WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI 2023

9

Reaksi Peserta Majlis Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) & Ikon Koperator Muda Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Majlis Anugerah Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah dan Ikon Koperator Muda ini sejak menyertai koperasi. Saya berasa sungguh teruja dengan kemeriahan program tersebut. Di koperasi, saya bertanggungjawab dengan pengeluaran produk dari aloe vera dan berpendapat sosial media memainkan peranan penting dalam mempromosi produk yang dihasilkan. Selepas bertukar-tukar fikiran dengan kenalan baru,saya berpendapat bahawa pnyelidikan harus dilakukan untuk mengenalpasti produk yang dikeluarkan menepati cita rasa pengguna dan produk berpeluang dipasarkan secara meluas. Tenaga dan idea penting untuk pengeluaran produk yang lebih banyak dan menarik.

Majlis Anugerah Sambutan HKS, PKS dan Ikon Koperator Muda kali ini membuka mata saya untuk menjadi seorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang lebih bertanggungjawab dan amanah ketika bekerja. Saya juga berasa seronok dengan pertandingan kuiz, cabutan bertuah, hadiah misteri yang penuh dengan kejutan serta persembahan menarik. Kini, saya lebih berinspirasi untuk menjadi ALK yang cemerlang supaya berpeluang terpilih menerima Anugerah Ikon Koperator Muda. Berpengalaman selama tiga tahun sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK), saya berharap agar Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad akan menjadi koperasi terbaik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pengalaman berada di majlis itu, memberi idea bahawa kedai koperasi patut diluaskan dengan produk yang pelbagai kerana ia membantu ke arah meningkatkan jualan dan perolehan koperasi. Walaupun koperasi saya menjalankan sebanyak 20 buah kegiatan perniagaan, namun saya tetap ingin mencadangkan agar tanaman cili dapat dilaksanakan secara hidroponik memandangkan tanah kawasan sekolahnya adalah berpasir.

Muhammad Zulhelmi Mohd Nazam Anggota Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad, Johor

Wan Muhammad Asyraf Wan Ahmad Anggota Lembaga Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad

Muhammad Adib Norami Anggota Lembaga Koperasi MRSM Arau Berhad, Perlis

Saya berasa bangga kerana dapat menghadiri Majlis Anugerah tahun ini, selain teruja dengan gerai yang mempamerkan pelbagai produk yang menarik. Pertama kali menghadiri majlis itu, saya menerima banyak pendedahan mengenai bidang koperasi. Segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam koperasi, terutama dalam meningkatkan jualan dan tempahan yang diterima.

Pengalaman pada Majlis Anugerah ini akan manfaatkan sebaik mungkin dalam menjalankan kegiatan koperasi sekolah saya. Saya berazam untuk menambah baik hasil kraf tangan seperti rantai kunci dan makanan ringan di kedai koperasi. Saya juga mendapat idea untuk mencadangkan agar kedai Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad Selangor, menambah jualan minuman seperti kopi yang semakin diminati, selain menambah kegiatan koperasi dengan menanam lebih banyak pokok, antaranya pokok rambutan di sekitar kawasan sekolah. Selepas menghadiri Majlis Anugerah tahun ini, saya lebih memahami kehendak para pelanggaan dengan lebih baik, walaupun mereka datang dari pelbagai bangsa, loghat, negeri dan budaya. Saya juga berasa lebih yakin dan mendapati kemahiran komunikasi semakin meningkat sekali gus dapat meningkatkan jualan produk kecantikan yang dipamer. Saya berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat anggota koperasi sekolah. Saya berasa teruja kerana berpeluang bertemu dengan tetamu kenamaan daripada pelbagai agensi berkaitan koperasi, iaitu satu pengalaman yang tidak pernah dijangka. Kemenangan koperasi yang terlibat pada Majlis Anugerah kali ini juga memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan koperasi untuk menempa nama sebagai penerima anugerah pada suatu hari nanti. Semoga saya akan terpilih menerima Anugerah Koperator Muda dan saya berazam untuk melakukan yang terbaik untuk koperasi sekolah saya.

Nurlieyana Hasnan Anggota Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad

Saat berpeluang mengenali koperasi- koperasi yang hebat pada Majlis Anugerah ini memberi saya satu pengalaman baru yang mengujakan. Melihat produk mereka yang unik dan kreatif, membuatkan saya bersemangat untuk menambahbaik produk koperasi sekolah saya yang sedia ada. Suasana memberangsangkan di sekeliling, membuatkan saya berazam untuk membuat yang terbaik dan akan selalu memastikan koperasi sekolah terus maju.

Farzan Affan Mohamad Suharto Anggota Lembaga Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad Selangor

Nabella Abdul Malik Anggota Lembaga Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad

Siti Nur Husna Insyirah Zulkifli Anggota Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad

Program Majlis Anugerah ini berjaya mengeratkan silaturrahim sesama anggota koperasi, menambah kenalan baru, selain dapat meningkatkan keyakinan diri anggota dalam urusan jual beli. Hasil pengamatan pada produk yang dipamerkan saya juga mendapati pembungkusan produk koperasi memainkan peranan penting bagi meningkatkan jualan koperasi. Justeru, pihak koperasi perlu mencari penyelesaian untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk.

Muhammad Zulfadhli Haruddin Anggota Koperasi SMK Simpang Beluru Berhad, Perak

Nur Arisya Adila Azemi Anggota Koperasi SMK Sultan Badlishah Berhad Kulim Kedah

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease