WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

3

ANGKASA

JANUARI 2023

Datuk Ewon diberi penerangan ringkas mengenai aplikasi Taptaplah.

Datuk Ewon mencuba perkakas elektrik edaran Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad.

Datuk Ewon bergambar bersama tetamu kenamaan lain. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kiri sekali) dan Dato' Haji Mohd Alias (dua dari kanan).

Dari Meja Presiden

Gerakan koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja merangsang pembangunan usahawan, bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos sara hidup. ANGKASA akan terus bekerjasama dengan kerajaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi merealisasikan agenda negara dengan memberi fokus kepada memperkasakan pembangunan ekonomi gerakan koperasi. Ini bertepatan dengan misi ANGKASA iaitu Komited Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Sosioekonomi Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi dengan Mempelopori dan Memperkasakan Jaringan serta Rantaian Nilai Sektor Ekonomi Koperasi.

Selamat Tahun Baharu 2023. Tahun 2022 menyaksikan sektor koperasi telah melalui pelbagai peristiwa kejayaan, perubahan dan cabaran, lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan era pasca COVID-19. Biarpun begitu, sektor koperasi terus kekal kukuh berkat kerjasama dan sokongan anggota serta semua pihak yang terlibat untuk terus mengorak langkah dalam memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Kesan pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mendorong kita untuk mengadaptasi norma baharu dalam semua aspek kehidupan. Gerakan koperasi juga tidak terkecuali untuk terus kekal kompetitif, lebih produktif dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik.

Saya menyeru seluruh warga koperasi untuk terus bekerja kuat, bersemangat dan komited dalam menjayakan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan khasnya ANGKASA untuk melihat gerakan koperasi negara kekal mencipta kejayaan gemilang di persada nasional dan antarabangsa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease