WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

JANUARI 2023 JILID: WP05 /1

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Infrastruktur Perniagaan Harus Seimbang dalam Semua Peringkat

Oleh RAHMAT MOHD DID

Setiap projek pembangunan perniagaan yang mahu dibangunkan perlulah seimbang dalam semua peringkat termasuklah kepada usahawan kecil dan bukan semata-mata hanya memberi tumpuan kepada perniagaan berskala besar. Demikian ditegaskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu hadir merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) di Putrajaya pada 22 Disember 2022. Katanya, infrastruktur yang dilaksanakan di kawasan bandar bukan saja perlu bagi syarikat dan industri besar, malah turut diperlukan oleh usahawan kecil sebagai prasarana yang boleh memacu ekonomi mereka. “Perkara itu harus juga dibantu oleh setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan pentadbirannya benar-benar merakyatkan ekonomi,” katanya. Pada majlis tersebut juga, beliau menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP. Hadir sama ialah Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Menteri KUSKOP, Senator Puan Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan program.

Dato' Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan berbual dengan Presiden ANGKASA, Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan berbual dengan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut sama ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Penjaja kecil di Setiap Daerah ANGKASA Sokong Penuh Pandangan Menteri KUSKOP

ANGKASA mengalu-alukan serta menyokong penuh pandangan yang dibuat oleh Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick yang mahu mengaktifkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Penjaja Kecil di setiap daerah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu kenyataan media berkata, pendekatan tersebut dilihat mampu

merancakkan lagi perkembangan gerakan koperasi selain dapat berperanan secara lebih aktif dalam membangunkan aktiviti ekonomi koperasi di peringkat lapangan. Menurut beliau, sebenarnya banyak cabaran yang dihadapi oleh koperasi memerlukan bantuan serta penglibatan secara langsung daripada agensi yang terlibat. Justeru, dengan adanya majlis tersebut, perkara

itu akan dapat diperhalusi dan seterusnya dibantu oleh jawatankuasa terbabit. Pendekatan secara bersepadu itu juga akan memberi manfaat kepada kepada semua pihak dalam usaha untuk memajukan lagi sektor perniagaan koperasi di samping membantu golongan usahawan kecil termasuk penjaja yang ada dalam kalangan mereka merupakan anggota koperasi.

2

ANGKASA

JANUARI 2023

KUSKOP Perkasakan Teknologi dan Pendigitalan Koperasi

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI MOHD ZAKUAN AZMI

bagi sesebuah organisasi memiliki kecekapan dalam menguruskan tugas dan perkhidmatan, sama ada di peringkat dalaman mahupun luaran. Mengintegrasi aplikasi teknologi sebagai medium perkhidmatan dan perkongsian, membolehkan sesebuah organisasi tersebut berhubung dengan pelanggan, pengurusan dan juga pekerja secara lebih pantas dan efisien”, katanya. Menurut beliau lagi, kesan pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mendorong kepada semua pihak agar mengadaptasi norma baharu dalam semua aspek kehidupan. “Justeru, kita perlu peka dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, lebih produktif dan kompetitif. Gerakan koperasi juga perlulah mengadaptasi digitalisasi dan norma baharu dalam operasi perniagaan dan sistem penyampaian masing-masing untuk kekal kompetitif dan relevan”, ujar beliau.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk meneruskan agenda transformasi koperasi melalui pelaksanaan kepelbagaian dasar dan pelan tindakan yang diperkasakan. Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama rentas kementerian juga akan terus dipergiat bagi memastikan penggunaan sumber dapat dioptimumkan dengan mengambil kira keterlibatan koperasi sebagai entiti perniagaan terutamanya dalam bidang teknologi dan pendigitalan. Katanya, inisiatif memperkasakan bidang teknologi dilihat selari dengan hala tuju Pelan Pendigitalan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi usaha merapatkan lagi jurang digital dalam kalangan koperasi di seluruh negara. “Seiring dengan perkembangan ekonomi yang mencabar dan kemajuan pelbagai industri, amatlah penting

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick.

Datuk Ewon berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Pelancaran Aplikasi Taptaplah yang dibangunkan oleh Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad di Kuala Lumpur pada 22 Disember 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Pengerusi Eksekutif SKM (Dasar dan Pembangunan) iaitu Datuk Umar Sarim Haji Saidin, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Taptaplah merupakan sebuah aplikasi digital yang akan membantu koperasi menceburi dunia digital dan meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi. Antara perkhidmatan yang disediakan melalui platform tersebut adalah seperti pendaftaran keanggotaan, e-dompet , pembiayaan peribadi, pembelian, pendanaan, artikel dan berita, insuran, bayaran bil, e-tiket dan vendor.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang bersama Datuk Ewon Benedick. Turut sama ialah Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kanan).

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur

Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi

Muat Turun Aplikasi

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

3

ANGKASA

JANUARI 2023

Datuk Ewon diberi penerangan ringkas mengenai aplikasi Taptaplah.

Datuk Ewon mencuba perkakas elektrik edaran Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad.

Datuk Ewon bergambar bersama tetamu kenamaan lain. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kiri sekali) dan Dato' Haji Mohd Alias (dua dari kanan).

Dari Meja Presiden

Gerakan koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja merangsang pembangunan usahawan, bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos sara hidup. ANGKASA akan terus bekerjasama dengan kerajaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi merealisasikan agenda negara dengan memberi fokus kepada memperkasakan pembangunan ekonomi gerakan koperasi. Ini bertepatan dengan misi ANGKASA iaitu Komited Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Sosioekonomi Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi dengan Mempelopori dan Memperkasakan Jaringan serta Rantaian Nilai Sektor Ekonomi Koperasi.

Selamat Tahun Baharu 2023. Tahun 2022 menyaksikan sektor koperasi telah melalui pelbagai peristiwa kejayaan, perubahan dan cabaran, lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan era pasca COVID-19. Biarpun begitu, sektor koperasi terus kekal kukuh berkat kerjasama dan sokongan anggota serta semua pihak yang terlibat untuk terus mengorak langkah dalam memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Kesan pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mendorong kita untuk mengadaptasi norma baharu dalam semua aspek kehidupan. Gerakan koperasi juga tidak terkecuali untuk terus kekal kompetitif, lebih produktif dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik.

Saya menyeru seluruh warga koperasi untuk terus bekerja kuat, bersemangat dan komited dalam menjayakan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan khasnya ANGKASA untuk melihat gerakan koperasi negara kekal mencipta kejayaan gemilang di persada nasional dan antarabangsa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4

ANGKASA

JANUARI 2023

Konsep Pertanian Bandar Bantu Tangani Kos Sara Hidup Golongan Asnaf dan B40

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan sumbangan 400 pek barangan asas kepada masyarakat B40 termasuk golongan asnaf di sekitar Bandar Tun Razak melalui Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan sumbangan 400 pek barangan asas kepada masyarakat B40 termasuk golongan asnaf di sekitar Bandar Tun Razak melalui Dato’ Seri Dr. Wan Azizah.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Sesi pertemuan mesra itu juga turut diserikan dengan penyampaian sumbangan 400 pek barangan asas oleh ANGKASA kepada masyarakat B40 termasuk golongan asnaf di sekitar Bandar Tun Razak. Sumbangan bernilai RM20,000 bawah Program Sumbangan CSR CoopCare ANGKASA itu telah disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah

dan diterima oleh Dato' Seri Dr. Wan Azizah. Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain.

Konsep pertanian bandar atau 'urban farming' boleh dijadikan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha untuk membantu masyarakat menangani kos sara hidup di kawasan bandar. Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengurusan pertanian bandar perlu diberi perhatian lebih khusus terutamanya dalam mencari konsep yang sesuai, termasuk menarik minat masyarakat untuk mengusahakannya. Beliau turut mencadangkan ANGKASA mencari model terbaik bagi meningkatkan infrastruktur pertanian bandar tanpa melibatkan kos pengurusan yang tinggi selain mampu dikawal selia oleh anggota isi rumah. Perkara tersebut juga katanya boleh dibincangkan dalam mesyuarat Majlis

Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai salah satu agenda untuk membantu meningkatkantarafsosioekonomimasyarakat. Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan bersama Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Pejabat Parlimen beliau di Bandar Tun Razak pada 12 Disember 2022.

Sesi perbincangan wakil ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Dato’ Seri Dr. Wan Azizah di Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.

5

ANGKASA

JANUARI 2023

Program Kayuhan Amal dan Riadah Promosi Gaya Hidup Sihat Anggota Koperasi

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bergambar bersama peserta program. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (dua dari kanan) dan barisan kepimpinan ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA melalui Pejabat Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (SKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Kayuhan Amal dan Riadah bersempena dengan Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat kepada warga koperasi dan masyarakat umum. Upacara 'Flag Off' telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 18 Disember 2022. Program itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang sempat beramah mesra dengan semua peserta, jemputan kenamaan serta melawat reruai yang mengambil bahagian. Selain menyokong dasar kerajaan bagi mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota koperasi dan masyarakat setempat, Kayuhan Amal dan Riadah juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat mengenai program tersebut di samping merapatkan silaturahim antara ANGKASA dengan koperasi serta anggotanya bagi mempromosikan kerja amal dengan program sumbangan kepada rumah badan amal seperti golongan asnaf, pusat tahfiz dan anak-anak yatim yang memerlukan. Hasil kutipan daripada penyertaan program tersebut telah disalurkan kepada sembilan buah rumah dan badan amal di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program Kayuhan Amal dan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyempurnakan upacara 'Flag Off' Program Kayuhan Amal dan Riadah bersama jemputan kenamaan yang lain.

Riadah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 orang peserta yang terdiri daripada 300 warga koperasi dan keluarga serta agensi dan pertubuhan lain. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, Pengerusi ANGKASA Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah, Pengarah Jabatan Kebudayaan,

Kesenian dan Sukan (DBKL), Encik Khairul Azmir Ahmad, Ketua Penolong Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Nasarudin Manan, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hajah Norhayati Ab Wahab, Pengerusi Bersama KL Free Car Morning (KLCFM), Datuk Dr. Mohd Naim Mohamad dan Pengarah Urusan Woddpecker Leatherland Sdn. Bhd., Encik Daniel Chong.

6

ANGKASA

JANUARI 2023

Hari Denai Alam 2022 Usaha Tanam Pokok Perlu Diteruskan – Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad (lima dari kiri) bergambar bersama dif kehormat pada program Hari Denai Alam 2022 di Denai Alur Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 17 Disember 2022.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

“Masa terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun lalu. Masa terbaik yang seterusnya adalah hari ini. Usaha penanaman pokok perlu sentiasa diteruskan. Kawasan hutan dan kawasan dilitupi pokok-pokok perlu dikekalkan kewujudannya walaupun di tengah-tengah kepesatan arus pembangunan dan urbanisasi.” Demikian saranan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan perasmiannya pada Hari Denai Alam 2022 yang diadakan di Denai Alur Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 17 Disember 2022. Program tersebut dianjurkan bagi mendokong program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang merupakan inisiatif ANGKASA dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, UKM dan Yayasan Hijau Malaysia. Menurut beliau,

Malaysia komited untuk memastikan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi

YB Nik Nazmi menanam pokok doa.

dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM, Prof. Dr. Mohammad Kassim. YB Nik Nazmi juga turut menyatakan hasratnya untuk melihat semua pihak khususnya kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, jabatan atau agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sumber alam semula jadi untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan pelaksanaan pengurusan sumber alam seperti hutan dan sungai dilaksanakan secara lebih berkesan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata,

kawasan hutan. Walau bagaimanapun, status Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun telah menjadikan usaha untuk mengekalkan kawasan berhutan amat mencabar. Katanya, sungai juga merupakan khazanah negara yang harus dipelihara supaya peranan dan fungsinya yang menjadi sumber utama bekalan air minum kepada kehidupan terus berkekalan. Hadir sama dalam program itu ialah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

YB Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menyampaikan ucapan.

7

ANGKASA

JANUARI 2023

YB Nik Nazmi mendengar penerangan mengenai demonstrasi penggunaan dron untuk pemonitoran alam sekitar.

YB Nik Nazmi meninjuan sekitar kawasan Denai Alur Ilmu.

Sukarelawan mengutip dan mengangkat sampah di sekitar Denai Alur Ilmu.

Sukarelawan menanam anak pokok.

sebanyak 20 program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok telah dilaksanakan di seluruh negara sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia dengan hampir 4,000 batang pokok berjaya ditanam. Katanya, sebagai badan puncak gerakan koperasi, adalah menjadi tanggungjawab ANGKASA untuk melaksanakan salah satu prinsip koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ yang melengkapi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Hari Denai Alam 2022 yang bertemakan ‘Melestarikan Alam’ memfokuskan usaha memulihara dan melindungi alam sekitar menerusi beberapa aktiviti seperti penanaman pokok dan gotong royong pembersihan di sekitar kawasan Denai Alur Ilmu serta pengasingan sampah untuk kitar semula. Program tersebut melibatkan seramai 100 orang sukarelawan dari CoopCare ANGKASA, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, Koperasi UNIKEB Berhad, Koperasi Siswa USIM Berhad, Koperasi Keusahawanan Pelajar UIAM Berhad dan komuniti setempat. Hari Denai Alam juga disemarakkan dengan penanaman sebanyak 180 batang pokok landskap dan buah-buahan pelbagai spesis yang ditaja oleh penganjur bersama iaitu ANGKASA, Institut Perubahan Iklim, UKM, Kursi Kelestarian UKM-Yayasan Sime Darby (YSD), Koperasi UNIKEB Berhad, Sahabat Sungai Malaysia (FORM) dan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi FORM, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Pengarah Institut Perubahan Iklim, UKM, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi, Pengerusi Koperasi UNIKEB Berhad, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim, Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Firdaus Husin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Encik Amin Abdullah. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menanam pokok doa.

ANGKASA turut menyumbang kerusi dan meja untuk kegunaan pengunjung di Denai Alur Ilmu.

8

ANGKASA

JANUARI 2023

Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi Bantu Selaras Tadbir Urus Koperasi Bermula 2023

Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi akan dibentang untuk Kelulusan

Sesi pembentangan Draf Pelan Tindakan Digitalisasi koperasi yang disertai Dato' Ali Mansor (kiri sekali), Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman (dua dari kiri), Encik Azizul Alias, (dua dari kanan) dan Prof. Dr. Rosalina Ahmad Saufi.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Dr. Mohd Azlan Yahya.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Draf Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi yang telah siap akan dibentangkan kepada Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick. Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya sewaktu berucap dalam majlis penutupan bengkel tersebut berkata, terdapat beberapa ruang penambahbaikan yang telah dipersetujui bersama dan diyakini akan memberi impak yang lebih baik ini. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemegang taruh termasuk KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang bersungguh-sungguh berusaha menjayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi,” katanya. Bengkel yang berjalan selama dua hari itu membincangkan secara terperinci mengenai Pelan DigiKom yang telah dirangka secara bersama oleh ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak awal tahun 2022. Hadir sama dalam penutupan bengkel tersebut ialah Ketua Konsultan Pembangunan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan IKMa, Encik Zaib Md. Yunus, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman dan Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Puan Noor Azlin Adnan.

digital terlalu drastik, lebih-lebih lagi apabila seluruh dunia menerima tempias pandemik COVID-19 yang telah mengubah hampir keseluruhan aspek kehidupan dan menuntut kita semua beradaptasi dengan keperluan teknologi. Gerakan koperasi juga tidak terkecuali dalam hal ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA, dalam ucapannya berkata, Pelan DigiKom yang digerakkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan UMK telah menganjurkan 10 Sesi Libat Urus bersama pemegang taruh dan koperasi (besar, sederhana, kecil) serta satu kajian mengenai tahap digitalisasi koperasi sebagai asas utama dalam merangka pelan tersebut. Turut berlangsung adalah Sesi Pembentangan Draf Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi oleh Ketua Konsultan Pembangunan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa KUSKOP, Datin Dr. Syahira Hamidon; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman, Barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

“Sebanyak 99.4 peratus atau 14,887 koperasi (perangkaan interim 2022, SKM) di Malaysia adalah koperasi asas yang mempunyai tahap kemampuan yang sangat rendah untuk beralih kepada infrastruktur teknologi. Situasi tersebut memerlukan komitmen dan kerjasama padu daripada semua pihak dalam membawa perubahan dan mentransformasikan gerakan koperasi ke arah digitalisasi. Justeru, Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi telah menggariskan peranan yang perlu dimainkan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam mendigitalisasikan gerakan koperasi bermula tahun 2023 melalui beberapa sesi libat urus yang dijalankan". Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad sewaktu berucap merasmikan Bengkel Akhir Pemurnian dan Penyelarasan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi Bersama Pemegang Taruh yang telah dijalankan selama dua hari di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur pada 6 Disember 2022. Katanya, pelan tersebut dalam proses semakan akhir di peringkat penyelarasan agensi-agensi yang terlibat secara langsung seperti KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA. “Perkembangan teknologi

ANGKASA 9 Koperasi Pemudah Cara Ringankan Kos Sara Hidup JANUARI 2023

YB P. Prabakaran melihat barangan keperluan asas di gerai aktiviti jualan program BA100. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Abdul Razak.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Koperasi mampu berperanan sebagai pemudah cara dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan. Ahli Parlimen Batu, Wilayah komuniti Persekutuan Kuala Lumpur, YB P. Prabakaran a/l Parameswaran dalam ucapannya berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Koperasi Komuniti Gemilang Bandar Baru Sentul adalah satu usaha yang boleh dicontohi selaras peranannya sebagai pemangkin sosioekonomi masyarakat setempat. Katanya, Program Pelancaran dan Karnival Jualan Barangan Asas dan Produk Koperasi anjuran bersama ANGKASA Wilayah Persekutuan

Jualan BA100 mendapat sambutan penduduk Bandar Baru Sentul 1, Kuala Lumpur.

berpendapatan rendah (B40) di negara tercapai, seterusnya membantu kos sara hidup penduduk bandar, terutamanya di Parlimen Batu yang merupakan kawasan parlimen kedua termiskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative

kerajaan meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat. “ANGKASA sedang giat menaik taraf kedai koperasi dalam segmen peruncitan dan pemborongan dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna,” katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Koperasi Komuniti Gemilang Bandar Baru Sentul, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan barisan anggota JPAN Wilayah Persekutuan dan Pengurus Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Puan Norlaili Mohammed Yatin.

Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan koperasi APEKS yang diiktiraf oleh kerajaan, ANGKASA sedar akan tanggungjawabnya memakmurkan ekonomi masyarakat selari dengan hasrat

Kuala Lumpur itu dapat membantu meringankan tekanan kos hidup yang tinggi khususnya di kawasan bandar dengan menawarkan

YB P. Prabakaran a/l Parameswaran.

barangan keperluan harian dengan harga lebih berpatutan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program tersebut pada 24 Disember 2022 bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul 1, Kuala Lumpur. Program selama dua hari bermula daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang itu turut melibatkan aktiviti jualan Barangan Asas 100 (BA 100) dengan harga istimewa dan beberapa aktiviti menarik yang lain. YB P. Prabakaran juga turut menyatakan sokongannya untuk memastikan matlamat Program BA100 yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya anggota koperasi dan golongan isi rumah

YB P. Prabakaran a/l Parameswaran, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Abdul Razak bergambar bersama barisan anggota JPAN Wilayah Persekutuan.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi penutupan program disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Timbalan Ketua Pengarah IKMa, En. Mohd Zaib Md. Yunus.

Program Kepimpinan Kope Pemacu Aspirasi

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Program Kepimpinan Koperasi Tahun 2022 anjuran ANGKASA mampu menjadi pemacu kepada Aspirasi Koperasi Malaysia. Kolaborasi pelaksanaan program tersebut bermatlamat untuk merapatkan hubungan, penyatuan, kerjasama dan membentuk permuafakatan dalam gerak kerja dan tindakan di samping meningkatkan interaksi antara satu sama lain. Usaha itu juga adalah untuk menjadikan gerakan koperasi berupaya menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara yang makmur, inklusif dan mampan selaras dengan Aspirasi Koperasi Malaysia. Seramai 93 peserta melibatkan barisan pengurusan ANGKASA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia

Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksana AURA (Wakil UMK), Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi menyampaikan ceramah kepimpinan.

Timbalan K Haji Zamri Kepimpina

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Program Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Program Team Building Kakitangan ANGKASA Sesi Keempat.

Aktiviti sepanjang Program Kepimpinan Koperasi Tahun 2022 dan Kursus Team Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri

erasi 2022 i Koperasi Malaysia

(IKMa) serta lima koperasi terpilih telah menyertai program Sesi Keenam yang merupakan kemuncak kepada program Team Building kelolaan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA pada 2 hingga 4 Disember 2022. Sebanyak lima sesi program telah berlangsung sebelum itu melibatkan penyertaan seramai 600 warga kerja ANGKASA bermula 26 Ogos 2022. Semua lima siri program yang berlangsung di Pusat Latihan Kepimpinan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan itu dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, manakala perasmian untuk program Sesi Keenam pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh.

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk i Salleh ketika merasmikan Program an Koperasi 2022 Sesi Keenam.

m Building Kakitangan ANGKASA bertempat di Pusat Latihan Kepimpinan i Sembilan.

12

ANGKASA

JANUARI 2023

Tingkat Kesedaran dalam Pengurusan Kewangan Berhemah

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Ketidaktentuan

ekonomi kepada

memberi sumber

kesan

besar

pendapatan

dan

kesejahteraan

masyarakat

Malaysia

sekali

gus

memberi kepada pengurusan kewangan individu dan keluarga. cabaran hebat Justeru, perancangan kewangan rapi mampu membantu individu menjadi lebih cakna dalam urusan kewangan, lebih-lebih lagi pada era pasca COVID-19 yang merangkumi aspek pengurusan risiko kewangan, kemahiran kewangan praktikal serta membina tabung kecemasan. Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia (2021), lebih daripada 70 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak beroperasi dan sebanyak 60 peratus dilaporkan

Dari kiri, Haji Zaharuddin Alias, Datuk Haji Mohamad Ali, Encik Shamsuddin Abdul Kadir, Encik Halim Haji Ibrahim dan Puan Adibah Adnan.

tidak mempunyai pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Webinar Wacana Ilmu ANGKASA bertajuk ‘Pengurusan Kewangan Pasca COVID-19: Bijak Merancang, Hati Tenang’ mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada 22 Disember 2022 menerusi aplikasi Zoom Meeting . Datuk Haji Mohamad Ali berkata, Kajian Kesan Wabak COVID ke Atas Perniagaan Koperasi yang dijalankan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kaji Selidik Usahawan Pasca COVID-19 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mendapati perniagaan koperasi merosot sebanyak 32 peratus akibat penularan wabak COVID-19 sehingga menyebabkan kemerosotan pendapatan sebanyak 33.9 peratus. Situasi tersebut katanya, menyebabkan perolehan gerakan koperasi menurun sebanyak RM3.57 bilion daripada RM41.46 bilion pada tahun 2020 kepada RM37.89 bilion pada tahun 2021. Webinar anjuran Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA tersebut menampilkan Pengasas dan Pengarah Urusan SK Training Academy Sdn. Bhd., Encik Shamsuddin Abdul Kadir atau dikenali sebagai SK, manakala Penolong Naib Presiden Kanan (SAVP) Bahagian Perbankan Komersil Bank Muamalat Malaysia Berhad yang juga Pengerusi KOPUTRA dan Timbalan Pengerusi KOPSYA, Haji Zaharuddin Alias bertindak sebagai moderator program. Menurut SK, perkara paling utama yang harus ditekankan dalam setiap individu ialah disiplin dalam merancang kewangan dengan teliti. Katanya, walaupun kita mempunyai pelbagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin, perancangan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan. Pelbagai tips dikongsikan beliau yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan. Antaranya ialah merangka formula pengurusan kewangan, merekod perbelanjaan, memastikan mempunyai tabungan khas untuk digunakan ketika kecemasan serta bijak dalam membezakan keperluan dan kehendak. Selain itu, beliau juga berkongsi formula strategi pemasaran dalam perniagaan seperti mengamalkan

Encik Shamsuddin Abdul Kadir (kiri) berkongsi ilmu mengenai pengurusan kewangan yang dikendalikan Shamsuddin Abdul Kadir (kiri) berkongsi ilmu mengenai pengurusan kewangan yang dikendalikan moderator, Haji Zaharudin Alias (kanan).

pendekatan 4C iaitu Customer, Cost, Convenience dan Communication tanpa mengabaikan dasar penjimatan. Encik Shamsuddin Abdul Kadir adalah perunding kewangan dan pakar motivasi kerjaya yang memiliki pengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Beliau bergiat aktif dalam menyampaikan ceramah menyelesaikan hutang peribadi, pelaburan hartanah, motivasi kerjaya, pengurusan stres dalam pejabat kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) serta turut menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di seluruh Malaysia. Seramai 228 peserta wakil koperasi termasuk barisan Pengerusi Negeri ANGKASA, Anggota JPAN dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA mengikuti program berkenaan yang bermatlamat memberi pendedahan kepada

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merasmikan Webinar Wacana Ilmu ANGKASA.

anggota koperasi dan orang awam mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak. Turut hadir secara fizikal dalam webinar tersebut ialah Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sebahagian daripada 288 peserta yang mengikuti webinar. daripada 288 peserta yang mengikuti webinar.

13

ANGKASA

JANUARI 2023

Pertanian Pintar Pertingkat Hasil, Kualiti dan Produktiviti Tanaman

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Konsep ‘Pertanian Pintar’ atau Smart Farming mempunyai potensi untuk lebih maju dalam meningkatkan produktiviti di samping mampu mengoptimumkan penggunaan teknologi baharu. Menerusi konsep tersebut, hasil pertanian akan dapat ditingkatkan dalam pengurusan ladang yang merangkumi internet kebendaan (internet of things, IOT) , data raya (big data) , kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) , blok rantai (blockchain) serta dron bagi aktiviti pemetaan, taburan benih, semburan racun dan baja. Demikian antara inti pati ucapan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart Farming yang berlangsung di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 28 Disember 2022. Katanya, konsep pertanian pintar adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 yang memberi

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Menandatangani Memorandum Kerjasama antara KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Bakar (kanan sekali) dengan PPKL yang diwakili Pengurus Pusat Pengumpulan PPKL, Encik Mohd Tarmizi Onn (kiri sekali). Turut sama menyaksikan ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah).

penekanan khusus terhadap pemodenan pertanian sekali gus membantu kerajaan menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan. Menurut beliau,

sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat dengan kadar pertumbuhan 6.8 peratus kepada RM51.3 bilion pada tahun 2021 berbanding RM28.3 bilion pada tahun 2011. “Peningkatan ini boleh menjadi pemacu kepada usaha modenisasi dalam agromakanan, iaitu selari dengan aspirasi nasional menerusi Dasar Revolusi Pertindustrian Ke-4 (4IR),” katanya. ANGKASA juga katanya, akan terus melipatgandakan usaha untuk menarik penyertaan lebih banyak koperasi dan anggotanya sebagai pengeluar makanan dan penyedia perkhidmatan teknologi bagi merancakkan lagi industri agromakanan negara. “Penumpuan turut diberikan kepada peningkatan jaringan dengan agensi berkaitan khususnya melibatkan kepakaran dan pemindahan teknologi serta menyediakan persekitaran kondusif untuk manfaat koperasi. Ini penting bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman,” ujarnya. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Koperasi Nanas Berhad (KONAS) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKL). KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Bakar manakala Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Kursus Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart Farming.

Encik Norhashim Kamisan sedang menunjukkan cara penggunaan mesin IOT. Norhashim Kamisan sedang menunjukkan cara penggunaan mesin IOT.

PPKL pula diwakili Pengurus Pusat Pengumpulan PPKL, Encik Mohd Tarmizi Onn. MoU ini antara lain bertujuan berkongsi ilmu dan kepakaran merangkumi pemindahan tek– nologi kepada koperasi ter– masuk kemudahan kewangan, pendigitalan produk serta pe– nyediaan akses pasaran secara e-dagang . Terdahulu, seramai 100 anggota koperasi mengikuti Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart

Sebahagian daripada peserta program. daripada peserta program.

Sebanyak lima modul dibentangkan dalam kursus berkenaan iaitu ‘Pendigitalan Rekod Ladang’ oleh wakil Kapitani Sdn. Bhd., Encik Mohd Nazrul Hazeri Nazirmuddin, modul ‘Pemasaran PPK Kuala Langat’ oleh Pengurus Pusat Pengumpulan PPKKL, Encik Mohd Tarmizi Onn dan modul ‘Kepentingan Pertanian Pintar IOT dalam Pertanian’, ‘Perincian Sistem Pembajaan dan Pengawalan Serangga Perosak Smart Farming ’ serta ‘Pembangunan Teknologi Sistem Pertanian Pintar IOT’ oleh wakil Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd., Encik Norhashim Kamisan.

Farming anjuran bersama KONAS dan PPKL yang bertujuan memberi pendedahan ilmu mengenai kaedah teknologi terkini dalam pertanian koperasi. Kaedah teknologi pertanian pintar ini merangkumi keberkesanan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada, mengurangkan penggunaan tenaga manusia, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkatkan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas.

RENCANA 14 Pertingkatkan Komunikasi dalam Kepimpinan Koperasi JANUARI 2023

Anggota koperasi mengikuti kursus yang dianjurkan IKMa.

Oleh NOR FADHILAH MOHD Pusat Pembangunan Koperasi Institut Koperasi Malaysia (IKMa) nor.fadhilah@ikma.edu.my

Pada setiap peringkat pemimpin akan berhubung dengan pengikutnya dengan pelbagai tujuan termasuklah menyampai dan memberi arahan, amanat, taklimat, memberi tunjuk ajar dan sebagainya. Arahan dan amanat disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti ucapan dalam perhimpunan, e-mel, surat, hebahan dalam laman web dan sebagainya. Hebahan maklumat seperti ini memerlukan komunikasi yang baik iaitu menjaga tutur kata dan bersopan. Kita perlu menyesuaikan diri dengan orang lain. Bagi melancarkan komunikasi, kita perlu mendapatkan maklumat orang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih berkesan berlaku. Oleh sebab itu, penting dalam berkomunikasi kita mematuhi norma, peraturan dan amalan dalam komunikasi bagi membina hubungan dua hala dengan meramal pemikiran dan perasaan individu yang akan menerima mesej yang disampaikan. Arahan juga perlu diberikan dalam keadaan tenang dan penuh diplomasi. Menurut Hybels & Weaver (2001), orang yang pandai berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan

yang tinggi. Sebaliknya salah faham dalam berkomunikasi akan membawa kepada perselisihan dan pergaduhan. Penggunaan bahasa yang tidak difahami akan menyukarkan komunikasi dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan. koperasi, individu yang terlibat adalah dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengurus Koperasi di mana seharusnya mempunyai sifat empati yang tinggi dan peka kepada perasaan orang yang dipimpin. Mereka perlu memahami situasi dan keadaan pekerja bawah mereka agar setiap arahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami. Di samping itu, usaha mempertingkatkan komunikasi kepimpinan turut memerlukan Komunikasi dalam koperasi Dalam kepimpinan seseorang pemimpin koperasi itu menguasai kemahiran berkomunikasi menerusi penggunaan teknologi maklumat (ICT). Hal ini merupakan cabaran terbesar bagi pemimpin koperasi hari ini. Memandangkan kebanyakan pekerja di koperasi hari ini terdiri daripada Generasi Y yang

membesar dalam era ICT, maka pemimpin koperasi juga seharusnya menguasai kemahiran ini dengan baik. Walaupun pemimpin koperasi majoritinya adalah dalam kalangan orang veteran. Pemimpin koperasi tidak sepatutnya mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap perkembangan ICT. Sebaliknya mereka perlu berani menerokai keluasan dunia ICT seiring dengan kepantasan perkembangan dunia tanpa sempadan hari ini. Pemimpin koperasi yang menolak teknologi komunikasi akan terkebelakang dari segi mendapat maklumat terkini. Penggunaan media sosial seperti WhatsApp, We Chat, Twitter, Facebook, dan Line, antara contoh bentuk komunikasi sekarang. Hampir setiap pekerja mempunyai akaun laman sosial mereka sendiri. Kepelbagaian alat komunikasi seperti telefon pintar, tablet, komputer, faks dan lain-lain kemudahan komunikasi turut membantu dalam menjalankan urusan komunikasi kepemimpinan antara pemimpin koperasi dengan pengikutnya tanpa batas.

Komunikasi perhubungan

ditakrifkan

sebagai

secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Komunikasi berlaku apabila sesuatu maklumat penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling yang menerima maklumat yang ingin disampaikan. Komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bijak berkomunikasi akan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi agar dihargai dan berjaya mencapai hasrat dan matlamat dirinya serta organisasi. Komunikasi kepimpinan dianggap penting kerana menjadi perantara antara pemimpin dengan pengikut atau pekerja dalam sesebuah organisasi.

15

RENCANA

JANUARI 2023

Memahami konsep komunikasi

Inti pati ini kemudiannya digabungkan dengan emosi semasa komunikator ketika menyampaikan mesejnya. Semua elemen ini terbentuk atas kefahaman komunikator terhadap topik yang disampaikan. Sekiranya komunikator itu seorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK), maka semestinya paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya adalah tinggi. Manakala sekiranya yang berbicara itu seorang pekerja bawahan, tahap kefahamannya mungkin lebih rendah berdasarkan paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya. Peringkat kedua adalah mesej yang ingin disampaikan. Mesej boleh berpindah menerusi bahasa visual dan bahasa lisan. Bahasa visual merupakan komunikasi yang disokong dengan bantuan visual yang memimpin orang lain mengamati dan menghayati mesej komunikator dengan lebih mendalam. Alat bantuan visual seperti projektor LCD dan OHP sememangnya membantu sasaran melihat mesej komunikator yang diterjemahkan dalam bentuk visual. Bahasa visual yang lebih penting ialah bahasa badan. Gaya persembahan atau bahasa badan yang betul boleh menyempurnakan keberkesanan sesebuah mesej tersebut yang disampaikan. Gerakan tangan dan mimik muka yang sesuai menambahkan lagi kefahaman orang lain tentang maksud bicara yang disampaikan. Ketiadaan bahasa badan yang baik boleh menyebabkan pendengar sukar untuk memahami dan menginterpretasikan butir bicara komunikator.

Manakala bahasa lisan pula lebih menuntut komunikator menggunakan kepakarannya dalam mengolah ayat dan menggunakan perkataan yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain. Mesej yang disampaikan itu bergantung kepada unsur bahasa yang digunakan. Untuk menjamin kefahaman, perkataan dan istilah yang digunakan mestilah jelas maknanya. Selain itu, laras bahasa dan tatabahasa juga perlu diteliti agar tiada salah faham berlaku. Bahasa yang tunggang- langgang dan penggunaan perkataan yang kurang sesuai akan menjatuhkan kredibiliti komunikator di samping menyukarkan kefahaman orang lain. Mesej juga akan terjamin maksudnya apabila sebutan dan intonasi suara dititikberatkan. Kepelbagaian intonasi dan tekanan suara membuatkan pendengar segar dan berminat mengikuti bicara komunikator dari mula hingga ke akhirnya. Peringkat ketiga kefahaman sasaran atau pendengar bergantung kepada paradigma pemikiran, ilmu, pengalaman dan emosi ketika mesej diterima. Sekiranya komunikator membicarakan perkara yang terlalu tinggi atau mendalam sehingga tidak terjangkau tahap pemikiran pendengar, maka di sinilah timbulnya masalah komunikasi yang tidak berkesan. Secara tidak langsung sesebuah koperasi itu mengalami konflik organisasi yang tiada penyelesaian dan seterusnya menyebabkan prestasi koperasi akan menurun.

Justeru, pemimpin koperasi perlu berhati-hati ketika berkomunikasi dengan orang bawahan mereka sama ada dengan ALK lain, anggota koperasi mahupun pekerja koperasi. Perlu diingatkanbahawapemimpinkoperasi mungkin mahir dalam topik yang disampaikan kerana beliau mungkin seorang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. namun perlu difikirkan tentang kefahaman orang lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Jadi untuk menghubungkan pemimpin koperasi dengan sasarannya, mesej dan cara penyampaian merupakan kunci kepada berkesannya sesebuah komunikasi itu. Di sinilah terletaknya rahsia cemerlang dalam komunikasi kerana dengan menguasai 3 peringkat ini, pemimpin koperasi semestinya akan menguasai keseluruhan komunikasi dengan sasarannya. Perkara itu umpama dua jambatan yang menghubungkan dua dimensi pemikiran yang berbeza. Seseorang pemimpin koperasi itu pasti berupaya memimpin orang lain walaupun tahap kefahaman mereka berbeza. Kesimpulannya, usaha memper– kepim– pinan koperasi penting diberikan keutamaan bagi menjamin suasana kerja yang lebih harmoni, seterusnya membantu mencapai matlamat koperasi khususnya. Antara penyumbang kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada pendekatan pemimpin koperasi dengan menggunakan komunikasi dua hala yang berkesan. Jika komunikasi yang digunakan adalah positif, maka sesebuah koperasi itu akan menjadi kuat dan berjaya, jika tidak perkara sebaliknya akan berlaku. Justeru, pemimpin koperasi harus mempraktikkan komunikasi yang baik terlebih dahulu demi menjaga keharmonian dalam sesebuah koperasi agar visi dan misi koperasi tercapai. tingkatkan komunikasi

cemerlang

Berkomunikasi dengan cemerlang boleh mengangkat pemimpin koperasi itu menjadi seorang yang dihormati. Ianya bermula dalam minda dirinya sendiri iaitu kefahaman yang jitu terhadap sesuatu perkara sebelum dipindahkan kepada minda orang lain menerusi mesej yang berkesan. Rahsia cemerlang berkomunikasi juga mengambil kira tahap kefahaman orang lain. Seorang pemimpin koperasi harus bijak menetapkan sasaran dalam komunikasinya agar kehendak sasaran dipenuhi. Tiada gunanya ayat yang tersusun rapi jika tersalah sasarannya. Bahasa yang menarik dan isi yang unik, intonasi yang hebat dan gaya persembahan yang mantap menyempurnakan rahsia cemerlang berkomunikasi. Gabungan elemen ini menjanjikan satu kesan emosi dan pemikiran kepada orang lain serta meningkatkan kewibawaan pemimpin koperasi itu sendiri. Bagi mendalami lagi isu ini, perlu difahami bahawa proses komunikasi berjalan melalui tiga peringkat iaitu: 1. Peringkat pertama : Kefahaman komunikator 2. Peringkat kedua : Mesej 3. Peringkat ketiga : Kefahaman sasaran pertama, seorang komunikator berkomunikasi berasaskan kepada paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya. Dalam peringkat

Berwajah manis dan ceria. Ia sangat penting kerana merupakan first impression dalam berkomunikasi. Pandang wajah sesama kita, senyum sekali-sekala dan wujudkan komunikasi mata setiap lima saat kerana itu tanda kita menghargai orang yang kita berhubung.

Islam juga menganjurkan kita sentiasa murah dengan senyuman kerana senyum itu sedekah. Perkara itu boleh merapatkan hubungan dan mencegah dari sebarang prasangka buruk sekali gus membentuk suasana kasih sayang antara satu sama lain.

Banyakkan mendengar.

Berpenampilan positif. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan bersikap

Kemahiran mendengar merupakan salah satu komunikasi

Rujukan

positif dan bercakap dengan gaya yang positif. Maka dengan mudahnya mereka mempengaruhi orang untuk mendengarnya. Bagaimanakah mahu kelihatan

berkesan. Orang yang pandai mendengar merupakan satu pengiktirafan buat orang yang didengar. Ini menjadikan dia suka pada dirinya dan menghargai diri

1. Ahmad Badrul Sani Hj Baharudin. (2006). Bijak berbicara mencuit rasa: Panduan berbicara umum. Kuala Lumpur, Malaysia: Al-Ameen Serve Holdings. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan (2011). Gaya Kepimpinan Di Tempat Kerja. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 2. 3. Hybels, S., & Weaver, H.R. (2001). Communicate effectively. 6th Ed. Boston: McGraw-Hill Khairul Faizi Ahmad Kamil (2014). Kepentingan Komunikasi Dalam Organisasi. http://www.khairulfaizi.net/2014/11/ bahagian-ke18kepentingan komunikasi. 4. 5. Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. (2015). Kepentingan kecerdasan emosi dalam komunikasi keorganisasian dan pengaruhnya terhadap kepuasan kerja. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 533-546.

positif? Ia boleh dilihat bagaimana Allah mengajar para Nabi-Nya

kita. Dengarlah dengan yakin dan jangan sesekali mencelah. Elakkan bercakap tanpa henti kerana ia bukan hanya mengundang bosan malah boleh membawa kepada dosa. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata atau diam.” (Riwayat Ahmad).

berkomunikasi sama ada dengan kawan atau lawan. “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik.” (Surah Al-Baqarah 2:83) Jangan sesekali merungut, mengumpat dan mengkritik orang lain. Sikap ini hanya menunjukkan wajah sebenar diri kita. Orang sebegini jarang didekati orang lain.

LIMA TEKNIK PENTING DALAM BERKOMUNIKASI

Rendahkan nada suara. Suara menggambarkan perasaan kita

Tenang dan jelas. Ucapan yang tenang dan jelas sering kali mampu menambat hati manusia untuk mendengarnya. Ini merupakan ciri-ciri yang

sama ada sedih, gembira, bersungguh atau marah. Hanya dengan suara, dua perkara akan berlaku. Sama ada orang terus berminat mendengari kita atau menjauhi kita. Maka kawallah nada dan lenggokan suara mengikut tahap pendengar kita. Ini merupakan salah satu

ada pada Nabi S.A.W yang merupakan seorang komunikator dan pemimpin yang hebat. Aisyah r.h.a bercerita: “Percakapan Rasulullah adalah satu-satu dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.” (Riwayat Abu Dawud).

teknik yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua dengannya (Firaun) dengan kata-kata yang lembut.” (Surah Taha 20:44).

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease