RENCANA 14 Pertingkatkan Komunikasi dalam Kepimpinan Koperasi JANUARI 2023
Anggota koperasi mengikuti kursus yang dianjurkan IKMa.
Oleh NOR FADHILAH MOHD Pusat Pembangunan Koperasi Institut Koperasi Malaysia (IKMa) nor.fadhilah@ikma.edu.my
Pada setiap peringkat pemimpin akan berhubung dengan pengikutnya dengan pelbagai tujuan termasuklah menyampai dan memberi arahan, amanat, taklimat, memberi tunjuk ajar dan sebagainya. Arahan dan amanat disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti ucapan dalam perhimpunan, e-mel, surat, hebahan dalam laman web dan sebagainya. Hebahan maklumat seperti ini memerlukan komunikasi yang baik iaitu menjaga tutur kata dan bersopan. Kita perlu menyesuaikan diri dengan orang lain. Bagi melancarkan komunikasi, kita perlu mendapatkan maklumat orang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih berkesan berlaku. Oleh sebab itu, penting dalam berkomunikasi kita mematuhi norma, peraturan dan amalan dalam komunikasi bagi membina hubungan dua hala dengan meramal pemikiran dan perasaan individu yang akan menerima mesej yang disampaikan. Arahan juga perlu diberikan dalam keadaan tenang dan penuh diplomasi. Menurut Hybels & Weaver (2001), orang yang pandai berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan
yang tinggi. Sebaliknya salah faham dalam berkomunikasi akan membawa kepada perselisihan dan pergaduhan. Penggunaan bahasa yang tidak difahami akan menyukarkan komunikasi dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan. koperasi, individu yang terlibat adalah dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengurus Koperasi di mana seharusnya mempunyai sifat empati yang tinggi dan peka kepada perasaan orang yang dipimpin. Mereka perlu memahami situasi dan keadaan pekerja bawah mereka agar setiap arahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami. Di samping itu, usaha mempertingkatkan komunikasi kepimpinan turut memerlukan Komunikasi dalam koperasi Dalam kepimpinan seseorang pemimpin koperasi itu menguasai kemahiran berkomunikasi menerusi penggunaan teknologi maklumat (ICT). Hal ini merupakan cabaran terbesar bagi pemimpin koperasi hari ini. Memandangkan kebanyakan pekerja di koperasi hari ini terdiri daripada Generasi Y yang
membesar dalam era ICT, maka pemimpin koperasi juga seharusnya menguasai kemahiran ini dengan baik. Walaupun pemimpin koperasi majoritinya adalah dalam kalangan orang veteran. Pemimpin koperasi tidak sepatutnya mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap perkembangan ICT. Sebaliknya mereka perlu berani menerokai keluasan dunia ICT seiring dengan kepantasan perkembangan dunia tanpa sempadan hari ini. Pemimpin koperasi yang menolak teknologi komunikasi akan terkebelakang dari segi mendapat maklumat terkini. Penggunaan media sosial seperti WhatsApp, We Chat, Twitter, Facebook, dan Line, antara contoh bentuk komunikasi sekarang. Hampir setiap pekerja mempunyai akaun laman sosial mereka sendiri. Kepelbagaian alat komunikasi seperti telefon pintar, tablet, komputer, faks dan lain-lain kemudahan komunikasi turut membantu dalam menjalankan urusan komunikasi kepemimpinan antara pemimpin koperasi dengan pengikutnya tanpa batas.
Komunikasi perhubungan
ditakrifkan
sebagai
secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Komunikasi berlaku apabila sesuatu maklumat penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling yang menerima maklumat yang ingin disampaikan. Komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bijak berkomunikasi akan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi agar dihargai dan berjaya mencapai hasrat dan matlamat dirinya serta organisasi. Komunikasi kepimpinan dianggap penting kerana menjadi perantara antara pemimpin dengan pengikut atau pekerja dalam sesebuah organisasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease