18
KOPERASI
JANUARI 2023
Koperasi Kumpulan Alam Flora Malaysia Berhad (KOFLORA) Pupuk Amalan Pengurusan Sampah Berkesan
Pengerusi Koperasi Kumpulan Alam Flora Malaysia Berhad (KOFLORA), Encik Mohd Fazeli Satar (tengah) dan ahli lembaga menunjukkan pelbagai jenis tong sampah yang dibekalkan oleh koperasi itu.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
“KOFLORA membekalkan tong sampah dalam pelbagai jenis, rupa dan kapasiti untuk tujuan domestik, industri, klinikal dan kitar semula serta boleh membuat penghantaran terus ke lokasi pelanggan,” katanya. Tambah beliau, perniagaan yang diusahakan oleh KOFLORA bertepatan dengan salah satu objektif penubuhannya iaitu membentuk koperasi yang kompetitif, berdaya saing, progresif dan berintegriti. “Idea untuk menubuhkan koperasi datang daripada pengurusan Alamflora sendiri, di mana penjualan tong sampah adalah selaras dengan salah satu misi mereka iaitu komited terhadap persekitaran yang bersih.
Pengurusan sampah yang berkesan bukan sahaja bergantung pada proses pengumpulan yang teratur, malah juga perlu menitikberatkan pada usaha mengurangkan sisa sampah melalui proses kitar semula. Hal tersebut disifatkan sebagai perlu kerana kelestarian alam sekitar sebenarnya bermula daripada kawalan dan pengurusan sampah yang efektif. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melaporkan bahawa berat sisa pepejal yang dibuang oleh penduduk di Malaysia adalah lebih dari 36,000 tan sehari, manakala kadar kitar semula kebangsaan adalah di tahap 33.17 peratus. Justeru, Koperasi Kumpulan Alam Flora Malaysia Berhad (KOFLORA) yakin bahawa pembekalan tong sampah yang merupakan aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh koperasi itu mampu mendidik anggotanya dan masyarakat mengenai kepentingan mengasingkan sisa pepejal. Pengerusinya, Encik Mohd Fazeli Satar berkata, masyarakat perlu bijak membezakan kategori sampah agar dapat mengatasi masalah lambakan sampah sarap.
Tong sampah mempunyai pasaran yang luas kerana semua lapisan masyarakat
menggunakannya dan berpotensi untuk menjana pendapatan. Justeru, kami mahu melibatkan anggota KOFLORA dalam perniagaan yang diusahakan dengan menawarkan mereka komisen sebagai galakan untuk menjadi ejen bagi penjualan tong sampah, " ujar Encik Fazeli.
Pengerusi KOFLORA, Encik Mohd Fazeli Satar ketika ditemu bual oleh PELANCAR.
Mini mart KOFLORA yang terletak di bersebelahan pejabat Alam Flora Wilayah Persekutuan di Segambut Bahagia, Kuala Lumpur.
Mini mart KOFLORA di kawasan perkhidmatan Alamflora di Kuantan, Pahang yang akan mula beroperasi pada hujung Januari 2023.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease