WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2023

KOPERASI 18 ANGKASA

FEBRUARI 2023

Pelihara Kelestarian Alam untuk Generasi Akan Datang Bengkel Training of Trainers (ToT) Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu lain bergambar bersama peserta bengkel.

Oleh WAN ADLINA WAN ABD. AZIZ

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030). Katanya, inisiatif tersebut wajar mendapat pujian kerana program sebegitu adalah langkah pertama ke arah usaha membantu memerangi perubahan iklim serta mengekalkan keseimbangan biodiversiti di samping meningkatkan kualiti khazanah alam semula jadi untuk generasi akan datang. Bengkel anjuran ANGKASA dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim UKM dan Yayasan Hijau Malaysia itu adalah bermatlamat menyokong Agenda Penghijauan Malaysia yang bertujuan menggalakkan dan meningkatkan penglibatan koperasi menerusi komitmen menanam sejuta pokok dalam tempoh dua tahun bermula 2022 sehingga 2023. Pelaksanaan program adalah bagi mendidik warga koperasi terhadap kesedaran mengenai peranan dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi mengurangkan kesan perubahan iklim. Seramai 144 peserta terdiri daripada pelajar dan guru dari 39 buah koperasi sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor menyertai bengkel tersebut. Antara pendedahan yang dikongsikan adalah merangkumi maklumat berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok menerusi modul pendidikan dan pembelajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’. Menerusi bengkel itu juga, peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan yang diketuai oleh fasilitator masing-masing dalam kalangan warga kerja ANGKASA serta tenaga pengajar dan pelajar UKM. Mereka didedahkan dengan tiga aktiviti utama iaitu mencari anak pokok liar, penanaman pokok dan pemantauan. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan sijil kepada koperasi sekolah dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Hari Denai Alam. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Felo Bersekutu Institut Perubahan Iklim, Ketua Bidang Tujahan Mitigasi Perubahan Iklim UKM, Prof. Dr. Mohd Nizam Mohd Said, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud dan Ketua Penolong Pengarah (Keusahawanan) Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Encik Muhamad Hafiz Ahmad Nasir. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohhsain.

Bengkel Training of Trainers (ToT) Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Peringkat Koperasi Sekolah yang berlangsung di Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 18 Januari 2023 lalu berjaya menyuburkan kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar dalam kalangan koperator muda. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha murni ANGKASA menerusi penggalakan penanaman pokok diharap dapat melengkapi keperluan sosioekonomi masyarakat termasuk keprihatinan terhadap alam sekitar. Katanya, ANGKASA yang menaungi lebih 14,000 buah koperasi dengan 7.04 juta keanggotaan di seluruh negara akan terus menerapkan pendidikan sepanjang hayat kepada anggotanya termasuk kepentingan terhadap ilmu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam mendepani cabaran perubahan iklim. "Sejak program ini dilancarkan pada 17 Julai 2022 di Taman Botani Negara Shah Alam, sebanyak 26 program telah dilaksanakan seluruh negara sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia dengan kejayaan penanaman 4,733 batang pokok pelbagai spesis di seluruh negara. "Tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

alam sekitar ini wajar digalas oleh semua pihak bagi memastikan kelestarian alam sentiasa terpelihara," katanya. Sementara itu, Pro Naib Canselor, Strategi dan Pembangunan Korporat, UKM, Prof. Dr. Roslee Rajikan dalam ucapannya berkata, UKM menyokong usaha dan penglibatan ANGKASA sebagai badan apeks koperasi dalam menjayakan agenda pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar seiring dengan agenda

Fasilitator menunjukkan kaedah penanaman pokok kepada peserta.

Peserta diberi pendedahan mengenai ilmu pengukuran tumbesaran pokok.

Pelajar dan guru bekerjasama melakukan aktiviti pemantauan anak pokok.

Pelajar mencari anak pokok liar di sekitar Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease