13
ANGKASA
JANUARI 2023
Pertanian Pintar Pertingkat Hasil, Kualiti dan Produktiviti Tanaman
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Konsep ‘Pertanian Pintar’ atau Smart Farming mempunyai potensi untuk lebih maju dalam meningkatkan produktiviti di samping mampu mengoptimumkan penggunaan teknologi baharu. Menerusi konsep tersebut, hasil pertanian akan dapat ditingkatkan dalam pengurusan ladang yang merangkumi internet kebendaan (internet of things, IOT) , data raya (big data) , kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) , blok rantai (blockchain) serta dron bagi aktiviti pemetaan, taburan benih, semburan racun dan baja. Demikian antara inti pati ucapan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart Farming yang berlangsung di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 28 Disember 2022. Katanya, konsep pertanian pintar adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 yang memberi
Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Menandatangani Memorandum Kerjasama antara KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Bakar (kanan sekali) dengan PPKL yang diwakili Pengurus Pusat Pengumpulan PPKL, Encik Mohd Tarmizi Onn (kiri sekali). Turut sama menyaksikan ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tengah).
penekanan khusus terhadap pemodenan pertanian sekali gus membantu kerajaan menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan. Menurut beliau,
sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat dengan kadar pertumbuhan 6.8 peratus kepada RM51.3 bilion pada tahun 2021 berbanding RM28.3 bilion pada tahun 2011. “Peningkatan ini boleh menjadi pemacu kepada usaha modenisasi dalam agromakanan, iaitu selari dengan aspirasi nasional menerusi Dasar Revolusi Pertindustrian Ke-4 (4IR),” katanya. ANGKASA juga katanya, akan terus melipatgandakan usaha untuk menarik penyertaan lebih banyak koperasi dan anggotanya sebagai pengeluar makanan dan penyedia perkhidmatan teknologi bagi merancakkan lagi industri agromakanan negara. “Penumpuan turut diberikan kepada peningkatan jaringan dengan agensi berkaitan khususnya melibatkan kepakaran dan pemindahan teknologi serta menyediakan persekitaran kondusif untuk manfaat koperasi. Ini penting bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman,” ujarnya. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Koperasi Nanas Berhad (KONAS) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKL). KONAS diwakili Pengerusinya iaitu Encik Mohd Sabri Bakar manakala Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Kursus Seri Dr. Abdul Fattah merasmikan Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart Farming.
Encik Norhashim Kamisan sedang menunjukkan cara penggunaan mesin IOT. Norhashim Kamisan sedang menunjukkan cara penggunaan mesin IOT.
PPKL pula diwakili Pengurus Pusat Pengumpulan PPKL, Encik Mohd Tarmizi Onn. MoU ini antara lain bertujuan berkongsi ilmu dan kepakaran merangkumi pemindahan tek– nologi kepada koperasi ter– masuk kemudahan kewangan, pendigitalan produk serta pe– nyediaan akses pasaran secara e-dagang . Terdahulu, seramai 100 anggota koperasi mengikuti Kursus Teknologi Pertanian Pintar Sektor Tanaman Smart
Sebahagian daripada peserta program. daripada peserta program.
Sebanyak lima modul dibentangkan dalam kursus berkenaan iaitu ‘Pendigitalan Rekod Ladang’ oleh wakil Kapitani Sdn. Bhd., Encik Mohd Nazrul Hazeri Nazirmuddin, modul ‘Pemasaran PPK Kuala Langat’ oleh Pengurus Pusat Pengumpulan PPKKL, Encik Mohd Tarmizi Onn dan modul ‘Kepentingan Pertanian Pintar IOT dalam Pertanian’, ‘Perincian Sistem Pembajaan dan Pengawalan Serangga Perosak Smart Farming ’ serta ‘Pembangunan Teknologi Sistem Pertanian Pintar IOT’ oleh wakil Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd., Encik Norhashim Kamisan.
Farming anjuran bersama KONAS dan PPKL yang bertujuan memberi pendedahan ilmu mengenai kaedah teknologi terkini dalam pertanian koperasi. Kaedah teknologi pertanian pintar ini merangkumi keberkesanan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada, mengurangkan penggunaan tenaga manusia, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkatkan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease