WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2023

RENCANA 15

FEBRUARI 2023

untuk belia mendapat pekerjaan. Dianggarkan bahawa koperasi di seluruh dunia menyediakan pekerjaan kepada 280 juta penduduk dunia. Koperasi juga boleh menjadi bidang keusahawanan penting untuk golongan muda menjalankan perniagaan secara kerjasama dengan berkongsi modal, idea, pemilikan, penggunaan dan risiko. Koperasi pilihan ideal untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berpatutan bagi penjagaan kesihatan. Dalam kes Bangladesh, koperasi menyediakan perkhidmatan pengurusan risiko bagi mengurangkan kebergantungan anggota dalam pembiayaan penjagaan kesihatan. Terdapat juga, kajian dijalankan menunjukkan keupayaan koperasi membantu belia mengakses keperluan kesihatan dan menyediakan ruang untuk belia berkhidmat kepada orang ramai. Koperasi dilihat dan terbukti menyokong pendidikan dalam pelbagai cara tanpa diskriminasi. Koperasi di institusi pendidikan tinggi berkhidmat untuk komuniti kampus adalah perkara biasa di wilayah Asia Pasifik. Koperasi universiti di Jepun, satu contoh luar biasa yang menyediakan perkhidmatan sokongan pembelajaran dan kerja sambilan kepada mahasiswa yang juga belia negara itu. Terdapat contoh institusi pendidikan koperasi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada belia dengan tumpuan kepada akses, ekuiti dan kualiti. Ini membuktikan koperasi boleh memperkasakan belia dalam pelbagai cara. Koperasi tidak hanya

menyediakan peluang penyertaan tetapi juga meningkatkan belia dengan kemahiran kepimpinan, kewangan, pengurusan perniagaan, dan memenuhi pelbagai keperluan terutama teknologi dan inovasi. Belia memerlukan koperasi untuk penyelesaian masalah mereka dan gerakan koperasi memerlukan belia untuk berkembang maju dalam dekad yang akan datang. Belia yang mengambil bahagian secara aktif dalam koperasi membantu mereka mengembangkan kualiti kebersamaan, kolektivisme dan menyumbang untuk satu sama lain. Koperasi menyediakan belia pilihan unik untuk menangani isu mereka melalui bantuan kendiri. Pada masa yang sama, gerakan koperasi mempunyai banyak manfaat jika belia mengambil bahagian secara besar-besaran dalam koperasi. Pergerakan sosioekonomi koperasi dapat diperkukuh dan koperasi lebih bertahan lama dengan penglibatan orang muda. Koperasi mendapat idea baharu, sumber manusia yang memahami dan dapat mengendalikan teknologi moden serta pemimpin masa hadapan serta memperkayakan gerakan koperasi untuk berada di tahap yang lebih baik. Pelan Strategik ICA mem– bayangkan bahawa koperasi menjadi entiti ekonomi paling pesat berkembang dalam dekad akan datang. Ia menekankan kepada identiti koperasi dan pelbagai cara untuk membawa koperasi ke hadapan dalam institusi ekonomi global. Hasrat ini hanya dapat direalisasikan dengan penglibatan golongan

muda yang menunjukkan minat dan mengambil bahagian dalam koperasi sebagai anggota dan pekerja. Dalam pengertian ini, belia sumber penting membantu kelestarian gerakan koperasi. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melihat belia sebagai sumber utama untuk mengekalkan kelestarian koperasi pertanian. Anggota dan pemimpin muda telah memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan kebanyakan koperasi wanita di India. Dalam masa yang sama, isu belia perlu ditangani dengan cekap dan bersungguh-sungguh dan ini tidak berlaku melalui institusi arus perdana. Belia ialah zaman peralihan daripada pergantungan kepada ibu bapa/keluarga kepada hidup berdikari dan autonomi. Salah satu peralihan utama yang perlu dilalui oleh golongan belia ialah perjalanan daripada pendidikan dan latihan ke pasaran buruh. Adalah penting koperasi membuat intervensi yang berkesan pada peringkat ini agar dapat meyakinkan belia. Satu kepentingan juga untuk koperasi mengetahui apa yang dicari oleh generasi belia sekarang. Satu tinjauan dijalankan menunjukkan 84 peratus belia mengatakan mereka mahu menjadikan dunia ini lebih baik dan menganggap mereka tanggungjawab untuk berbuat demikian. Golongan muda hari ini, mengharapkan gaya pengurusan dan budaya korporat berbeza. Laporan itu juga menyatakan bahawa belia hari ini, inginkan kemajuan pesat, kerjaya yang pelbagai dan menarik serta maklum balas berterusan, kerja yang berbaloi dan usaha diiktiraf. Koperasi sebuah organisasi bersifat

demokratik, didorong oleh agenda sosial dan bersikap telus boleh memberikan ruang yang lebih besar untuk belia melibatkan diri dan memenuhi keperluan mereka. Malah, koperasi mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan keperluan golongan belia. Bentuk perusahaan koperasi menyediakan orang muda satu cara untuk mencipta pekerjaan mereka sendiri, peluang pekerjaan dengan perusahaan berasaskan nilai dan mengambil bahagian sebagai pemilik koperasi di mana suara mereka didengari. Berdasarkan senario semasa di rantau Asia, pada masa ini, belia secara amnya tidak tertarik kepada koperasi sama ada daripada segi pekerjaan mahupun menjadi anggota yang aktif. Walaupun terdapat sebilangan besar belia dalam koperasi secara amnya, tidak ada bukti menunjukkan golongan belia memilih untuk menjadi anggota koperasi. Ketidakpedulian belia terhadap koperasi merupakan satu kerugian kepada belia dan juga gerakan koperasi. Usaha keras perlu dilakukan untuk mengasimilasikan belia dalam sektor koperasi. Perlu ada strategi khusus untuk mewujudkan kesedaran dan meyakinkan belia dengan gerakan koperasi. Usaha juga perlu dilakukan untuk melobi dan berunding dengan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan perundangan yang kondusif bagi memberi peluang kepada belia menyertai koperasi. Apabila kebersamaan itu difahami, belia dan koperasi akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik.

Fokus Pelan Rancangan Jawatankuasa Kerja Belia ICA Bagi Tempoh 2022 – 2026

Mengukuhkan kedudukan belia dalam gerakan koperasi secara amnya dan meningkatkan penglibatan belia dalam rangkaian dan struktur ICA.

MATLAMAT

PENDIDIKAN DAN LATIHAN •

Mengadakan perhimpunan global untuk memperkasa dan melatih belia koperasi (GYF); Melahirkan kepimpinan belia dan menyokong penglibatan di semua peringkat.

KEUSAHAWANAN KOPERASI •

Menjana program Projek Replikasi membolehkan koperasi baharu pimpinan belia dibangunkan dan berjaya; Menjana program latihan dalam talian selaras dengan Toolkit dan Coops4Dev Young People and Cooperatives, a Perfect Match? Laporan perkongsian ilmu koperasi dan belia. Menjana “kumpulan pakar” bagi mengetuai dialog dan mengambil bahagian dalam ICA berkaitan topik pendigitalan dan pembangunan digital; Menjana visi dan pemahaman bagaimana penggunaan teknologi boleh mempengaruhi identiti koperasi dan bagaimana koperasi boleh menggunakan teknologi tanpa kehilangan nilai dan prinsip.

FOKUS

IT DAN TEKNOLOGI •

Sumber: ICA, 2023

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease