WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2023

KOPERASI 16

FEBRUARI 2023

ANGKASA Negeri Disaran Lebih Proaktif Jayakan Aktiviti Ekonomi Koperasi

Oleh MOHAMAD ZAIRUL MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

ANGKASA Negeri disaran supaya mengambil pendekatan secara lebih proaktif bagi menjayakan aktiviti pembangunan ekonomi koperasi dengan menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Saranan ini disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada media sewaktu mengadakan kunjungan bersama Jawatan- kuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Barat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut oleh Menteri Besar Pahang pada 21 Januari 2023 bertempat di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat, Sungai Koyan, Lipis, Pahang. Katanya, usaha tersebut perlu

Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kiri) bersama Anggota JPAN Pahang 3 yang diketuai Pengerusinya, Dato' Syed Ali Syed Mohammad (lima dari kanan).

Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang. Menerusi pertemuan itu juga, beliau berkesempatan memberikan penerangan ringkas berkaitan perkembangan sosioekonomi gerakan koperasi dan peranan ANGKASA kepada Dato' Sri

Haji Wan Rosdy. Wakil ANGKASA yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota JPAN Pahang Barat yang diketuai Pengerusinya, Dato' Syed Ali Syed Mohammad.

digerakkan oleh setiap pihak bagi memastikan fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi terus relevan dan kukuh. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut mengambil peluang daripada kunjungan tersebut untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan Dato'

Masalah Kekurangan Pekerja Ladang Sawit ANGKASA Sedia Bantu Koperasi

Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan MM Maju (MM2H) Sdn. Bhd. pada 10 Januari 2023 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Objektif MoU tersebut adalah untuk membantu menguruskan masalah tenaga kerja dengan membawa masuk pekerja asing untuk bekerja dengan koperasi yang terlibat dalam Sektor Perladangan. MoU tersebut juga secara tidak langsung merupakan langkah proaktif ANGKASA dalam mengatasi masalah yang selama ini sering dihadapi oleh koperasi. Beliau berharap dengan termeterainya MoU itu, cabaran dalam mendapatkan pekerja akan dapat diatasi sekali gus berjaya memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi sektor perladangan koperasi. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengerusi Eksekutif Agensi Pekerjaan MM2H Sdn. Bhd., Dato' Idris Basri; Pengarah Eksekutif MM2H Sdn. Bhd., Encik Alzolmin Mohammad Sharif dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Dari kiri Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Dato' Idris Basri dan Encik Aizolmin Mohammad Sharif pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara ANGKASA dan MM Maju Sdn. Bhd.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

dan sekiranya tidak ditangani dengan segera, boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi koperasi yang terlibat. Menurut beliau, sektor perladangan dan komoditi merupakan antara sektor yang memerlukan sejumlah besar tenaga kerja asing terutamanya di ladang sawit. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian dalam majlis menandatangani Memorandum

ANGKASA sedia bekerjasama bagi membantu koperasi dalam menangani masalah kekurangan tenaga pekerja terutamanya di ladang sawit. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, masalah kekurangan tenaga kerja boleh menjejaskan operasi kerja di ladang

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease