WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

17

KOPERASI

JANUARI 2023

Koperasi Pengurusan Hartanah Selangor Berhad (KOHATA) Beri Peluang Anggota Miliki Rumah dan Jana Pendapatan

Kondominium Setia Seraya Residence di Putrajaya.

Projek Nadayu di Shah Alam masih dalam pembinaan.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

KOHATA yang mempunyai 160 orang anggota itu juga sedang dalam proses untuk meningkatkan bilangan anggota dalam kalangan penjawat awam M40. Anggota koperasi berpeluang menikmati kemudahan diskaun dan diberi tunjuk ajar daripada segi pelaburan yang bermanfaat, cara mentadbir urus rumah sewa termasuk peluang untuk menambah pendapatan. Inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membantu anggota mendapatkan kediaman malah mampu menyelesaikan bebanan hutang mereka. Konsultan Kewangan KOHATA juga sedia membantu dalam proses pembelian kediaman sehinggalah kepada proses mendapatkan penyewa. Pelanggan akan diberi bimbingan dari awal hingga akhir proses.

Ingin memiliki kediaman, tetapi dibebani dengan hutang lapuk atau tidak layak membuat pembiayaan. Koperasi Pengurusan Hartanah Selangor Berhad (KOHATA) boleh membantu, terutama anggota koperasi. Timbalan Pengerusi KOHATA,

Puan Ismalaili Abdullah Rijal berkata, KOHATA sentiasa serius dengan perancangan dan visinya untuk menyokong agenda nasional iaitu ‘Satu Rumah Untuk Satu Keluarga’. Menurut beliau, KOHATA menawarkan kondominium Setia Seraya Residences di Putrajaya iaitu sebuah projek 40 tingkat yang mempunyai 190 unit untuk dijual (daripada keseluruhan 363 unit). Projek tersebut yang telah siap sepenuhnya adalah dalam proses penyerahan kunci kepada pembeli yang berkelayakan. Selain itu, KOHATA yang ditubuhkan pada tahun 2018 turut menawarkan 30 hingga 50 unit

Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato Haji Mohd Alias Hamzah (dua dari kiri) bersama Timbalan Pengerusi KOHATA, Puan Ismalaili Abdullah Rijal (tengah) dan anggota koperasi di Galeri Setia Seraya.

Kerjasama dengan ANGKASA Negeri Selangor juga turut diadakan melalui rundingan dan kolaborasi secara efektif melalui siri jelajah pada 3 Disember 2022 yang berlangsung di Galeri Setia Seraya. KOHATA dan MyANGKASA Az- Zahra Sdn. Bhd. juga merupakan rakan strategik yang turut serta dalam siri jelajah tersebut.

Pengerusi KOHATA, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah.

Dari kanan, Timbalan Pengerusi KOHATA, Puan Ismalaili Abdullah Rijal, Bendahari KOHATA, Puan Liz Ang dan Setiausaha KOHATA, Puan Nurhana Zahrullail.

dengan pelbagai fasiliti daripada pemaju Projek Nadayu 801, yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Projek tersebut dibuka untuk tempahan sejak enam bulan lalu bermula dengan harga RM650,000. Jenis kediaman yang ditawarkan juga adalah beza dari segi reka bentuk dan keluasan. Syarat untuk menjadi anggota KOHATA juga adalah automatik melalui pembelian kondominium daripada kedua projek tersebut. Bayaran RM100 akan dikenakan untuk pendaftaran, manakala RM300 untuk saham.

KOHATA menyasarkan sekurang-kurangnya 20 buah koperasi untuk membeli projek yang ditawarkan. Penerangan atau taklimat diberikan pada koperasi yang berminat untuk melabur. KOHATA juga berhasrat menjadi antara koperasi terbaik di Negeri Selangor. KOHATA yang mempunyai pelbagai rakan strategik dalam pelbagai bidang turut menyasarkan 200 anggota koperasi menyertainya pada masa terdekat.

KOPERASI PENGURUSAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KOHATA) 53A, Jalan Kenari 21, Bandar Puchong Jaya, 47100, Puchong Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-mel : www.mykohata.org Tel. : 012 -920 1898

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease