ANGKASA 10
FEBRUARI 2023
100 Koperasi Terbaik Malaysia Disaran Sumbang Dana kepada Yayasan ANGKASA
Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar dan tetamu lain bergambar bersama pelajar Pembiayaan Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar dan tetamu lain bergambar bersama pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA dan penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Saranan 100 Koperasi Terbaik Malaysia menyumbang dana kepada Yayasan ANGKASA adalah sebagai usaha menyokong pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga koperasi di negara ini. Sumbangan dana menerusi penyertaan koperasi sangat penting bagi memacu pertumbuhan dan kesinambungan tabung tersebut ke arah memartabatkan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan warga koperasi. Demikian disuarakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rusli Jaafar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama & Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023 bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 14 Januari 2023. Katanya, SKM sendiri menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang kukuh dan teratur mengikut nilai-nilai dan prinsip koperasi bagi menyumbang dan meningkatkan pencapaian dan pembangunan sosioekonomi negara. Justeru, beliau mengharapkan agar Yayasan ANGKASA dapat menjalankan peranan dan fungsinya secara lebih berkesan bagi meneruskan usaha membantu lebih ramai warga koperasi dan anak warga koperasi mendapatkan kemudahan pembiayaan pendidikan di pusat pengajian tinggi dalam negara. Encik Rusli juga turut memuji usaha Yayasan ANGKASA terhadap pencapaian dan fungsi yang telah dilaksanakan sepanjang dua dekad penubuhannya dalam memartabatkan pendidikan warga koperasi dan anak-anak warga koperasi. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang berucap mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 18 pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang. Katanya, penglibatan pelajar dalam koperasi siswa juga perlu dipertingkatkan bagi mengembangkan kreativiti keusahawanan dalam perniagaan koperasi.
Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Rusli Jaafar merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama & Lulus Cemerlang) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Diharapkan melalui pengalaman yang diperoleh dan minat yang disemai di peringkat pengajian tinggi boleh mendorong mereka menjadi koperator yang aktif dan inovatif apabila tamat pengajian. Menurut beliau, Yayasan ANGKASA yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) bermatlamat membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ke arah menyumbang kepada kelestarian gerakan koperasi dan masyarakat. Seramai 194 orang pelajar menerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2022/2023, melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM2,556,300.00 termasuk 13 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Kategori Sepenuh Masa dan lima orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Lulus Cemerlang) Kategori Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Majlis yang dihadiri kira-kira 400 orang termasuk pelajar, ibu bapa/ penjaga dan penyumbang utama Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Koperasi, Badan Korporat dan individu itu turut menyaksikan Sesi Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang
Bacaan ikrar oleh wakil pelajar.
Sebahagian 400 tetamu terdiri daripada pelajar, ibu bapa/penjaga 400 tetamu terdiri daripada pelajar, ibu bapa/penjaga dan penyumbang utama Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease