ANGKASA 12
FEBRUARI 2023
ANGKASA Sasar RM130 Bilion Nilai Pusaka oleh MAAB
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah) bersama Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman serta barisan Lembaga Pengarah MAAB melancarkan gimik perasmian.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berucap merasmikan program.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
ANGKASA menyasarkan sejumlah RM130 bilion anggaran nilai pusaka yang bakal ditadbir daripada sebanyak 324,000 wasiat oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB). Usaha tersebut mampu dicapai melalui kerjasama perniagaan strategik berterusan, perancangan rapi dan pemasaran terancang bersama rakan korporat MAAB. Segala perkembangan dan pencapaian MAAB adalah hasil usaha sama organisasi itu dengan pelbagai institusi dan korporat, koperasi serta rakan niaga. Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023. Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022 diadakan bagi memberi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang terdiri daripada sektor perbankan, sektor koperasi serta syarikat milik kerajaan (GLC) seperti rakan niaga premium, rakan niaga strategik dan vendor. “Saya berharap dengan adanya anugerah penghargaan kepada rakan korporat ini dapat menaikkan lagi semangat semua pihak untuk meningkatkan jualan pada masa akan datang selain dapat mengeratkan silaturahim sesama kita,” ujar beliau. Tambah beliau, MAAB berjaya mencapai sasaran 2022 lebih awal iaitu pada bulan Jun tahun tersebut apabila mencatat jumlah pendapatan kasar keseluruhannya sebanyak RM10.47 juta.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan ucapan.
Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2022 'Kategori Koperasi' - Koperasi Veteran India Angkatan Tentera Johor Berhad.
Jumlah tersebut menjadikan keuntungan akhir tahun 2022 meningkat sebanyak 95% berbanding tahun 2021. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap MAAB dapat menjadi penyedia utama untuk perancangan dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia seterusnya dapat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku, yang gagal ditangani oleh urusan pentadbiran harta pusaka. MAAB yang ditubuhkan pada 22 Januari 2014 merupakan syarikat milik penuh ANGKASA dan anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn Bhd yang berkembang maju dalam industri perancangan dan pentadbiran harta pusaka sejak 10 tahun lalu. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Pegawai (Perbankan Runcit) Bank Rakyat, Haji Zulkarnain Taman, Timbalan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Puan Hamidah Mohd Jos, Barisan Pengerusi ANGKASA Negeri dan Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darul Nizam Mat Darus.
Encik Muhammad Amirul Fadlie Omar memenangi hadiah Pakej Umrah.
Tempat kedua Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2022 'Kategori Rakan Strategik MyANGKASA Amanah Berhad' - Bank Simpanan Nasional.
Anugerah Rujukan Pusaka Tertinggi 2022 ' Kategori Rakan Strategik MyANGKASA Amanah Berhad' - AgroBank.
Malam Apresiasi Rakan Korporat MAAB 2022.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease