KOPERASI 17
FEBRUARI 2023
Sajak Seluas ANGKASA Terokalah seluas ANGKASA di lapangan ekonomi jadilah insan berbakti berjasa. Jelajahi seluas ANGKASA di pasar persaingan perniagaan bagi meraih keuntungan.
MyANGKASA Holding Sdn Bhd Pelengkap Kecemerlangan ANGKASA
Hadapilah cabaran ANGKASA cekal kekal kukuh berdaya saing ampuh.
Carilah peluang di ruang ANGKASA meraih ilmu dan kemajuan berdaya saing peluang niaga. Seluas peluang terbuka di ANGKASA koperasi kejayaan akan terisi padu bersatu berusaha sentiasa.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA serta Ahli Lembaga Pengarah MHSB bersama replika cek bayaran dividen MHSB sebanyak RM326,347.83 kepada ANGKASA bagi tahun 2022.
Oleh RAHMAT MOHD DID
“Sudah banyak usaha yang digerakkan oleh ANGKASA serta anak syarikat dalam mencari penyelesaian kepada masalah kos sara hidup lebih- lebih lagi pada era pandemik dan pasca pandemik COVID-19. Sebagai contoh Projek Barang Asas 100 (BA100), Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifers Park, pembekalan barangan kesihatan berpusat dan lain-lain,” katanya. Dalam majlis yang sama, MHSB turut menyampaikan plak penghargaan kepada
ANGKASA
bertanggungjawab
merangsang
Muhammad Fawwaz Mohd Fitri Yayasan ANGKASA Pemenang Sayembara Sajak 50 Tahun GAPENA
kecemerlangan dengan mempelopori dan memperkasakan jaringan serta rantaian nilai perniagaan koperasi melalui sektor peneraju. “Kolaborasi ini penting agar matlamat gerakan koperasi penguasaan rantaian nilai perniagaan secara tuntas oleh koperasi dapat dicapai. Oleh yang demikian, keberadaan MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) dan semua anak syarikat ANGKASA merupakan teras dalam melengkapi ekosistem ini.” Demikian petikan ucapan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MHSB, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu merasmikan Majlis Makan Malam Penghargaan Syarikat Bersekutu, Anak Syarikat dan Rakan Niaga MyANGKASA Holdings Sdn Bhd di Hotel Summit, Petaling Jaya yang berlangsung pada 29 Januari 2023. Menurutnya, usaha penubuhan anak syarikat oleh ANGKASA pada tahun 2012 bertujuan membantu ANGKASA dan gerakan koperasi menceburi bidang perniagaan baharu yang boleh meningkatkan pendapatan dan memberikan manfaat menyeluruh kepada masyarakat khususnya koperasi dan anggotannya. “Pelbagai transformasi telah dijalankan oleh ANGKASA bersama gerakan koperasi melalui keterlibatan dalam pelbagai sektor yang dahulunya amat jarang kita dengar diceburi oleh koperasi. Ini kerana kita mengambil pendekatan untuk sentiasa beradaptasi dengan situasi ekonomi semasa bagi memastikan gerakan koperasi kekal relevan merentasi zaman.
koperasi ' Top Achiever ' Tawarruq, plak peng– hargaan kepada syarikat bersekutu dan penyerahan cek bayaran dividen MHSB sebanyak RM326,347.83 kepada ANGKASA bagi tahun 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Lembaga Pengarah MHSB, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Datuk Haji Mohamad
Peserta terlibat dalam Bengkel Retreat Hala Tuju Perniagaan Syarikat Bersekutu dan Anak Syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. di Hotel Summit, Petaling jaya pada 27-29 Januari 2023.
Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Anggota Lembaga Pengarah MHSB terdiri daripada Haji Nasir Khan Yahaya, Encik Mohd
Zaid Abdul Jalil, Encik S. Ahlaimuniandy, Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Pengarah Eksekutif MHSB, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease