WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

15

RENCANA

JANUARI 2023

Memahami konsep komunikasi

Inti pati ini kemudiannya digabungkan dengan emosi semasa komunikator ketika menyampaikan mesejnya. Semua elemen ini terbentuk atas kefahaman komunikator terhadap topik yang disampaikan. Sekiranya komunikator itu seorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK), maka semestinya paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya adalah tinggi. Manakala sekiranya yang berbicara itu seorang pekerja bawahan, tahap kefahamannya mungkin lebih rendah berdasarkan paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya. Peringkat kedua adalah mesej yang ingin disampaikan. Mesej boleh berpindah menerusi bahasa visual dan bahasa lisan. Bahasa visual merupakan komunikasi yang disokong dengan bantuan visual yang memimpin orang lain mengamati dan menghayati mesej komunikator dengan lebih mendalam. Alat bantuan visual seperti projektor LCD dan OHP sememangnya membantu sasaran melihat mesej komunikator yang diterjemahkan dalam bentuk visual. Bahasa visual yang lebih penting ialah bahasa badan. Gaya persembahan atau bahasa badan yang betul boleh menyempurnakan keberkesanan sesebuah mesej tersebut yang disampaikan. Gerakan tangan dan mimik muka yang sesuai menambahkan lagi kefahaman orang lain tentang maksud bicara yang disampaikan. Ketiadaan bahasa badan yang baik boleh menyebabkan pendengar sukar untuk memahami dan menginterpretasikan butir bicara komunikator.

Manakala bahasa lisan pula lebih menuntut komunikator menggunakan kepakarannya dalam mengolah ayat dan menggunakan perkataan yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain. Mesej yang disampaikan itu bergantung kepada unsur bahasa yang digunakan. Untuk menjamin kefahaman, perkataan dan istilah yang digunakan mestilah jelas maknanya. Selain itu, laras bahasa dan tatabahasa juga perlu diteliti agar tiada salah faham berlaku. Bahasa yang tunggang- langgang dan penggunaan perkataan yang kurang sesuai akan menjatuhkan kredibiliti komunikator di samping menyukarkan kefahaman orang lain. Mesej juga akan terjamin maksudnya apabila sebutan dan intonasi suara dititikberatkan. Kepelbagaian intonasi dan tekanan suara membuatkan pendengar segar dan berminat mengikuti bicara komunikator dari mula hingga ke akhirnya. Peringkat ketiga kefahaman sasaran atau pendengar bergantung kepada paradigma pemikiran, ilmu, pengalaman dan emosi ketika mesej diterima. Sekiranya komunikator membicarakan perkara yang terlalu tinggi atau mendalam sehingga tidak terjangkau tahap pemikiran pendengar, maka di sinilah timbulnya masalah komunikasi yang tidak berkesan. Secara tidak langsung sesebuah koperasi itu mengalami konflik organisasi yang tiada penyelesaian dan seterusnya menyebabkan prestasi koperasi akan menurun.

Justeru, pemimpin koperasi perlu berhati-hati ketika berkomunikasi dengan orang bawahan mereka sama ada dengan ALK lain, anggota koperasi mahupun pekerja koperasi. Perlu diingatkanbahawapemimpinkoperasi mungkin mahir dalam topik yang disampaikan kerana beliau mungkin seorang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. namun perlu difikirkan tentang kefahaman orang lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Jadi untuk menghubungkan pemimpin koperasi dengan sasarannya, mesej dan cara penyampaian merupakan kunci kepada berkesannya sesebuah komunikasi itu. Di sinilah terletaknya rahsia cemerlang dalam komunikasi kerana dengan menguasai 3 peringkat ini, pemimpin koperasi semestinya akan menguasai keseluruhan komunikasi dengan sasarannya. Perkara itu umpama dua jambatan yang menghubungkan dua dimensi pemikiran yang berbeza. Seseorang pemimpin koperasi itu pasti berupaya memimpin orang lain walaupun tahap kefahaman mereka berbeza. Kesimpulannya, usaha memper– kepim– pinan koperasi penting diberikan keutamaan bagi menjamin suasana kerja yang lebih harmoni, seterusnya membantu mencapai matlamat koperasi khususnya. Antara penyumbang kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada pendekatan pemimpin koperasi dengan menggunakan komunikasi dua hala yang berkesan. Jika komunikasi yang digunakan adalah positif, maka sesebuah koperasi itu akan menjadi kuat dan berjaya, jika tidak perkara sebaliknya akan berlaku. Justeru, pemimpin koperasi harus mempraktikkan komunikasi yang baik terlebih dahulu demi menjaga keharmonian dalam sesebuah koperasi agar visi dan misi koperasi tercapai. tingkatkan komunikasi

cemerlang

Berkomunikasi dengan cemerlang boleh mengangkat pemimpin koperasi itu menjadi seorang yang dihormati. Ianya bermula dalam minda dirinya sendiri iaitu kefahaman yang jitu terhadap sesuatu perkara sebelum dipindahkan kepada minda orang lain menerusi mesej yang berkesan. Rahsia cemerlang berkomunikasi juga mengambil kira tahap kefahaman orang lain. Seorang pemimpin koperasi harus bijak menetapkan sasaran dalam komunikasinya agar kehendak sasaran dipenuhi. Tiada gunanya ayat yang tersusun rapi jika tersalah sasarannya. Bahasa yang menarik dan isi yang unik, intonasi yang hebat dan gaya persembahan yang mantap menyempurnakan rahsia cemerlang berkomunikasi. Gabungan elemen ini menjanjikan satu kesan emosi dan pemikiran kepada orang lain serta meningkatkan kewibawaan pemimpin koperasi itu sendiri. Bagi mendalami lagi isu ini, perlu difahami bahawa proses komunikasi berjalan melalui tiga peringkat iaitu: 1. Peringkat pertama : Kefahaman komunikator 2. Peringkat kedua : Mesej 3. Peringkat ketiga : Kefahaman sasaran pertama, seorang komunikator berkomunikasi berasaskan kepada paradigma pemikiran, ilmu dan pengalamannya. Dalam peringkat

Berwajah manis dan ceria. Ia sangat penting kerana merupakan first impression dalam berkomunikasi. Pandang wajah sesama kita, senyum sekali-sekala dan wujudkan komunikasi mata setiap lima saat kerana itu tanda kita menghargai orang yang kita berhubung.

Islam juga menganjurkan kita sentiasa murah dengan senyuman kerana senyum itu sedekah. Perkara itu boleh merapatkan hubungan dan mencegah dari sebarang prasangka buruk sekali gus membentuk suasana kasih sayang antara satu sama lain.

Banyakkan mendengar.

Berpenampilan positif. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan bersikap

Kemahiran mendengar merupakan salah satu komunikasi

Rujukan

positif dan bercakap dengan gaya yang positif. Maka dengan mudahnya mereka mempengaruhi orang untuk mendengarnya. Bagaimanakah mahu kelihatan

berkesan. Orang yang pandai mendengar merupakan satu pengiktirafan buat orang yang didengar. Ini menjadikan dia suka pada dirinya dan menghargai diri

1. Ahmad Badrul Sani Hj Baharudin. (2006). Bijak berbicara mencuit rasa: Panduan berbicara umum. Kuala Lumpur, Malaysia: Al-Ameen Serve Holdings. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan (2011). Gaya Kepimpinan Di Tempat Kerja. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 2. 3. Hybels, S., & Weaver, H.R. (2001). Communicate effectively. 6th Ed. Boston: McGraw-Hill Khairul Faizi Ahmad Kamil (2014). Kepentingan Komunikasi Dalam Organisasi. http://www.khairulfaizi.net/2014/11/ bahagian-ke18kepentingan komunikasi. 4. 5. Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. (2015). Kepentingan kecerdasan emosi dalam komunikasi keorganisasian dan pengaruhnya terhadap kepuasan kerja. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 533-546.

positif? Ia boleh dilihat bagaimana Allah mengajar para Nabi-Nya

kita. Dengarlah dengan yakin dan jangan sesekali mencelah. Elakkan bercakap tanpa henti kerana ia bukan hanya mengundang bosan malah boleh membawa kepada dosa. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata atau diam.” (Riwayat Ahmad).

berkomunikasi sama ada dengan kawan atau lawan. “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik.” (Surah Al-Baqarah 2:83) Jangan sesekali merungut, mengumpat dan mengkritik orang lain. Sikap ini hanya menunjukkan wajah sebenar diri kita. Orang sebegini jarang didekati orang lain.

LIMA TEKNIK PENTING DALAM BERKOMUNIKASI

Rendahkan nada suara. Suara menggambarkan perasaan kita

Tenang dan jelas. Ucapan yang tenang dan jelas sering kali mampu menambat hati manusia untuk mendengarnya. Ini merupakan ciri-ciri yang

sama ada sedih, gembira, bersungguh atau marah. Hanya dengan suara, dua perkara akan berlaku. Sama ada orang terus berminat mendengari kita atau menjauhi kita. Maka kawallah nada dan lenggokan suara mengikut tahap pendengar kita. Ini merupakan salah satu

ada pada Nabi S.A.W yang merupakan seorang komunikator dan pemimpin yang hebat. Aisyah r.h.a bercerita: “Percakapan Rasulullah adalah satu-satu dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.” (Riwayat Abu Dawud).

teknik yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua dengannya (Firaun) dengan kata-kata yang lembut.” (Surah Taha 20:44).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease