KOPERASI 16 Dobi Layan Diri Alternatif Terbaik untuk Perniagaan Koperasi IPT JANUARI 2023
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika mengunjungi Kedai Dobi Layan Diri Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad dengan kerjasama CleanPro Express Sdn. Bhd. Turut sama ialah Encik Ts. Zulkurnain Shahadan (dua dari kiri), Encik Ts. Nizam Mohd Nasir (paling kiri), Pengurus Kanan Bahagian Wanita dan Komuniti ANGKASA, Puan Aziah Talib dan Pengurus Besar CleanPro Express Sdn. Bhd., Encik Fung Chee Chong (belakang, dua dari kanan).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
sokongan kepada koperasi untuk mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan perniagaan baharu yang bersesuaian dan berdaya maju. “Saya berharap Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad akan berkembang maju dalam perniagaan yang diceburi dan dapat melahirkan pelajar berjiwa keusahawanan dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menjadi model kepada koperasi IPT dan koperasi siswa yang lain” katanya. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Encik Ts. Zulkurnain Shahadan dan Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah, Encik Ts. Nizam Mohd Nasir. Terdahulu, ANGKASA melalui Bahagian Wanita dan Komuniti telah pun mengadakan kerjasama dengan CleanPro Express Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan francais dobi layan diri. Kerjasama tersebut dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 13 Januari 2022 bagi memperkenalkan perniagaan dobi layan diri lengkap dengan pembayaran secara Paywave . Konsep yang diperkenalkan itu adalah perniagaan tanpa modal dan perkongsian keuntungan antara koperasi dengan CleanPro Express Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam perniagaan dobi dan telah mempunyai cawangan perniagaan di Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.
Perniagaan diri yang dijalankan oleh Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad telah berjaya meletakkannya dobi layan sebagai antara aktiviti ekonomi terbaik dalam menjana perolehan koperasi. Pengurusan perniagaan yang dijalankan secara kerjasama dengan ANGKASA itu bukan sahaja mudah,malahpenyelenggaraannya juga diuruskan sepenuhnya oleh agensi yang telah dilantik iaitu CleanPro Express Sdn. Bhd. Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul RahmanAbdulRazakShaikberkata, projek dobi ini bukan semata-mata bermotifkan keuntungan tetapi juga dapat memberi kemudahan kepada pelajar supaya tidak perlu ke luar kampus untuk mendapatkan perkhidmatan dobi. “Sehingga kini, sebanyak 22 buah koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) berminat menjalankan perniagaan dobi layan diri dan jumlah ini masih dalam penelitian dari segi kesesuaian lokasi, prasarana dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga beberapa koperasi sekolah dan koperasi masjid yang telah menjalankan kedai dobi layan diri melalui kerjasama ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Lawatan Penanda Aras Perniagaan Dobi Layan Diri Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad pada 17 November 2022. Menurut beliau, ANGKASA sentiasa memberi galakan dan
Kedai Dobi Layan Diri Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad menyediakan 9 unit mesin basuh dan 9 unit mesin pengering pakaian.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease