WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2023

5

ANGKASA

JANUARI 2023

Program Kayuhan Amal dan Riadah Promosi Gaya Hidup Sihat Anggota Koperasi

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bergambar bersama peserta program. Turut sama ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (dua dari kanan) dan barisan kepimpinan ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA melalui Pejabat Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (SKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Kayuhan Amal dan Riadah bersempena dengan Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat kepada warga koperasi dan masyarakat umum. Upacara 'Flag Off' telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 18 Disember 2022. Program itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang sempat beramah mesra dengan semua peserta, jemputan kenamaan serta melawat reruai yang mengambil bahagian. Selain menyokong dasar kerajaan bagi mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota koperasi dan masyarakat setempat, Kayuhan Amal dan Riadah juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat mengenai program tersebut di samping merapatkan silaturahim antara ANGKASA dengan koperasi serta anggotanya bagi mempromosikan kerja amal dengan program sumbangan kepada rumah badan amal seperti golongan asnaf, pusat tahfiz dan anak-anak yatim yang memerlukan. Hasil kutipan daripada penyertaan program tersebut telah disalurkan kepada sembilan buah rumah dan badan amal di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program Kayuhan Amal dan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyempurnakan upacara 'Flag Off' Program Kayuhan Amal dan Riadah bersama jemputan kenamaan yang lain.

Riadah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 orang peserta yang terdiri daripada 300 warga koperasi dan keluarga serta agensi dan pertubuhan lain. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, Pengerusi ANGKASA Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah, Pengarah Jabatan Kebudayaan,

Kesenian dan Sukan (DBKL), Encik Khairul Azmir Ahmad, Ketua Penolong Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Nasarudin Manan, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hajah Norhayati Ab Wahab, Pengerusi Bersama KL Free Car Morning (KLCFM), Datuk Dr. Mohd Naim Mohamad dan Pengarah Urusan Woddpecker Leatherland Sdn. Bhd., Encik Daniel Chong.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease