen sosial dan memenuhi keperluan anggota adalah suatu kemestian. Pengangguran merupakan cabaran paling kritikal yang dihadapi oleh belia, koperasi boleh menjadi sumber penting
Golongan muda merupakan aset penting bagi koperasi bukan sahaja untuk pembaharuan generasi keanggotaan dan pemimpin masa depan, tetapi kerana mereka mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk inovasi dan keusahawanan. Mereka lebih cenderung untuk bekerja dengan teknologi baharu dan pada umumnya mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi berbanding anggota koperasi yang telah berusia. Sebenarnya, belia telah menunjukkan semangat yang tinggi dan mengambil bahagian aktif dalam gerakan koperasi pada peringkat awal. Kemunculan koperasi di Eropah mempunyai banyak kaitan dengan penyertaan belia sebagai anggota dan kesediaan mereka untuk bekerja di koperasi. Di Rantau Asia juga, terdapat bukti menunjukkan bahawa sebahagian besar belia berminat dan aktif dalam koperasi. Ini ditunjukkan di beberapa negara membangun, golongan muda (di bawah 30 tahun) adalah sebahagian daripada golongan yang paling aktif dan terlibat dalam gerakan koperasi. Contohnya di Jepun, gerakan koperasi pengguna dibangunkan di persekitaran universiti yang mana pelajar muda
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease